Showing posts with label TTC. Show all posts
Showing posts with label TTC. Show all posts

Thursday, 30 January 2014

CELARU

Assalamualaikum,

Diam tak diam dah sebulan rupanya aku tak upload blog ni, bukan tak ingat...cuma for the last few months banyak benda yang lebih penting untuk diselesaikan.  Selain busy dengan bisnes kecil-kecilan serum/ampoule, urusan keluarga diutamakan.  Tu yang tak sempat nak update blog ni lalu bersaranglah.

As usual, kalau bulan2 lepas aku update graph BBT, tapi kali ni...bulan lepas...BBT chart aku memang 'ke laut'....period tak dtg since December, now dah Januari, hampir ke hujung.  Kadang2 bleeding skit, then stop...and then mcm period tapi bukan heavy flow macam biasa.  Therefore, aku decided utk tak amik BBT chart, risau period tak datang this month.  UPT? Keputusan masih BFN, takpe belum rezeki.

Mungkin last few months agak celaru atau banyak sangat benda nak fikir.  Maybe boleh diterima pakai kenapa aku tak period lagi? Ok, mungkin.  Malas nak fikir because akan tambah runsing dan celaru kat kepala.  Let wait and see, bila ia datang dengan flow yang membuak2. :P

Seingat aku, dah lamaaaaa sgt period aku tak gap berbulan mcm ni.  So far every month memang datang cuma long cycle, maknanya kalau org lain average CD 28-31, tapi aku sampai CD40.  Ermmm...

Instead of pening fikirkan something yang buat aku lagi pening pasal bila nak period, bila nak period...i should alihkan my mind to positive thing.  Alhamdulillah Januari adalah anniversary aku and husband yang ke 8 tahun, dan Januari jugak umur aku bertambah, 31 tahun...Untuk apa yang ada setakat ini, aku bersyukur, sangat bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan utk kami sekeluarga.  Aku masih percaya, rezeki Allah adalah yang terbaik, sabar in shaa Allah ganjarannya besar.  Aku harap kawan2 lain yang ber-TTC macam aku, jangan pernah putus harapan.  Ok?


Love all
LNDANZMI

Monday, 25 November 2013

TRYING TO CONCEIVE GROUP MALAYSIA (TTCGM)

Assalamualaikum sisters, adik kakak, abg pakcik makcik, atuk nenek..:)




Since TTCGM ditubuhkan few years back, dengan ahli yang less than 100, now kita dah ada 1000 + (active and non-active). Yang non-active tu termasuklah silent reader, sometime dia baca tapi tak komen, kadang-kadang komen sekali lepas tu senyap je, and ada yg dalam group tu, baca, tapi tak komen and tak join any activity. Mungkin untuk silent reader ni, ada jugak dari silent reader lama2 jd kepochi reader, EH? Bukan2, jadi active reader, rajin up post, rajin kometa nak members yg mcm ni, so bnyk info yg bermanfaat.
n, rajin bagi info, rajin join activity, kiranya rajin segala, bagussss anak sapa ni? Ahahahaha...honestly, ki
Bila dpt email dari anonymous and request suruh add into this group, aku pun jarang nak tanye history ttc orang tersebut, biasanya aku terus add. Tapi lepas ni, pada sape2 yang nak join, pls introduce a lil bit about yourself and ttc journey.

Kami accept and add most of new members request, and antara matlamat support group ni adalah untuk bagi POSITIVE VIBES and sama2 membantu antara satu sama lain. Aku jadi stress bila ada member baru yang tak ikut guidelines dalam group tu. Lupa baca guidelines kot? So to those member baru yang nak join dan lepas dah di add dlm group tu, please, please, please...hah! Tengok dah 3 kali please....baca guidelines, tak paham sekali, baca 2 kali...tak salahkan?

Jom, email me thesailorwifediaries@gmail.com if u're interested to join TTCGM, we welcome u in advance :)


Love


Sent from my iPhone

Sunday, 24 November 2013

Tahun pertama perkahwinan, perlukah kita bersedih tanpa zuriat?

Assalamualaikum sisters :)

Harini duduk sorang kat rumah, sementara tunggu baju2 siap dibasuh, aku rajin pulak nk tulis pasal pengalaman tahun pertama perkahwinan.  Memang tak dinafikan, most of us bila dah mendirikan rumahtangga je, mulalah dah busy nk ada anak, kalau bukan kita sendiri yang bising nk ada anak, mungkin orang sekeliling kita dah sibuk2 tanya bila nk ada baby, cepat2 lah ada baby, blablabla...stress tak? ye..kadang-kadang kita tak stress pun jadi stress dengan soalan-soalan yang kita sendiri tak tahu bila rezeki kita.

Next year tahun ke 8 aku and DH mendirikan rumahtangga..alhamdulillah kami masih bahagia, walaupun tanpa rezeki anak-anak.  Kalau orang kata atau bertanya..jawapan aku tetap sama, 'tolong sama-sama doa untuk saya, thanks'...aku pun tak sekuat ni masa mula-mula dulu..tak payah tahun pertama kawin la, hari pertama pun ada yang dh bunyi2, cepat2 la dapat baby...fine, aku amek tu semua sebagai doa orang sekeliling aku...terima kasih.  Tapi aku yakin, Allah takkan duga kita diluar kemampuan kita..korang yakin benda yang sama tak? so, kalau ada orang tanye2 jawap je lah seelok mungkin, memang kadang2 kita rasa sentap, ye lah kita pun manusia jugak, apa yg diyeorg expect kita nk jawab kan? kalaulah buat anak tu semudah macam buat rumah guna tanah liat, aku rasa anak aku dh sedozen kot? ahahaha...:P

Percayalah...i've been there..macam2 soalan orang tanye, dari aku rajin nk jawab, sampai lah aku potong je jwpn tu bagi ringkas...aku pernah sentap bila orang tanye, aku pernah sedih bila orang tanye, aku sedih bila dengar orang lain dpt baby, aku sedih bila pergi visit baby and hold baby tu...tapi sampai bila aku nk sedih? aku rasa tak fair untuk diri aku...Orang takde anak memang ditakdirkan untuk sedih ke? PASTI TIDAK! Orang yang belum ada anak kene sedih ke bila orang lain preggy? Bila orang lain mengandung dan mengandung lagi? bila orang lain tanye pasal anak? Jawapan aku:  NO! Kita tak boleh sedih, malah lebih baik kalau kita sama-sama kongsi rasa gembira tu, sama-sama kita doakan untuk mereka2 yang mudah mengandung, mungkin satu hari nnti kita pun akan rasa benda yang sama.  Allah tu tak pernah kejam...
Setiap tahun sepatutnya kita menghargai perkahwinan yang dah kita bina...kalau kita nk sedih dan stress, terasa hati dan sensitif dengan cakap2 orang perilaku orang terhadap kita secara langsung atau tidak langsung, aku rasa sangat tak berbaloi.  SANGAT.

Aku bukannya tiba-tiba dapat kekuatan utk tepis segala rasa sentap, atau segala rasa sedih.  From time to time, aku belajar fikir positif.  Aku fikir, mesti ada yang masih kurang dalam diri aku, yang aku sendiri tak pasti part yang mana, so aku kene improve satu2..when the right time tiba, aku yakin Allah mesti bagi rezeki, untuk aku dan untuk mereka yang belum dikurniakan zuriat, kalau bukan dari rahim aku sendiri mungkin dari rahim orang lain, dan aku berpeluang membesar dan mendidik dia macam anak aku sendiri. Dugaan dan ujian sekecil ini kalau kita tak mampu nk tempuh, mcm mana kalau datang ujian lagi besar tentang rumahtangga kita, tentang masa depan kita, tentang anak-anak kita?

Setiap tahun perkahwinan adalah tahun-tahun yang bahagia.  Ada anak atau takde anak bukan pengukur kebahagiaan perkahwinan yang kita bina.  Jangan terlalu cepat stress atau sentap atau sedih.  Fikirkanlah, especially bagi pasangan2 yang kawin2 terus nak ada anak, bila tak preggy bulan pertama, dah stress,...tunggu bulan kedua, pun tak preggy lagi..masuk bulan2 seterusnya terus sedih stress dan salahkan diri sendiri.  Pls stop doing that, janganlah sedih2..u should enjoy ur life berdua sementara masih belum dikurniakan zuriat.  Bahagiakan suami, bahagiakan family.  Peduli kata2 orang.  Jaga hubungan suami isteri, itu lebih penting.

Kita fikir, bila kita mengandung je, tamat dah soalan2 dari orang luar, atau dari orang sekeliling? arghhh tipu laaa..soalan orang takkan pernah habis...percayalah...dari korang mengandung, lepas tu korang bersalin, lepas tu korang ada anak, memang soalan orang sekeliling kita tak habis.  Jangan fikir, bila kita mengandung je, automatically soalan orang sekeliling pun TAMAT.   Memang tak mungkin..so takkan tiap kali orang tanye soalan kita rasa nk stress...banyak lagi benda lain yang kita kene fikir.  Mengandung bukan pengakhiran sebuah perjalanan kehidupan, terlalu banyak lagi yang kita kene tempuh, bersediakah kita?
Situasi macam ni selalu berlaku:

'eh bila ko nk tambah anak lagi, yang sulung dah 2 tahun?'
'anak ko semua lelaki, bila nk dpt anak perempuan pulak?'
'anak ko semua perempuan, kene dpt baby boy ni'

see, soalan takkan pernah habis.  :P

Daripada kita sedih atau stress fikirkan bila kita nk mengandung mcm orang lain, aku rasa lebih baik kita bersyukur dengan apa yang kita ada.  Cakap lebih mudah dari nk buat, tapi kalau tak cuba buat mcmmana korang nk tahu? kita asyik sedih memanjang, nk cuba positif pun susah....jadi, twist our mind.  Count our blessing instead of fikir benda sedih yang kita tak ada..  To be positive mungkin susah kalau kita dah terbiasa fikir negative, tapi tak mustahil kita boleh jadi positif kalau kita cuba.. cuba berkawan dengan kawan2 yang positif, jauhkan negativity dalam fikiran kita.  Tak perlu asingkan diri, sebab rasa diri ni kerdil dikelilingi mereka yang dah ada anak atau yang preggy.  Campur tiap majlis sosial yang ada, pergi kenduri kendara, pergi majlis2 gathering atau majlis2 birthday anak kawan atau sebagainya.  Kalau korang rasa dengan menjauhkan diri, korang jadi lagi kuat, ntahlah aku rasa tu bukan caranya.  Bila kita tak bercampur dengan orang kita akan lebih sensitif, sedih memanjang.  seriously memang rugi, and kita tak adil.  Be fair to ourself people.

Rugi...bila kita bersedih terlalu lama...rugi rumahtangga kita bila kita terlalu emo, sentap..enjoy puas2 hidup berdua, sometimes perkara-perkara yang tak terduga berlaku bila kurang berharap.  Alhamdulillah kita punya suami, punya keluarga yang supportive.  Cari alasan sendiri untuk kita kuat, jangan bagi peluang untuk orang buat kita sedih.  Jauhkan diri dengan orang-orang negative.  Be cool, :)


love

Tuesday, 22 October 2013

BBT chart

Assalamualaikum...

Kalau tak silap sebelum ni, ada jugak linda tulis entry mengenai bab BBT chart, the benefits and all that..
boleh refer kat sini: BBT and me

so kali apa kata kita tgk sikit bbt chart linda...

cycle kali ni agak panjang dari yang biasa...biasa 35days, tapi kali ni 41days...
few days ago, aku suruh pakar-pakar dlm membaca bbt ni tgk bbt chart aku...:)
kalau nk ikutkan bbt chart aku ni banyak lubang-lubang, ade lagi kawan-kawan lain
yang lebih gigih tak pernah langsung ter-miss amek suhu every morning...so, lepas ni aku kene gigih 
lagi...insyaAllah..

ok, jom tgk skit bbt chart ni...



gambar 1


ok, gambar 1 kat atas ni, bbt chart latest setakat ni...takde O line, takde coverline memandangkan certain data yang tak mencukupi..
info:
bulat2 atau dotted kosong sebab aku amek temperature pada waktu yang berbeza...:P
garis putus-putus tu pulak sebab aku tak amek suhu beberapa haritu...yg tu sebab aku demam, so aku tak plot, and aku tak record pun temperature aku...sebenarnya, tak jadi masalah kalau nk record, cuma dlm other info tu, kite kene isi yg berkaitan contohnya: fever, fatigue, etc




gambar 2

so now, kite refer kat gambar 2 ni pulak...sebenarnya ia adalah graf bbt yang sama seperti gambar 1, tapi....kenapa ada line merah? line merah berpalang?
ok, the other sifu of bbt, merangkap kawan aku jugak yg expert bab bbt ni, suh aku isi few data yg missing..iaitu tempt yang aku tak masukkan 10, 11hb....so bila aku cuba2 isi, jeng..jeng..jeng....
keluarlah line melintang paksi x, dan paksi y...garis merah yang tak putus2...kalau ikutkan aku O pada cd28, wow! kenapa? mungkin antara sebabnya aku punya kitaran haid yang panjang...tak sama macam sesetengah orang yang lain, normal kitaran haid adalah 28 hari..jadi O biasanya around cd12-cd14..korang tahu kan nk kire tarikh O korang? tak tahu? ermmmm...cuba tanya mr.google la yeh...:P

jadinya, harini 22/10 early morning...aku amek temp, it shows...36.43..and automatically bila suhu aku menjunam bagai ke dalam gaung, aku tahu...aku akan period...harini...secara rasminya bendera merah berkibar-kibar....:P

bestkan bila ber-bbt ni...bukan setakat boleh tahu bila akan period, bbt ni jugak boleh guna utk family planning...unless uolls memang tak kisah bila O atau tak O main hentam aje, ada rezeki, ada..takde cuba lagi..mungkin itu untuk orang yang senang nak conceive..tapi orang-orang istimewa macam kami ni...apa aje cara akan kami usahakan dlm usaha nk dapatkan zuriat...:) kami kene betul2 tahu bila waktu O, so that chances utk kami lebih tinggi, mudah2an...:)

harap2 lepas ni takde lagi garis putus2 tu, kalau boleh taknk lagi ter-miss amek temp tu...

btw, aku taklah terror sangat bab ber-bbt ni, tapi basic sikit2 oklah..kalau korang rase nk tahu lebih lanjut, feel free to email me ok? linda.azrul@gmail.com

kalau dh biasa buat bbt ni, nnti rasa rindu kalau dh lama tertinggal..eheheh..jadi addicted pun ada...
and bila tiba bendera merah berkibar aje, u know that....it's GAME OVER! so start semula utk next cycle...
dh macam main game pulak kan? tapi best..tak caya? jom cuba....:))



love,

Wednesday, 25 September 2013

TTC Journey - HSG Result

Result HSG, berdebar...

2010...

Sambungan dari entry yang lepas..

HSG was done by Dr Abdul Rahman...
Sebelum start the procedure, doctor bgtahu a few things.

Dari apa yang doctor said, just relax and calm, jangan 'kemutkan' miss V as the procedure akan jadi susah sebab nak masukkan dye tu kene carik pangkal rahim. So, just seat back and relaks, eh? Ini bukan naik plane daaa nak relaks plak :P
2nd thing, as ape yg aku ingt, doktor bagitahu, it is easy to know whether our tube ok or not, sebab bila dye dimasukkan, a few minutes after that we will feel mcm cramp, or rase mcm senggugut..ok i can imagine how, sebab aku memang ada senggugut time period but not that serious sampai tergolek2 atau sampai kene inject kat bontot :P

Tapi apupun, nasib baik aku relaks time tu...;)

Bila dh siap tukar baju (mcm baju x-ray) aku kene baring atas katil besi, sojuk laa...tapi takpe, cepat2 habis, cepat siap, cepat tahu result.

As the procedure started, doctor baca Bismillah and bgtahu just relax ok, and aku pun ok aje :)
And tak lama lepas tu, doktor cakap 'alhamdulillah, senang je nak nmpk pangkal rahim'..
Tak lama lepas tu doktor tanye 'ada rase cramp tak?'..
Aku pulak selamba je jawap 'takde pun'...'tak ok kot?'...
'Takpe, takpe..belum tahu lagi..jap lagi tgk result k' kata doktor. Cool gile muke doktor tu :P

Siap salin baju, kene tunggu result kat luar..while waiting aku rase perut aku mcm cramp..ouch haaa tu diaaaa, rasa tu dah mai dahhhh...;)
Lama jugak kene tunggu, hubby pun sabar menanti, sibuk tanye how was it, how was it..aku kata ok je...

Kesimpulan dari HSG:

1) kene relaks
2)jgn terlalu panik fikir yang bukan2..
3) procedure HSG simple, kalau kita kelam-kabut atau takut sgt, it will delay the procedure, so kita fikir, nak cepat siap or nak lambat?
4) HSG tak sakit, simpan dlm kepala..jangan terlalu fikir apa yg org lain2 ckp, cuma prepare apa yang perlu.
5) tips penting : jangan tengok equipment apa yg bakal digunakan utk procedure tersebut, bila doktor/nurse dah suruh baring tu, sila baring, abaikan yg lain2...;)

Jeng jeng jengggg...

Masa kiteorg kene panggil dlm bilik doktor for the result review, both of us dah prepared, seriously we were discuss about it sebelum dtg and buat appointment lagi...so, kita dengar the reviews ok?



Love,
LNDANZMI


Sent from my iPhone

Friday, 20 September 2013

TTC Journey part 1

Sekadar mengimbau kenangan dalam usaha ber-TTC.

Diam tak diam dah bulan 9, ini pun dah towards the end of September...

Tahun depan 2014, pantas sangat masa berlalu...
Usaha ber-ttc masih diteruskan, makin giat...:)

My 1st check up was back in 2010, so dah hampir 3 tahun lebih...

Masa aku jumpe doktor Razana, dekat s13, actually she's general doctor, klinik tu pulak poliklinik keluarga, so my assumption was, mestilah doktor ni tahu bab2 perancangan keluarga. Heeee..naif sgt laaa :P

Bila tiba giliran aku...

Aku:'doktor, saya nak amek clomid' boleh tak?'...
Doc: 'ermm clomid?'..boleh, tapi clomid ni u kene amek masa 1st day of your menstrual, and...sebelum u amek, u kene buat HSG dulu, to check ur tube, (senyum)...
Aku: 'HSG'?
Sumpah aku tak tahu 'nate' apa HSG tu...korang tahu? Ermm mesti korang budak medik atau korang jugak salah sorang yg ber-ttc mcm aku kan? Kan? Heeee...
Doc: HSG ni dlm bahasa mudahnya nak check saluran tiub follapio samaada ok ke tak, so kalau takde apa2 masalah barulah I prescribe clomid atau ape yg perlu utk u, well...kalaulah tube u tak ok, u makan clomid pun tak jadi apa...'
Aku: Ooo...ok..so what is the next procedure?

Doktor Razana explained blablabla..
Important : the best time to do HSG is after menstruation, before ovulation. Between cd6-cd12...
Doktor Razana set kan my appointment kat Pusat Diagnostik..here's the details:

NR Pusat Diagnostik
10, Jalan Boling Padang E13/E, Shah Alam, 40100, Malaysia.
Contact Num: 03-55184930

Sebelum pergi, Aku call pusat diagnostik tu dulu untuk confirmkan appointment.
And it's fixed...
Bila hari yg ditunggu pun tiba :))
Excited? Nayyyy...
Sebelum aku and my Nazmi decided to proceed with all these, kami dah sepakat...whatever news yg kami tahu, kami akan bertenang...seriously? Baik atau buruk? InsyaAllah...

Jadi....berita gembira atau sedih?
Heheeeee, teetttttt :)

Tunggu next entry utk cerita selanjutnya :)


Love
LNDANZMI

Sent from my iPhone

Saturday, 27 April 2013

BBT and Me

Memandangkan since Dec last year aku dah ber-BBT , sampai sekarang Fertility Monitor (FM) dah macam kawan baik aku, mana je aku pergi...holiday, balik kampung, belayar...aku takkan tinggal FM... :)

Ada yang kata leceh nak ber-BBT ni, atau ada yg kata susah, and selalu terlupa nak amek suhu..and ada yang kata tak tahu mcm mana nak ber-BBT...
Sebenarnya, tak susah, tak leceh, kalau kita dah praktikkan hari2... ;) mula2 je rasa macam leceh sikit...bila dah jd routine, senang aje ;)
Kalau terlupa, yes...aku pun kadang-kadang ter-LUPA, kikikiki....

Ingat lagi masa mula2 nak start ber-BBT, aku PM yana kat FB and tanya dia macammana nak start, honestly she is a good teacher though!
Dia kat Penang, aku kat Shah Alam...dgn teknologi masa kini, sekejap je aku reti ber-BBT, takdelah terror mana, tapi...basic thing aku paham :) thanks to Yana...i owe u bebehhh :))

First thing first, kene sign up kat Fertility Friend, lepas tu kene ada termometer yang dua decimal, sbb lebih accurate compare to termometer biasa :) so, syarat penting ber-BBT, ecehh syarat2 plak? Ok, ni lah syarat simple aje :)

PENTING : suhu mesti diambil pada waktu yang SAMA setiap hari :))

1) amek suhu masa mula-mula bangun tido, - jgn bangun g toilet, jgn bercakap2, jgn buat apa2 kerja dulu...bila terjaga je, terus capai termometer ( dinasihatkan letak termometer tahap boleh dicapai dgn mudah tanpa perlu bergerak2 lebih)

2) letakkan termometer di bawah lidah, ini yg biasa aku buat...and kalau boleh hari2 di tempat yang sama, maknanya bila harini letak bwh lidah sbelah kanan, esok dan hari seterusnya jugak, letak sebelah kanan.... :) get it?

3) bila dah dpt suhu, boleh tulis kat paper or mana2 sebelum log dlm fertility friend...:)

4) mesti cukup tido at least 3 jam, let say tak cukup tido, dalam fertility friend tu bolehlah korang 'tick' pada ruang berkenaan...

5) dalam Fertility Friend tu nanti korang masukkanlah data2 yang perlu, macam Cervical Mucus ( CM) , supplements, etc...

Apa pentingnya record BBT ni?

Mudah aje jawapannya...for natural family planning...

Ber-BBT bukan setakat untuk tahu bila kita ovulate, fertile, etc...kita juga boleh paham our own body...dgn BBT jugak kita bole tahu bila kita period (especially to those yang period kacau bilau :) ) best kan? Kita juga boleh tahu either kita pregnant or not, atau kita akan miscarriage, bla..bla..blaa....

Some people may say,
'alah, buat apa la nak ber-BBT ni sebab aku tahu bila aku period'
Or 'leceh la, nak period tu period je la....'
Or 'takyah tahu bila ovulate, kalau ada rezeki tu ada la....'
Atau...'takyah BBT pun aku pregnant aje'...

Ok2, macam2 org macam2 pendapat..takpe...

Memanglah tak kisah bila nak period ke tak, bila ovulate atau tak (i'm referring to those yang period teratur)..tapi nampak tak, if let say kita tahu bila kita nak ovulate, kita dah boleh plan, i'm talking about natural planning...so if let say, kita nak jarakkan kehamilan...so kita kena tahu bila kita ovulate..so that bila masa ovulate and fertile, kene elakkan bersama suami, sebab masa fertile dan ovulate chances tinggi utk preggy...
Lainlah pulak utk mereka yang period tak tetap dan tak teratur dan sedang berusaha keras mendapatkan zuriat...dgn menggunakan BBT chart, kita akan tahu bila waktu fertile dan ovulate dan chances tinggi utk preggy, masa tu la kita pulun habis-habisan, kahkahkahkah! Selebihnya kita serahkan pada Allah...kun fa ya kun....:)

Prnh aku terbaca satu discussion ntah group apa ntah...
Anak dia dah 3 ke 4 orang semuanya perempuan, so dia tanya petua macammana nak dptkan baby boy pulak...best pulak bleh request2 mcm ni, tp utk org mcm aku yg susah nak preggy ni, aku tak kisah...boy or girl, aku terima aje rezeki Allah...:) yang penting sihat dan sempurna sifat, in shaa Allah...
So macam2la petua yg keluar...well actually no harm of trying, mana tahu petua tu menjadi kan? :) cumanya, dgn BBT chart jugak antara salah satu cara to plan...selain dari faktor keturunan, yadayadayadaya....whatever...

Mungkin ada yang kata...mungkin ok....

Suami aku sharp shooter, senang je nak dpt baby boy....
Atau...
Family aku memang ramai lelaki, so senang je ni...

Ok back to Bbt Issue, dgn bbt ni...bila kita tahu waktu kita O , 3 days before and waktu O , adalah chances tinggi nak dptkan baby boy, and 1 week after O chances to get baby girl is high...tapi kene ingat, kita usaha, selebihnya Allah yang tentukan.. :)

Nampak tak betapa seronok ber-BBT ni...jom join sekali?
Kalau ada apa2 yang tak clear, email aje k?


Love
Linda

Thursday, 25 April 2013

Bleeding at CD 15?

I'm not sure why am I bleeding at CD15, most probably because I do some work out, maybe that's the reason..can't google more about it since there is no internet onboard...

According to Jay, maybe i'm ovulate, because it do happen to one of our friend also, the different is my other friend bleeding for 1 day only... I'm still wondering, why....

Btw, thanks Allah, it is just 2 days bleeding...and hopefully it will back to normal ( no more bleeding) until my next period... ;)

DH told me to stop work out for awhile...ok..so since i didn't do any work out, i do my own challenge, which is 10 days WITHOUT rice...but i still take any other carb sources, but in a moderate portion..:), harap2 next Bintulu i can lost another 2 kg, :D can I ? Mesti bolehhhhh :))



Love
Linda

Tuesday, 23 April 2013

Bukan kesian atau simpati tapi DOA


Aku tak tahu kenapa sensitiviti aku kurang bila tiba bab anak...bukanlah nak kata aku tak sensitif langsung bila macam2 soalan orang tanya, atau macam2 makanan org suggest utk makan, atau macam2 petua org bagi untuk aku cuba...aku appreciate semua tu, sungguh...

Cuma....aku jarang nak rasa terlalu hiba bila dpt news orang pregnant, dan pregnant lagi,..sebab aku percaya rezeki aku mungkin bukan dalam masa terdekat, mungkin tahun depan..mungkin bila usia perkahwinan aku 10 tahun, mungkin? Tapi aku PASTI Allah tak pernah kejam pada semua hambaNya..setuju?

Aku taknak meratapi apa yg aku takde, lebih baik aku fikir tentang apa yg aku ada, dan jaga sebaiknya...kan lebih positif...kalau asyik nak beza2kan segala macam itu ini yg org lain ada, tapi kita takde....haiiii pusing!

Kadang2 aku jadi rimas bilaorg yg mengandung pun susah nak bgtahu yg dia mengandung, kononnya takut aku kecik hati, aku takde sebab utk kecik hati...sebab mengandung atau tak, itu bukan bidang kuasa aku...lagi sekali, aku berterima kasih untuk golongan mcm ni yg sgt peka dgn rasa hati golongan ttc mcm aku, tapi sejujurnya...aku tak perlukan simpati, tapi aku perlu doa kalian...doakan aku dan rakan-rakan yang sama macam aku ni cepat dtg rezeki zuriat, tu aje....

Pernah ada satu conversation dulu...

'Kesian si A tu nak anak num 2 tapi sampai sekarang tak pregnant2'

Aku jawab: 'takpe, belum rezeki yg num 2 tu...kan boleh cuba lagi...'

'Aah kan, at least dia dah ada 1 anak, patutnya lagi kesian ngan awk ni (refer to me) , sampai sekarang lum ada anak'...

Jgn kesian kat saya, tapi tolong doakan,...aku jawab gitu...

Mungkin ada yg kata, mak aiii sombongnya...
mcm ni, let me explain....
Aku tak sombong, utk tak bagi org simpati...tapi lebih afdal rasanya, kalau kalian tolong doakan, instead of bnyk2 kali cakap, simpati, simpati, simpati...kalau simpati sekalipun tapi lupa nak doakan, no point...right? Itu aje...tapi kalau dalam simpati tu terselit doa kalian utk kami, alhamdulillah...:)) hanya Allah aja yg mampu membalasnya...

Aku pun manusia biasa...ada kurang di sini, lebih di sana..yang pasti aku bahagia, dengan si dia, dengan apa yang ada... :)


Xo
Linda
Onboard PZS

Friday, 19 April 2013

positive changes since Dec

alhamdulillah, since December aritu period dah kembali normal...
kalau sebelum ni CD agak panjang, atau kadang-kadang memang panjang, tapi bila dah few months back period dah within normal CD, rasa alhamdulillah :)

untung dan bertuah bila sesetengah orang lain senang aje, tak payah susah2 nak kire CD berapa, CD apa, post O , before O apa nk buat or apa nk amalkan...jap, when i talking about CD, bukanlah Cloth Diaper hokehh? hahh..nampak tak di situ, hanya orang yang melaluinya aja yang paham..mostly laaa...so CD yang aku cakap ni apa? cariklah sendiri...google aje..tengok apa yang kuar...:P

back to the story....rasanya supplements yang aku amek pun banyak membantu dari segi general health aku sendiri..at the moment, aku amalkan minum olive oil ( bought from someone kenal from FB, olive oil ni dari Palestin, and price agak expensive compare to other olive oil yang ada kat market, and the best part is...olive oil ni lain dari olive oil yang pernah aku minum :) ) besides that, aku amalkan jugak makan madu...and banyak2 madu, aku memang sgt suke madu dari Yemen, memang terbaik..susahlah nk explain, sedappppp sgt madu Yemen, kalau tak makan mcm tu aje, cukuplah aku buat air dengan madu tu...segar sgt rase :)
and after lunch meal, normally aku akan makan fish oil, folic acid, etc....

harap2 sangat positive changes on my period akan berterusan...:) balik from belayar me and my nazmi nk proceed with treatment...dalam list setakat ni ada 2 gynae yang kiteorg nak refer and tgk opinion each gynae mcmmana, then only, we will decide...
seingat aku, our last consultation was back in 2010....

nnti update lagi...


love,
linda

Tuesday, 13 November 2012

Kalau....

Group TTC memang banyak memberi semangat dan sentiasa berkongsi ilmu...

Status di Facebook dari seorang rakan TTC yang dia dapat dari seorang ustazah betul-betul mencuit ke dalam jiwa...saya rasa sama seperti yang dia rasa...

Kata ustazah lebih kurang begini:

"Kalau kita diberi peluang utk menjadi seorang ibu/ayah..pastikan setiap hembusan & sedutan nafas kita tidak diiringi dengan dosa..pastikan kita didik anak itu betul2 ke jalan yg benar, ke jalan yg diredhai Allah..sesungguhnya, ibubapa akan menanggung kejahilan seorang anak andai kita tidak mendidik mereka dgn betul...bayangkan byk mana dosa yg akan kita tanggung hingga hujung nyawa..jgn ambil mudah soal pendidikan agama, ajarlah anak2 dr hal yg kecik2 sehinggalah yg besar, dari cara amik wudhu' sehinggalah kpd yg halal & haram..pastikan anak takut pada dosa, takut pada neraka.."

"Bila kita pandang org takde anak, kadang2 kita berasa beruntungnya mereka..sbb Allah tak bebankan mereka dgn dosa2 sebegini.."

Sayu hati sy dgr nasihat ini...tiba2 rasa sgt2 lapang & redha dgn ujian ini...ya kwn2, Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita...kita hanya mampu berusaha..yg menentukan Allah...pasti ada hikmah disebalik semua ini..mungkin kita masih belum dikurniakan anak kerana Allah tahu kita belum betul2 bersedia utk mendidik anak ke jalanNya..

Jgn kita bandingkan kita dgn org lain yg nampak tak seberapa, tp dikurniakan anak berderet..belum tentu lagi dia beruntung @ tidak...kita tak nampak dosa & pahala yg terheret pd diri mereka..jadi, bersyukurlah dgn apa jua keadaan & ujiaan yg Allah tentukan pd kita..

Wallahua'lam..


antara komen di FB Group TTC yang sama macam luahan sendiri:

Yus
kita takleh ubah cara org lain berfikir, yg kita mampu buat..cuba pujuk diri kita dgn cara berfikir mcm ni..

Anas
alhamdulillah, lega sgt bila dah baca ni..sesungguhnye dosa aku sendiri pun x tertanggung...ya allah...


Aziah
Petikan dr kuliah audio ustaz kazim elias 'harta yang tak pernah puas'..
Ni yg Allah SWT bg letak kat situ, kadang2 kita tak perasan. Kita tgk org yg mandul, yg xberanak, suami isteri xberanak, kita kutuk.

''kahwin dh 20 tahun kalau aku nikah lain lee. Buat apa lg simpan dh takleh beranak, leceh la kamu''

Kadang2 berdesing telinga kita, merah telinga kita ni, yg isteri kita tarik muka masam dah.
Bukan tak mau anak, dh jenuh berubat dh tp Allah xbg anak.

Esok di hari kiamat, suami isteri ni rileks je. Anak takdak sapa nak dakwa,makan minum anak, anak tak dakwa. sembahyang anak, anak xdakwa. Pakaian anak, anak tak dakwa. Sebab, anak takdak.

Tuan2 yg ada anak ni, bagaimana esok anak dakwa?

Bila Allah tanya, ''kenapa kamu makan benda haram?''
''aik saya tak tau. Pak saya bawak balik beras tu, saya makan nasi tu. mak saya masak''
''Ni beras curi''
''Mana saya tau, saya makan saja''
Hah sudah tuan2. Jawabla kita.

Sebab tu jaga2. Dgn sebab ada isteri, dgn sebab ada suami, dgn sebab ada anak, pahala besar. Tapi silap jalan, lagi bala akan sampai pada kita.


Alhamdulillah, bersyukurnya dapat kawan-kawan yang baik dan saling mengingati antara satu sama lain, sama-sama memberi semangat, walau masing-masing tahu ujian yang Allah turunkan bukan mudah buat kami, tapi kami yakin perancangan Allah buat setiap hambaNya adalah yang terbaik..syukur...


p/s:  muhasabah diri dalam setiap apa yang kita lakukan...peringatan untuk diri sendiri..




Love,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...