Showing posts with label Onboard PZS. Show all posts
Showing posts with label Onboard PZS. Show all posts

Sunday, 28 April 2013

Sleep like a log...


susah nak tido? alhamdulillah linda ni jenis yang senang sgt nk tido, especially kalau dah letih sgt, letak je lah kat mana, mesti skjp je dah dibuai mimpi....

Ingat lagi dulu-dulu masa kecik2, masa tido sekatil ngan kak dee...
Walaupun banyak nyamuk, aku relaks je tido...
walaupun cuaca panas, aku relaks lena je tido...
Pastu kak dee membebel 'adik ni panas2 pun boleh tido' atau 'adik ni, bnyk nyamuk pun nyenyak je diye tido'
Kahkahkahkah! Nak buat mcm mana, dah tentu2 panas...anggap je lah mcm bilik tu ada aircond walaupun hakikatnya rumah kami takde aircond - mungkin sebab tu aku lenaaa sgt tido...atau kene gigit nyamuk pun aku tak sedar sebab aku memang tido dgn nyenyak.... :)
Kalau balik kg pun macam tu jugak, tak kirelah kampung Batu Pahat atau Sg Sayong..biasalah umah kampung, takde syiling, so memang panas waktu tengahhari tapi sejuk waktu malam (ni umah arwah atok Batu Pahat)...so waktu tengahhari yang panas tu aku boleh tido walaupun berpeluh2, ingat lagi masa balik kg waktu kenduri kawen...bayangkanlah, dah la panas...seriously panas, dengan ramai orang lagi...lagilah bertambah panas, tapi masa tu aku dah mengantuk sgt..bilik semua penuh ngan barang2 sedara-mara...so aku tinjau2, aku dah dpt 'port' baek..iaitu, kat ruang tengah umah dekat ngan pelamin...aku tak kire dah masa tu, aku baring kat tepi dan tidooooo...walaupun panas, ramai org, aku tak kisah.. Tapi tu dulu masa aku drjh 5 kot? Comel la jugak buat perangai baring tepi dekat pelamin, cuba aku buat sekarang? Pelik pulakkk... :P

Rindu pulak kenangan dulu...i miss my childhood time....hurmmmm

Btw, i would like to share some tips which i read from NSTP, dated 19th March, by Miss Meena...maybe this could help to those yang susah nak tido :)

1) Drink warm plain tea before you retire for the night. This may be the key to sweet dreams.
Linda says- i use to have a tablespoon of Extra Virgin Olive Oil before go to sleep / drink warm plain water also helps. :)

2) B boost
Vitamin B can play a role in regulating sleep so try taking a daily supplement of B12
( consult your physician before doing so) to help with insomnia. It is said to improve sleep quality and reduce leg cramps.
Linda says- so i can't miss taking the Ultra Women Mega supplement from GNC as it rich with Vit B :)

3) Bedtime bath
Take a along soak in the bath before bedtime with some bath salts as it boosts circulation and will help you relax and sleep better.

4) stick to routine
Try to change irregular bedtime habits and follow a routine. Get up at the same time every morning and go to bed at the same time every night. Sticking to a regular bedtime will help you get quality sleep.

5) Avoid caffeine
Even if u are addicted to coffee, try cutting down on caffeine after lunch, as it may keep you up till the wee hours. Avoiding stimulants such as caffeine before bedtime helps you sleep better.
Linda says - 1st thing, i do avoid caffeine as much as i can (it is not good during TTC) , and memang linda tak amek caffeine kalau dah nak tido or during the day :)

6) Cool down
Switch on the air-conditioner a few minutes earlier to cool your room before go to sleep. This will prepare your body to reduce its temperature, so you can sleep better.
Linda says - i use to do this :) and it is really helps ....

7) Lights off
Avoid watching television or using your mobile device in your bedroom. It not only disrupts sleep but the 'blue light' from your mobile phone, electronic gadgets or even your clock digital display will prevent you from falling asleep.
Linda says - i have no issue sleep with the light on, but it will be more comfortable with the lights off, therefore i will only switch on my bed-lights (dim mode), lagipun linda pernah terbaca tapi tak ingt kat mana, katanya tak elok tido dlm keadaan yg gelap gelita, at least kene ada cahaya skit, sorry kalau silap...

8) Take a walk
Taking a stroll in the evening not only helps you to control stress but will enable you to sleep soundly.
Linda says - yes, indeed! Especially kalau kita buat light exercise, memang betul2 membantu utk dptkan tido yang lena :)

9). Skip the pills
Try not to take sleeping pills or antidepressants before u sleep as it can cause tiredness and a heavy head the next day.
Linda says - in 2002 mcm tu, during my Diploma time, ada satu masa tu, memang susah sgt nak tido n selalu terjaga, cuma boleh lelap around 6.30am mcm tu sedangkan masa tu dah bangun n siap2 nak g kelas...bayangkanlah...stressnya...tapi...i won't take any sleeping pills, and lama2 masalah tido tu cure, alhamdulillah....

10). Wear socks
The instant warming up for the feet allows your body to transfer heats and cools you down. This induces sleep.
Linda says - so very TRUE. I still doing it, wear socks every time before go to bed...nikmat sangat tido...tak percaya? Cubalah :)

8/10 from the tips linda buat...:) and u should try too...
Moga dapat tido yang lena, and mimpi indah...


Good night

Love
Linda
Onboard PZS

Saturday, 27 April 2013

BBT and Me

Memandangkan since Dec last year aku dah ber-BBT , sampai sekarang Fertility Monitor (FM) dah macam kawan baik aku, mana je aku pergi...holiday, balik kampung, belayar...aku takkan tinggal FM... :)

Ada yang kata leceh nak ber-BBT ni, atau ada yg kata susah, and selalu terlupa nak amek suhu..and ada yang kata tak tahu mcm mana nak ber-BBT...
Sebenarnya, tak susah, tak leceh, kalau kita dah praktikkan hari2... ;) mula2 je rasa macam leceh sikit...bila dah jd routine, senang aje ;)
Kalau terlupa, yes...aku pun kadang-kadang ter-LUPA, kikikiki....

Ingat lagi masa mula2 nak start ber-BBT, aku PM yana kat FB and tanya dia macammana nak start, honestly she is a good teacher though!
Dia kat Penang, aku kat Shah Alam...dgn teknologi masa kini, sekejap je aku reti ber-BBT, takdelah terror mana, tapi...basic thing aku paham :) thanks to Yana...i owe u bebehhh :))

First thing first, kene sign up kat Fertility Friend, lepas tu kene ada termometer yang dua decimal, sbb lebih accurate compare to termometer biasa :) so, syarat penting ber-BBT, ecehh syarat2 plak? Ok, ni lah syarat simple aje :)

PENTING : suhu mesti diambil pada waktu yang SAMA setiap hari :))

1) amek suhu masa mula-mula bangun tido, - jgn bangun g toilet, jgn bercakap2, jgn buat apa2 kerja dulu...bila terjaga je, terus capai termometer ( dinasihatkan letak termometer tahap boleh dicapai dgn mudah tanpa perlu bergerak2 lebih)

2) letakkan termometer di bawah lidah, ini yg biasa aku buat...and kalau boleh hari2 di tempat yang sama, maknanya bila harini letak bwh lidah sbelah kanan, esok dan hari seterusnya jugak, letak sebelah kanan.... :) get it?

3) bila dah dpt suhu, boleh tulis kat paper or mana2 sebelum log dlm fertility friend...:)

4) mesti cukup tido at least 3 jam, let say tak cukup tido, dalam fertility friend tu bolehlah korang 'tick' pada ruang berkenaan...

5) dalam Fertility Friend tu nanti korang masukkanlah data2 yang perlu, macam Cervical Mucus ( CM) , supplements, etc...

Apa pentingnya record BBT ni?

Mudah aje jawapannya...for natural family planning...

Ber-BBT bukan setakat untuk tahu bila kita ovulate, fertile, etc...kita juga boleh paham our own body...dgn BBT jugak kita bole tahu bila kita period (especially to those yang period kacau bilau :) ) best kan? Kita juga boleh tahu either kita pregnant or not, atau kita akan miscarriage, bla..bla..blaa....

Some people may say,
'alah, buat apa la nak ber-BBT ni sebab aku tahu bila aku period'
Or 'leceh la, nak period tu period je la....'
Or 'takyah tahu bila ovulate, kalau ada rezeki tu ada la....'
Atau...'takyah BBT pun aku pregnant aje'...

Ok2, macam2 org macam2 pendapat..takpe...

Memanglah tak kisah bila nak period ke tak, bila ovulate atau tak (i'm referring to those yang period teratur)..tapi nampak tak, if let say kita tahu bila kita nak ovulate, kita dah boleh plan, i'm talking about natural planning...so if let say, kita nak jarakkan kehamilan...so kita kena tahu bila kita ovulate..so that bila masa ovulate and fertile, kene elakkan bersama suami, sebab masa fertile dan ovulate chances tinggi utk preggy...
Lainlah pulak utk mereka yang period tak tetap dan tak teratur dan sedang berusaha keras mendapatkan zuriat...dgn menggunakan BBT chart, kita akan tahu bila waktu fertile dan ovulate dan chances tinggi utk preggy, masa tu la kita pulun habis-habisan, kahkahkahkah! Selebihnya kita serahkan pada Allah...kun fa ya kun....:)

Prnh aku terbaca satu discussion ntah group apa ntah...
Anak dia dah 3 ke 4 orang semuanya perempuan, so dia tanya petua macammana nak dptkan baby boy pulak...best pulak bleh request2 mcm ni, tp utk org mcm aku yg susah nak preggy ni, aku tak kisah...boy or girl, aku terima aje rezeki Allah...:) yang penting sihat dan sempurna sifat, in shaa Allah...
So macam2la petua yg keluar...well actually no harm of trying, mana tahu petua tu menjadi kan? :) cumanya, dgn BBT chart jugak antara salah satu cara to plan...selain dari faktor keturunan, yadayadayadaya....whatever...

Mungkin ada yang kata...mungkin ok....

Suami aku sharp shooter, senang je nak dpt baby boy....
Atau...
Family aku memang ramai lelaki, so senang je ni...

Ok back to Bbt Issue, dgn bbt ni...bila kita tahu waktu kita O , 3 days before and waktu O , adalah chances tinggi nak dptkan baby boy, and 1 week after O chances to get baby girl is high...tapi kene ingat, kita usaha, selebihnya Allah yang tentukan.. :)

Nampak tak betapa seronok ber-BBT ni...jom join sekali?
Kalau ada apa2 yang tak clear, email aje k?


Love
Linda

Friday, 26 April 2013

What are my activities onboard?


Most of my friend tertanya-tanya and wondering...
Apa agaknya aktiviti aku atas kapal... :)

Quick info:
It will takes a week frm Bintulu Port to Japan, therefore pelayaran pergi balik will be 2 weeks, mcm tu jugak kalau ke Korea, China..except to Taiwan, it will normally takes about 3 - 4 days aje, so pergi balik will be seminggu jugaklah...consider dekat la kalau kapal gi Taiwan, and btw Taiwan is one of my fav port to shop, heheeeee....
Shipboard service utk DH normally 4 months, cuma sekarang ni aje ada special skit, kami belayar cuma 1 month plus :D ... Thanks to MISC, kikikiki

Mcm ni lah rutin aku...
Bangun pagi, after breakfast...kemas bilik blablabla...then, samaada i do some reading ( mostly novel, mags and etc... Tak larat nak list kan ) selagi boleh baca, aku baca aje :)
Lunch break at 12.00pm to 1pm....so aku lunch with hubby around that time...
Siap je lunch, sambung lepak kat bilik..while DH sambung keje mcm biasa...
Routine petang aku tgk dvd, segala macam movie..kalau nak lagi best, aku layan karaoke kat bilik sorang2, syiok sendiri aje walaupun suara tak lah semerdu Ziana Zain, se-rock Ella atau retis lain :P tapi ada aku kesah??
To kill my extra time, actually super extra time...aku main games, or buat je apa2 yg patut...yg bestnya, kerja laundry boleh siap in less than 2 or 3 hours, tapi kadang2 aku simpan baju yg nak fold utk disiapkan next day, memandangkan kalau aku siapkan the same day, nnt the next day aku tak tahu nak buat apa? Boleh mcm tu? Memang duk kat kapal takde kerja...and actually steward boleh buat semua, kemas bilik, basuh baju, vacuum bilik, cuci toilet...but since aku takde aktiviti, aku take over semuanya...well, aku ngan DH pun takdelah cerewet sgt semua nak disiapkan, mana yg kami boleh buat sendiri, we will do it by ourself...takyah demand sgt hokeh?

Sekejap je dah petang....kalau rajin aku akan turun masak2, and lepas tu lepak sama2 ngan other officers and engineers kat saloon ( tempat lepak para officers n engineers, bukanlah seperti saloon rambut yg macam korang bayangkan :P)
Ataupun, aku n DH akan layan movie kat bilik...2 3 movie kalau larat, kalau tak buat movie sendiri, EH?!!! :P
Nampak mcm bosan je routine atas kapalkan? Tapi alhamdulillah, aku ok je...kene terima hakikat life atas kapal tak sama mcm kat darat, bila atas kapal kami tido awal, takdelah nak tido pukul 3am ke apa, lepak kat kat mapley sampai embun turun :P..kat kapal, mostly pukul 10.30pm semua org dah masuk cabin masing2...
Walaupun ada yang kata, bosanlah atas kapal, tak dpt lepak kat klcc, tak dpt tgk movie, tak dpt gi karaoke...tak dpt makan itu ini....
Hellooooo...silap ye....kami ada tu semua, tapi dengan cara kami :) lagi menarikkan?
Tengok movie? Kiteorg pun layan movie dgn screen besar, tapi taklah mcm kat tgv, mbo, golden screen cinema semua tuuuu, tapi kami happy jugak :)
Karaoke? Setakat karaoke tu jgn cakaplah, plus karaoke atas kapal free, takyah kene bayar mcm kat Red Box atau karaoke 'jamban' tu, kikiki...melalak la ko sampai hilang suara, melalak la sampai 4 pagi, takde sape nak bising, yang penting esok kerja macam biasa yeeeee? No MC, no emergency leave, NO NO NO....
Kalau bab makan? Jgn ceritalah, kalau cerita mesti korang terliur...tapi jgn la nak request yg melampau pulak...nnt kene campak kat laut ;P nak?
Kat mana pun kita berada, yang penting kita sesuaikan dengan keadaan...bila kita tahu nak sesuaikan dengan keadaan, tempat dan masa, in shaa Allah kita akan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada...:))

Tak semua org berpeluang nak belayar dan segalanya ditanggung :)
DH selalu kata 'only the best man can be at sea, and only the best women can be with the best man'... :) aku? SENYUM LEBARRRR :D


Love
Linda
Onboard the good lady, PZS

Thursday, 25 April 2013

Bleeding at CD 15?

I'm not sure why am I bleeding at CD15, most probably because I do some work out, maybe that's the reason..can't google more about it since there is no internet onboard...

According to Jay, maybe i'm ovulate, because it do happen to one of our friend also, the different is my other friend bleeding for 1 day only... I'm still wondering, why....

Btw, thanks Allah, it is just 2 days bleeding...and hopefully it will back to normal ( no more bleeding) until my next period... ;)

DH told me to stop work out for awhile...ok..so since i didn't do any work out, i do my own challenge, which is 10 days WITHOUT rice...but i still take any other carb sources, but in a moderate portion..:), harap2 next Bintulu i can lost another 2 kg, :D can I ? Mesti bolehhhhh :))



Love
Linda

Wednesday, 24 April 2013

Cerita GYM

Harini aku n DH pi gym...buat apa?? Hai takkan lah memasak kat gym pulak...haruslah kami work out..
DH risau stamina tak ok n tak fit utk gi dive nanti...plan cuti-cuti TTC kat Tioman Island is next month, can't wait :)

30 mins session with our PT, filipino marii...aku rasa PT ni lagi bagus dari PT aku kat Fitness First, kikiki...30 mins session pun dah buat aku sweating, DH apa ntah lagi...siap nak muntah katanya...

PT kata it is a good sign, rasa nak muntah tu sebab pagi tadi kiteorg amek shake HL before turun gi gym..is ok, try esok takyah minum shake before work out...according to him ( PT), do not drink or eat 1 hour before and after work out...let our body and internal organ cool down by itself..yes, ada logic nya jugak :)
Bila aku tanya...'sometimes i feel hungry after work out, why?'... Oh rupanya sebab aku breakfast atau makan dulu before exercise/work out, so body aku dah guna semua energy tu instead of aku bakar lemak tepu dlm badan aku ni...:D

Bagus explanation dia before the session begin...katanya...kalau kita makan sweets ( cake, chocolate, any desserts, etc)..do not work out for 3 days, tapi what we need is to do cardio...Cardio selama 3 hari, 20 - 45mins...hadoiii...ngerinya kalau fikir..abis tu camne nak mkn fav Swiss Passion, Pavlova kat Serai, Empire Gallery nanti?? Demimu Swiss passion dan pavlova, aku sanggup berlari 3 hari, ecehhhh....:P
Tak bagus rupanya minum air sambil work out, panjang diye explain, sebab masa kita tengah work out our blood tgh pumping to the whole parts, so bila kita minum air, it will lighter the blood, which is tak bagus for our body...ok mcm tu lah lebih kurang, tapi aku kene google lagi...
Seronok bila dia ajar cara nak concentrate and focus pada 'parts' yang menjadi masalah pada aku...mostly pada perempuan...aku concentrate pada prob area, which is arm (cuba angkat tangan dan lambai2, hah bahagian bwh arm tu :) ) , obviously hips aku yg besaq mcm kayu balak ni, hihiii..tapi rasenye dah kuruih skit peha ni...menipu sgtla, baru 1 hari work out dah kuruih, perasan! Eh bukan perasan tapi tu positif affirmation, hahahaha! Bluekkkk

Ke gym lagi kita esok, yayyy....


love
Linda

Tuesday, 23 April 2013

Bukan kesian atau simpati tapi DOA


Aku tak tahu kenapa sensitiviti aku kurang bila tiba bab anak...bukanlah nak kata aku tak sensitif langsung bila macam2 soalan orang tanya, atau macam2 makanan org suggest utk makan, atau macam2 petua org bagi untuk aku cuba...aku appreciate semua tu, sungguh...

Cuma....aku jarang nak rasa terlalu hiba bila dpt news orang pregnant, dan pregnant lagi,..sebab aku percaya rezeki aku mungkin bukan dalam masa terdekat, mungkin tahun depan..mungkin bila usia perkahwinan aku 10 tahun, mungkin? Tapi aku PASTI Allah tak pernah kejam pada semua hambaNya..setuju?

Aku taknak meratapi apa yg aku takde, lebih baik aku fikir tentang apa yg aku ada, dan jaga sebaiknya...kan lebih positif...kalau asyik nak beza2kan segala macam itu ini yg org lain ada, tapi kita takde....haiiii pusing!

Kadang2 aku jadi rimas bilaorg yg mengandung pun susah nak bgtahu yg dia mengandung, kononnya takut aku kecik hati, aku takde sebab utk kecik hati...sebab mengandung atau tak, itu bukan bidang kuasa aku...lagi sekali, aku berterima kasih untuk golongan mcm ni yg sgt peka dgn rasa hati golongan ttc mcm aku, tapi sejujurnya...aku tak perlukan simpati, tapi aku perlu doa kalian...doakan aku dan rakan-rakan yang sama macam aku ni cepat dtg rezeki zuriat, tu aje....

Pernah ada satu conversation dulu...

'Kesian si A tu nak anak num 2 tapi sampai sekarang tak pregnant2'

Aku jawab: 'takpe, belum rezeki yg num 2 tu...kan boleh cuba lagi...'

'Aah kan, at least dia dah ada 1 anak, patutnya lagi kesian ngan awk ni (refer to me) , sampai sekarang lum ada anak'...

Jgn kesian kat saya, tapi tolong doakan,...aku jawab gitu...

Mungkin ada yg kata, mak aiii sombongnya...
mcm ni, let me explain....
Aku tak sombong, utk tak bagi org simpati...tapi lebih afdal rasanya, kalau kalian tolong doakan, instead of bnyk2 kali cakap, simpati, simpati, simpati...kalau simpati sekalipun tapi lupa nak doakan, no point...right? Itu aje...tapi kalau dalam simpati tu terselit doa kalian utk kami, alhamdulillah...:)) hanya Allah aja yg mampu membalasnya...

Aku pun manusia biasa...ada kurang di sini, lebih di sana..yang pasti aku bahagia, dengan si dia, dengan apa yang ada... :)


Xo
Linda
Onboard PZS

Monday, 22 April 2013

Back on diet mode

I'm still confuse samaada weight scale atas kapal ni betul or salah, sebabnya i keep on loosing weight...happy? No? :D
Well, kadang2 jadi takut pun ada bila weight scale ni tunjukkan berat makin turun, and mulalah otak fikir ..... Aku ni sakit ke? Atau...ermmmm negatif aje fikir! Ishhh ishhhh...btw, idok le turun berat sampai kurus kering, dan idok le turun bnyk sgt, hah! Kecoh la lindaaaaa :P
Is ok, even turun 400g - 500g, i'm still proud of my self :) at least i know with an effort that i put through, turun la jugak kannn? Alhamdulillah :)

For the last 3 days, i took dinner without fail, huh! WITHOUT tau... Saje nak reward diri, *konon* :) so, today, i'm back on diet mode and until ..... When? Tengoklah nanti camne...;)

Dah siap2 nak jogging kat luar, tapi....mr captain malas...makanya, berjangkitlah kemalasan mr captain pada diriku...apalagi, main game aje laaa...:)


Xo
Linda dah kurus

Tuesday, 16 April 2013

China to Bintulu


Harini weather macam mendung nak hujan...tapi tak hujan...
I told hubby ' i miss the sun'....rasa tak puas kalau tak dpt cahaya matahari...
In shaa Allah esok ada matahari :)


Kapal anchor on the 16th early morning for some maintenance work to settle..so
Hip hip hooray, sebabnya bila sampai port or anchor, masa penuh dgn call family and friends, update cerita yg dah seminggu tertinggal..nope! 2 weeks sebenarnya...
So banyak sgt nak update :)

Last night langsung tak plan nak turun masak, btw bila turun pantry at 10pm, for sure steward Bob dah buat cleaning, as Master's instruction, ehem...ehem...en Azrul punya arahan la ni, so pasrah ajelah kalau turun lambat makanan dah takde..:P

Nak dijadikan cerita, memang bila turun pantry, semuaaaaa dah clear...nak makan megi ? Dia tanya, ...i said noooo...
Ok memang rezeki bila turun pantry ada balance nasi putih,..kihkihkih...
Apelagi? Nasi goreng campak2 la jawapnye...
Zassssss, ptong2 bwg, cili padi, telur, ikan bilis...and takde sayur sbb mls nak turun store :P utilise aje apa yg ade kat galley masa tu :)

Tadaaaaaaa....kejap aje siap nasi goreng putih,..ajak oiler, ab, n gpc makan...
Terus bwk naik kat officer saloon ajak engineers and officers lain makan...
Nasib baiklah diyeorg belum tidoooo....alhamdulillah, habis licin nasi grg putih campak2 utk mlm tadi :)

Yg bestnye bila memasak kat kpl ni, tak prnh tak abis, dan semua org sgt menghargai makanan :)
Tgh fikir2 nak buat Corn Beef Spagethi pulak, tapi bila? Kak dee mesti terliur, kahkahkah!

Update lg nanti, chiawwww


Linda
Onboard PZS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...