Showing posts with label BBT. Show all posts
Showing posts with label BBT. Show all posts

Wednesday, 4 December 2013

BBT chart Oct 22, 2013





Assalamualaikum...

* Sila click untuk gambar chart yang lebih jelas :)


Cycle untuk bulan 10, 40days, jadi according to the chart, tanpa edit sebarang info...line merah silang paksi X dan paksi Y shown aku O pada cd28, ermmmm...logik kah? lambat tu..tapi cycle aku 40days, mungkin ada logiknya.  Luteal phase 11days.

Yang menjadi persoalannya, kenapa aku O lambat iaitu pada cd28, kalau ikutkan last month pun aku O pada cd29.  Macam biasalah aku beruntung sebab kawan2 ttc yang rapat dengan aku rajin dan suka buat research, we change info and share info...

jadi, kesimpulannya...apa yang kami dapat, actually banyak yang kami dapat..tapi ni antara kesimpulannya kenapa aku O lambat.

Quote:

the first thing to do is to start a fertility and temperature chart.  This will confirm exactly if and when you ovulate.
Delayed ovulation may possibly decrease your chance of conception for several reasons:
1.  You ovulate less often, so your chance of getting pregnant over time are less (for example, if you ovulate on CD14, then you ovulate average 13 times per year, but with a 39-day cycle you ovulate on cd25, or only about 9 times per year, which is about one-third fewer times.)
2.  Delayed ovulation may be a sign of poor egg quality.
3.  Even if fertilization occurs, with delayed ovulation the endomtrium (uterine lining) has aged since the beginning of your cycle and may no longer be ready for the implantation of the fertilized egg.


Unquote.


So what should i do in order to get better egg quality?  sekali lagi perbincangan dilakukan...perghhh bunyinya macam para gynae mencari solution untuk pesakit gitu...tapi akulah pesakitnya, akulah doktornya..bersama rakan-rakan doktor yang lain, iaitu doktor wanda dan doktor jay, kahkahkah! 

i need to focus to take multi-vitamin, vit b-complex, vit c,  vit e WITHOUT FAIL..bolehkah linda? hahahah..mesti lah boleh...so we will compare BBT chart bulan seterusnya..harap2 ada perubahan positive :)

jumpe lagi dalam entry seterusnya...:)


love,

Tuesday, 22 October 2013

BBT chart

Assalamualaikum...

Kalau tak silap sebelum ni, ada jugak linda tulis entry mengenai bab BBT chart, the benefits and all that..
boleh refer kat sini: BBT and me

so kali apa kata kita tgk sikit bbt chart linda...

cycle kali ni agak panjang dari yang biasa...biasa 35days, tapi kali ni 41days...
few days ago, aku suruh pakar-pakar dlm membaca bbt ni tgk bbt chart aku...:)
kalau nk ikutkan bbt chart aku ni banyak lubang-lubang, ade lagi kawan-kawan lain
yang lebih gigih tak pernah langsung ter-miss amek suhu every morning...so, lepas ni aku kene gigih 
lagi...insyaAllah..

ok, jom tgk skit bbt chart ni...



gambar 1


ok, gambar 1 kat atas ni, bbt chart latest setakat ni...takde O line, takde coverline memandangkan certain data yang tak mencukupi..
info:
bulat2 atau dotted kosong sebab aku amek temperature pada waktu yang berbeza...:P
garis putus-putus tu pulak sebab aku tak amek suhu beberapa haritu...yg tu sebab aku demam, so aku tak plot, and aku tak record pun temperature aku...sebenarnya, tak jadi masalah kalau nk record, cuma dlm other info tu, kite kene isi yg berkaitan contohnya: fever, fatigue, etc




gambar 2

so now, kite refer kat gambar 2 ni pulak...sebenarnya ia adalah graf bbt yang sama seperti gambar 1, tapi....kenapa ada line merah? line merah berpalang?
ok, the other sifu of bbt, merangkap kawan aku jugak yg expert bab bbt ni, suh aku isi few data yg missing..iaitu tempt yang aku tak masukkan 10, 11hb....so bila aku cuba2 isi, jeng..jeng..jeng....
keluarlah line melintang paksi x, dan paksi y...garis merah yang tak putus2...kalau ikutkan aku O pada cd28, wow! kenapa? mungkin antara sebabnya aku punya kitaran haid yang panjang...tak sama macam sesetengah orang yang lain, normal kitaran haid adalah 28 hari..jadi O biasanya around cd12-cd14..korang tahu kan nk kire tarikh O korang? tak tahu? ermmmm...cuba tanya mr.google la yeh...:P

jadinya, harini 22/10 early morning...aku amek temp, it shows...36.43..and automatically bila suhu aku menjunam bagai ke dalam gaung, aku tahu...aku akan period...harini...secara rasminya bendera merah berkibar-kibar....:P

bestkan bila ber-bbt ni...bukan setakat boleh tahu bila akan period, bbt ni jugak boleh guna utk family planning...unless uolls memang tak kisah bila O atau tak O main hentam aje, ada rezeki, ada..takde cuba lagi..mungkin itu untuk orang yang senang nak conceive..tapi orang-orang istimewa macam kami ni...apa aje cara akan kami usahakan dlm usaha nk dapatkan zuriat...:) kami kene betul2 tahu bila waktu O, so that chances utk kami lebih tinggi, mudah2an...:)

harap2 lepas ni takde lagi garis putus2 tu, kalau boleh taknk lagi ter-miss amek temp tu...

btw, aku taklah terror sangat bab ber-bbt ni, tapi basic sikit2 oklah..kalau korang rase nk tahu lebih lanjut, feel free to email me ok? linda.azrul@gmail.com

kalau dh biasa buat bbt ni, nnti rasa rindu kalau dh lama tertinggal..eheheh..jadi addicted pun ada...
and bila tiba bendera merah berkibar aje, u know that....it's GAME OVER! so start semula utk next cycle...
dh macam main game pulak kan? tapi best..tak caya? jom cuba....:))



love,

Saturday, 27 April 2013

BBT and Me

Memandangkan since Dec last year aku dah ber-BBT , sampai sekarang Fertility Monitor (FM) dah macam kawan baik aku, mana je aku pergi...holiday, balik kampung, belayar...aku takkan tinggal FM... :)

Ada yang kata leceh nak ber-BBT ni, atau ada yg kata susah, and selalu terlupa nak amek suhu..and ada yang kata tak tahu mcm mana nak ber-BBT...
Sebenarnya, tak susah, tak leceh, kalau kita dah praktikkan hari2... ;) mula2 je rasa macam leceh sikit...bila dah jd routine, senang aje ;)
Kalau terlupa, yes...aku pun kadang-kadang ter-LUPA, kikikiki....

Ingat lagi masa mula2 nak start ber-BBT, aku PM yana kat FB and tanya dia macammana nak start, honestly she is a good teacher though!
Dia kat Penang, aku kat Shah Alam...dgn teknologi masa kini, sekejap je aku reti ber-BBT, takdelah terror mana, tapi...basic thing aku paham :) thanks to Yana...i owe u bebehhh :))

First thing first, kene sign up kat Fertility Friend, lepas tu kene ada termometer yang dua decimal, sbb lebih accurate compare to termometer biasa :) so, syarat penting ber-BBT, ecehh syarat2 plak? Ok, ni lah syarat simple aje :)

PENTING : suhu mesti diambil pada waktu yang SAMA setiap hari :))

1) amek suhu masa mula-mula bangun tido, - jgn bangun g toilet, jgn bercakap2, jgn buat apa2 kerja dulu...bila terjaga je, terus capai termometer ( dinasihatkan letak termometer tahap boleh dicapai dgn mudah tanpa perlu bergerak2 lebih)

2) letakkan termometer di bawah lidah, ini yg biasa aku buat...and kalau boleh hari2 di tempat yang sama, maknanya bila harini letak bwh lidah sbelah kanan, esok dan hari seterusnya jugak, letak sebelah kanan.... :) get it?

3) bila dah dpt suhu, boleh tulis kat paper or mana2 sebelum log dlm fertility friend...:)

4) mesti cukup tido at least 3 jam, let say tak cukup tido, dalam fertility friend tu bolehlah korang 'tick' pada ruang berkenaan...

5) dalam Fertility Friend tu nanti korang masukkanlah data2 yang perlu, macam Cervical Mucus ( CM) , supplements, etc...

Apa pentingnya record BBT ni?

Mudah aje jawapannya...for natural family planning...

Ber-BBT bukan setakat untuk tahu bila kita ovulate, fertile, etc...kita juga boleh paham our own body...dgn BBT jugak kita bole tahu bila kita period (especially to those yang period kacau bilau :) ) best kan? Kita juga boleh tahu either kita pregnant or not, atau kita akan miscarriage, bla..bla..blaa....

Some people may say,
'alah, buat apa la nak ber-BBT ni sebab aku tahu bila aku period'
Or 'leceh la, nak period tu period je la....'
Or 'takyah tahu bila ovulate, kalau ada rezeki tu ada la....'
Atau...'takyah BBT pun aku pregnant aje'...

Ok2, macam2 org macam2 pendapat..takpe...

Memanglah tak kisah bila nak period ke tak, bila ovulate atau tak (i'm referring to those yang period teratur)..tapi nampak tak, if let say kita tahu bila kita nak ovulate, kita dah boleh plan, i'm talking about natural planning...so if let say, kita nak jarakkan kehamilan...so kita kena tahu bila kita ovulate..so that bila masa ovulate and fertile, kene elakkan bersama suami, sebab masa fertile dan ovulate chances tinggi utk preggy...
Lainlah pulak utk mereka yang period tak tetap dan tak teratur dan sedang berusaha keras mendapatkan zuriat...dgn menggunakan BBT chart, kita akan tahu bila waktu fertile dan ovulate dan chances tinggi utk preggy, masa tu la kita pulun habis-habisan, kahkahkahkah! Selebihnya kita serahkan pada Allah...kun fa ya kun....:)

Prnh aku terbaca satu discussion ntah group apa ntah...
Anak dia dah 3 ke 4 orang semuanya perempuan, so dia tanya petua macammana nak dptkan baby boy pulak...best pulak bleh request2 mcm ni, tp utk org mcm aku yg susah nak preggy ni, aku tak kisah...boy or girl, aku terima aje rezeki Allah...:) yang penting sihat dan sempurna sifat, in shaa Allah...
So macam2la petua yg keluar...well actually no harm of trying, mana tahu petua tu menjadi kan? :) cumanya, dgn BBT chart jugak antara salah satu cara to plan...selain dari faktor keturunan, yadayadayadaya....whatever...

Mungkin ada yang kata...mungkin ok....

Suami aku sharp shooter, senang je nak dpt baby boy....
Atau...
Family aku memang ramai lelaki, so senang je ni...

Ok back to Bbt Issue, dgn bbt ni...bila kita tahu waktu kita O , 3 days before and waktu O , adalah chances tinggi nak dptkan baby boy, and 1 week after O chances to get baby girl is high...tapi kene ingat, kita usaha, selebihnya Allah yang tentukan.. :)

Nampak tak betapa seronok ber-BBT ni...jom join sekali?
Kalau ada apa2 yang tak clear, email aje k?


Love
Linda
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...