Showing posts with label 2012. Show all posts
Showing posts with label 2012. Show all posts

Monday, 3 December 2012

Resepi Pulut Durian

Assalamualaikum, 

Sebenarnya niat nak buat pulut durian dari haritu, sampai laa ni baru menjadi...

Memandangkan selama ni aku memang tak pernah langsung masak pulut selama 29 tahun, tak pernah masak pulut ok (pengakuan ikhlas lagi jujur)...semua barang2 dah ada, and thanks to My Nazmi, yang tolong belikan 1kg beras pulut, dan gula melaka...bahan2 lain dah ada dah kat umah...


Macammana nak masak pulut?? So terus2 dial sapa lagi kalau bukan my idol Chef, of courselah my mom...


after borak sikit2, i asked mak...

me:  ' mak, camne nak masak pulut'? adik nk buat pulut durian ni...:D

mak: 'ohh senang je dik,...adik nk masak baper banyak?'

me: 'cukuplah utk adik, nazmi n kak dee', durian lebih kurang satu tupperware 4 segi tu mak'...

mak: ' ok..'

so, Mak sambung la tot tet tot tet, explained cmne nak masak pulut..

ok message well noted, and crystal clear...

Jadi, inilah bahan-bahan yang diperlukan...


1) Isi durian (tak kirelah Musang King ke, D24 ke, Udang Merah ke, Udang Galah ke, ehhh Udang Galah jangan la weiii..) apa2 je asalkan isi durian...:D

2) Santan

3) Gula Melaka

4) Gula Pasir

4) Beras Pulut

Cara masak beras pulut:

Linda mengambil pilihan untuk masak beras pulut menggunakan dapur biasa, instead of kukus atau gune rice cooker, walaupun Mak bgtahu gune kukus bagus sbb takde kerak, or guna rice cooker pun senang, :)
Untuk 3 orang, diperlukan lebih kurang 3 cawan beras pulut, bersama 3 cawan air dari size cawan yang sama...

Sebelum masukkan beras pulut ke dalam air yg disediakan, campurkan sedikit garam hingga larut dan kemudian masukkan beras pulut, gunakan api sederhana kecil je utk masak beras pulut ni...jgn lupa kacau/gaul selalu, utk mengelakkan berkerak..air utk pulut tu boleh agak2, kalau tak cukup leh tambah lagi, sampailah beras pulut tu masak..mcm mana nk tahu beras pulut tu dah masak ke belum? Haruslahhhhh rasa/makan skit pulut tu, kalau still ada rasa keras2 tu, maknanya belum masak lagi, jadi? tambah lagi air sikit demi sikit, jangan terlebih air, nnti pulut tu terlembik...

isi durian Musang King, enak jugak dimakan begitu sajaaaa :D

Tadaaaa, menjadi jugak Pulut percubaan pertama..:D


Okeh, bila pulut dah siap..mari kita masak kuah utk pulut tersebut...

caranya:

panaskan santan, tanpa di tambah air..linda guna santan cap Ayam Brand, kotak kaler biru..yang santan jenis tu tak terlalu pekat, so linda gune 2 kotak .. (baper calories tu?) yang tu, sila rujuk di kotak ye..:P
So bila santan tu dah masak...masukkan gula pasir 1 sudu besar, ikut tahap kemanisan masing-masing, lepas tu masukkan la gula melaka, juga ikut tahap kemanisan masing-masing...:) last sekali barulah masukkan isi durian atau buah durian dengan bijinya sekali..tak kisahlah, ikut citarasa masing-masing jugak..senangkan? :D



Inilah hasilnya kuah utk pulut tersebut :)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Dan inilah hasilnya...yummy! jom makan!!



jumpa lagi next entry, tata....



love,


Tuesday, 13 November 2012

Kalau....

Group TTC memang banyak memberi semangat dan sentiasa berkongsi ilmu...

Status di Facebook dari seorang rakan TTC yang dia dapat dari seorang ustazah betul-betul mencuit ke dalam jiwa...saya rasa sama seperti yang dia rasa...

Kata ustazah lebih kurang begini:

"Kalau kita diberi peluang utk menjadi seorang ibu/ayah..pastikan setiap hembusan & sedutan nafas kita tidak diiringi dengan dosa..pastikan kita didik anak itu betul2 ke jalan yg benar, ke jalan yg diredhai Allah..sesungguhnya, ibubapa akan menanggung kejahilan seorang anak andai kita tidak mendidik mereka dgn betul...bayangkan byk mana dosa yg akan kita tanggung hingga hujung nyawa..jgn ambil mudah soal pendidikan agama, ajarlah anak2 dr hal yg kecik2 sehinggalah yg besar, dari cara amik wudhu' sehinggalah kpd yg halal & haram..pastikan anak takut pada dosa, takut pada neraka.."

"Bila kita pandang org takde anak, kadang2 kita berasa beruntungnya mereka..sbb Allah tak bebankan mereka dgn dosa2 sebegini.."

Sayu hati sy dgr nasihat ini...tiba2 rasa sgt2 lapang & redha dgn ujian ini...ya kwn2, Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita...kita hanya mampu berusaha..yg menentukan Allah...pasti ada hikmah disebalik semua ini..mungkin kita masih belum dikurniakan anak kerana Allah tahu kita belum betul2 bersedia utk mendidik anak ke jalanNya..

Jgn kita bandingkan kita dgn org lain yg nampak tak seberapa, tp dikurniakan anak berderet..belum tentu lagi dia beruntung @ tidak...kita tak nampak dosa & pahala yg terheret pd diri mereka..jadi, bersyukurlah dgn apa jua keadaan & ujiaan yg Allah tentukan pd kita..

Wallahua'lam..


antara komen di FB Group TTC yang sama macam luahan sendiri:

Yus
kita takleh ubah cara org lain berfikir, yg kita mampu buat..cuba pujuk diri kita dgn cara berfikir mcm ni..

Anas
alhamdulillah, lega sgt bila dah baca ni..sesungguhnye dosa aku sendiri pun x tertanggung...ya allah...


Aziah
Petikan dr kuliah audio ustaz kazim elias 'harta yang tak pernah puas'..
Ni yg Allah SWT bg letak kat situ, kadang2 kita tak perasan. Kita tgk org yg mandul, yg xberanak, suami isteri xberanak, kita kutuk.

''kahwin dh 20 tahun kalau aku nikah lain lee. Buat apa lg simpan dh takleh beranak, leceh la kamu''

Kadang2 berdesing telinga kita, merah telinga kita ni, yg isteri kita tarik muka masam dah.
Bukan tak mau anak, dh jenuh berubat dh tp Allah xbg anak.

Esok di hari kiamat, suami isteri ni rileks je. Anak takdak sapa nak dakwa,makan minum anak, anak tak dakwa. sembahyang anak, anak xdakwa. Pakaian anak, anak tak dakwa. Sebab, anak takdak.

Tuan2 yg ada anak ni, bagaimana esok anak dakwa?

Bila Allah tanya, ''kenapa kamu makan benda haram?''
''aik saya tak tau. Pak saya bawak balik beras tu, saya makan nasi tu. mak saya masak''
''Ni beras curi''
''Mana saya tau, saya makan saja''
Hah sudah tuan2. Jawabla kita.

Sebab tu jaga2. Dgn sebab ada isteri, dgn sebab ada suami, dgn sebab ada anak, pahala besar. Tapi silap jalan, lagi bala akan sampai pada kita.


Alhamdulillah, bersyukurnya dapat kawan-kawan yang baik dan saling mengingati antara satu sama lain, sama-sama memberi semangat, walau masing-masing tahu ujian yang Allah turunkan bukan mudah buat kami, tapi kami yakin perancangan Allah buat setiap hambaNya adalah yang terbaik..syukur...


p/s:  muhasabah diri dalam setiap apa yang kita lakukan...peringatan untuk diri sendiri..




Love,

Monday, 12 November 2012

Victoria Jackson

Victoria Jackson? No..bukan Victoria Beckham atau Victoria Secret atau Victoria Station lagi lah tidak...
Sebelum ni tak pernah dengar pun Victoria Jackson ni...

Habis je appointment, terus laju nak pi LG Floor, sebab nak tapau popiah basah yang sedap kat depan Giant tu...tapi, ada seorang Bunga...(kenapa seorang bukan sekuntum) well, nama adik ni Bunga, oh she's one of the promoter for Victoria Jackson...

Katanya, Victoria Jackson dah lama ada dalam market, cuma belum masuk Malaysia..tak tahulah kalau Linda sendiri yang ketinggalan, tapi seriously i never heard of  Victoria Jackson brand, to be exact Cosmetic Brand...

When she first asked me, "ok, boleh saya tahu akak pakai brand apa?" and i asked her back "make up or skin care product?" she replied " make-up".., oh i pakai Chanel, i replied..."Boleh saya tengok", kata si Bunga...i was like..huh? "no i didn't bring along my make-up dlm handbag or dlm kereta", i'm not the kind of person yg akan bawak the whole/atau barang2 make up dalam handbag, paling tak pun i will bring miniature perfume and lipstick..tapi taklah utk bawak all those, foundation, compact powder, loose powder and etc..buat berat beg kot? Si Bunga macam tak percaya ke? okeh fine..:)

ada lagi yang tak bawak ni..:)

back to Victoria Jackson punya cerita, the best part is, beli je apa2 barang from Victoria Jackson, and kita akan entitle as a member..so they will issue a membership card...dan yang bestnye bila jadi members of VJ ni, dpt 50% discount on our birthday, ok la kan? dan.....dapat make-up free...:D so whenever ada function (dinner, wedding and etc), u can just flash the membership card at any of their store and they will do the rest..best kan? heeee
oh ya, VJ will launch their first store kat Times Square, and later on akan ada kat Parkson, and other shopping mall, so kalau lah that time rasa malas nak make-up dari rumah, so kebetulan pi plak kat Times Square, boleh la terus pi VJ and ask them to make up for me, and it's FREE!! bak kata si Bunga, tak kisah berapa kali akak nk make-up pun kita akan make-up kan, contohnya, lepas solat Zohor, akak make-up, lepas tu lepas Asar, akak dtg lagi make-up dan seterusnya...ermm memang menarik, tapi taklah Linda nak datang situ je nk make-up..:P

Fikir punya fikir, i better buy something that i really need...since that eyeliner dah nak habis, baik beli eyeliner, tapi tak tahu la boleh lawan eyeliner yang sekarang ke tak, sebabnya Linda dah sangat serasi bersama gitu dengan eyeliner Chanel ni...anti-smudge and tidaklah waterproof..:)

tapiiiiii....eyeliner VJ kene beli one set with lipstick, eyeshadow and etc...taknak lah sebab i don't need yang lain2 tu...
akhirnya ini juga yang Linda sambar....


LIP GLOSS :)

4 Colors of Lip Gloss with small bag+brush :)

The Membership Card

 Pilihan yang bijak, sebab Linda memang takde lip gloss :)) 4 colors of Lip Gloss for only RM65.   I think it is really worth it...lagipun semua colors tu Linda sukaaaa banget...:))

Lama jugak stop kat kiosk VJ ni..siap semua isi form and everything, teruslah menuju ke kiosk popiah basah...yummmmsss...sedappp, nak cepat balik boleh ngap, ngap, ngap!


p/s: kalau keluar pi appointment, atau gi mana-mana mall kalau tak beli barang tak boleh ke? Linda oh Linda!



Love,

Universal Studio Singapore

Entry ni sepatutnya dah lama dah di update, tapi memandangkan linda adalah seorang surirumah sepenuh masa yang sentiasa sibuk, so baru sekarang dapat nk update...

Kalau orang lain awal-awal lagi dah pergi Universal Studio Singapore (USS), tapi kami baru je pergi last month (October)..actually, kami malas nak pergi masa awal2 opening tu, 1st, confirm masa tu ramaiiiiii sangat yang teruja nk pergi kan? sebab...Singapore bukan jauh pun, so semua excited sebab Malaysia takde Universal Studio la katakan...:) dan for sure, lepas pegi, semua pakat letak gambar kat Globe Universal tu kat Profile picture kat facebook, kahkahkah...2nd thing, sebab kami dah pergi Universal Studio Japan (Osaka) yang sangat besar, mungkin sebab tu kami tak teruja sangat kot? apapun, our last trip to USS was awesome! 

Alhamdulillah kiteorg dpt package yg agak menarik...

click this link :  www.rwsentosa.com 

We took $538 WoW package, and it is really worth every penny...:)

17/October/2012

Cab sampai at 6pm, flight to Singapore at 8pm..Sayang pulak lambat sampai from KL sebab ada meeting, masa tu dah rasa macam tak sempat je, dengan jalan jammed lagi, ye lah kan weekdays, orang semua sibuk balik keje time ni, dan kami pulak sibuk nak gi airport time ni, memang silap laaa....tapi nasib baik dapat driver taxi yang cekap..sampai airport pun around 7 something...

Nasib baik kami tak tertinggal flight aritu...sampai2 je airport kaunter utk check in luggage dah tutup..TUTUP..oh my! mana nak letak bag besar ni? Merayu jugak lah pada staff kat kaunter tu, and alhamdulillah...ok, settle hal bag...:)

Terus dengan pantasnya kami boarding..while waiting, sempat grab a quick bite of sandwiches..alhamdulillah boleh la tido dlm flight nanti, :P


pengajaran dlm cerita ni, tolongla beringat..kalau nk ke airport on weekdays, tolong elakkan waktu peak hours ye, kalau tak...memang kene purchase another flight tiket la jawabnya..:P

Habis coretan untuk permulaan of our USS trip...sambung lagi nanti..ntah bile..:)



Love,

Sunday, 11 November 2012

Muhammad Dharis Furqan turns 6 months old

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, Baby F turns 6 months old yesterday...cepatnya masa berlalu...lepas ni sekejap je dah setahun..Baby F pls jangan cepat sangat membesar, eh! boleh gitu?

As an auntie, i'm happy to see him membesar, sihat..dan semoga Baby F membesar jadi anak yang soleh, bijak, dan sentiasa menggembirakan hati semua orang, aamiin...

Macam biasa, awal2 pagi Baby F dah bangun and we went to UMRA around 11am camtu, nasib baik hari Sabtu tak ramai orang, usually on weekend, perghhh ramai sungguh patient kat Hospital UMRA...
Masa nama Baby F kene panggil tu, he was fell asleep..terkojut la jugak bila masuk nurse terus angkat, so menangislah dia..selalunya dia tak nangis, tapi bila Doc Jessey agah2 dia, he smiles at her..dah kenal dgn Doc Jessey dah....:)

2 jab Baby F kena semalam..alhamdulillah, nangis sikit je..and Doc pun cakap...wah, dia good boy, nangis sikit je..well, Baby F mmg camtu tak banyak ragam pun since kecik, alhamdulillah...dan setiap kali kene 'cucuk' memang tak pernah lagi demam..cuma hangat2 skit je mlm tu..

anyway, i'm super excited when Baby F turns 6 months old..why? why?

sebab.....

Baby F dah boleh makan...yes, makan solid food...:D

Jadi menu pertama untuk Baby F ialah Green Pear..yummy! Kalau aku sendiri as an auntie dah excited, apatah lagi ibu Baby F..malam tu jugak Kak Dee prepare food utk Baby F...at 2am in the morning ok..nampak tak ibu Baby F lebih excited kan? kan? haruslahhhh....:))

Early in the morning, sebelum keluar for groceries shopping, i told Kak Dee, "tunggu adik balik tau kalau nak bagi Furqan makan, nak ambik gambar dia"...:)
sayang  nak lepaskan moment macam ni, nak tunggu anak sendiri ntah bila kan? insyaAllah moga2 tak lama lagi...:)

At least if i take some pics, and video..boleh lah jadikan kenangan and maybe one fine day, i can show his video to him...how excited he is when he taste his first solid food...:) cute!

I want to upload his video, unfortunately, there was an error while uploading the video..so let me share a few of his pics..Baby F enjoying his green pear..:) thanks to ibu ye baby F, semangat buat makanan Furqan pukul 2pagi,..kasihnya seorang ibu...:')

Nampak mcm tak excited je kan? tungguuuuu....

'oh, what is this ibu? ok, tengok camera, mama su tgh snap my pic..- baby  F

ohhhhh yummmmmyyyy! i want more and more pls ibu -  baby F
So menu apa pulak utk esok ye Baby F? 4hari baby F kene makan green pear, as per kak dee, kene try dulu...tengok samaada perut baby F boleh terima ke tak green pear tu..harap2 Baby F takde masalah dengan Green Pear, lepas ni...menu lain pulak, yay!!

Now mama su dah boleh tido..:) lega dah update pasal Baby F and his first experience of solid food :)


p/s: Baby F, i love u so much, - from all of us...(mama su, papa su, bonda, ayahanda, uncle zali& auntie ct, nenda and atuk)



Love

Friday, 31 August 2012

Hokkaido Chiffon Cupcakes with Whipped cream filled is a SUCCEED!!

assalamualaikum...

alhamdulillah yayyy! dari tajuk je dh tahu, so tak pyh cerita panjang la kan? 
2 hari after percubaan pertama yg gagal tu, apalagi....masih rasa tak puas selagi tak dpt buat Hokkaido Cupcakes ni, sbb kalau tgk dari cara2 nk buat tu mmg agak senang...:)

well, i think the toughest part is the meringue part, selalu tgk junior masterchef australia series tak? so kalau rajin tgk series tu u'll know what the meringue is, or kalau nk lagi senang, mcm biaselah...mr google kan ada :D

just make sure, before preparing any meringue...pastikan semua utensils is totally bersih, sgt clean ok? no greasy, no wet...that's the key point, bila all utensils is clean, so insyaAllah mmg dh senang dh, u know ur meringue dh menjadi bila...u try to terbalikkan and its not jatuh...maksudnya, meringue tu tak tumpah...:D  
mcm ni lah lebih kurang rupenye..hihikkks

meringue :)
satu adunan ni u can get lebih kurang 24pcs cupcakes... :)





the best part is ..... jeng, jeng..jeng...the final outcome...:D

selamat menjamu selera :)

kalau makan panas2 mmg tak cukup satu, hehehe...:) so after kuar from oven, let the cuppies sejuk dulu, then only can put in the fridge, pastikan letak dlm container n bertutup rapat, and it can last for 3days :) 
the texture was superb, apatah lagi rasanya...aicehhh credit to sis rima , and i bet, if u guys bukak blog ni, confirm melting la tgk semua her recipes...:) selamat mencuba, jgn setakat menjamu mata je :P



p/s:  nyummmm...nyummmm...after raya, don't complain berat badan naik ok? :D



love,
lindanazmi




Wednesday, 29 August 2012

In baking mood

assalamualaikum..

tak tahu kenapa tiba-tiba datang minat nk bake itu ini, cupcakes and cakes...actually it is not tiba-tiba...:P bila masa berbuka puasa bersama kawan-kawan TTC (trying to conceive) bulan Ramadhan tu, Reen bawak Hokkaido Cupcakes, and it was delicious...and apalagi, terasa ingin mencuba buat Hokkaido Cupcakes tu, hah mula dari tu, i started to google and found out this one blog, ya Allah...sungguh lazat tgk macam2 resepi kat blog tu, escpecially cakes, cupcakes and segala mcm kuih muih...:) and blog ni jugaklah sebenarnya yg bertanggungjawab menyebabkan kini minat linda beralih arah, cewahhhh :P

lepas belek2 resepi tu, i think, i can try to do it...jadi tak jadi, itu belakang kira...yg penting cuba dululah kan? tak cuba mana nak tahu susah ke tak...

berbekalkan barang2 utk mem-baking yg langsung takde kat umah, i asked hubby to accompany me to find all the necessary items...dgn cup for cupcakes, sifter, all the ingredients...nasib baiklah my dear hubby layankan aje..:)) semangat ni, terus pi beli barang-barang kat cold storage, and oppss the price? haiiyaaaa.....
dengan beli mixer bagai, but it is just a small mixer...oklah at least i can start sikit2, bukan utk buat bisnes anyway...:)

ok, let cut it short...my 1st trial to bake Hokkaido Chiffon Cupcakes is a failed..huhuhu, and i know, its not because of the recipe, but i was my mistake...ok, terima kenyataan...bila bakar, the cupcakes jadi "senyum kambing" pulak..and i wonder, eh apasal la jadi cmni, siap buat semua cupcakes tu around 2am, and yet i still tak give up! i will give it a try lain hari...ok...tido...zZZZZZZZzz


p/s:  to be continued with my 2nd attempt of baking hokkaido chiffon cupcakes. :D



love,
lindanazmi

Friday, 2 March 2012

Waterborne Virus Outbreak

Just finished with laundry and house chores...:)

Received 1 email from mr superhero...
short email...

Quote:

Sayang, pls share with our families

Unquote.

So i think it's good if i want to share this important info with all of u =)

Let's spend ur lil time to read this....




A waterborne virus outbreak has been reported in two districts in Perak, Malaysia. The rotavirus had caused two infant deaths and some 2,236 acute gastroenteritis (AGE) cases in the Batang Padang and Hilir Perak districts over the last two weeks.

The Ministry of Health Malaysia has informed that the majority of those affected were children with a high density of cases reported in areas close to the water plant that supplies both districts. Initial investigations have shown that the water supply was polluted by the virus. Clinical samples taken were positive for the rotavirus.

What are waterborne diseases?
Waterborne diseases are caused by pathogenic microbes that can be directly spread through contaminated water. Most waterborne diseases cause diarrheal illness. Eighty-eight percent of diarrhea cases worldwide are linked to unsafe water, inadequate sanitation or insufficient hygiene (1). These cases result in 1.5 million deaths each year, mostly in young children (1). The usual cause of death is dehydration. Most cases of diarrheal illness and death occur in developing countries because of unsafe water, poor sanitation, and insufficient hygiene.

What is acute gastroenteritis (AGE)?
Diarrheal disease of rapid onset, with or without accompanying any symptoms.
What is rotavirus?
Rotavirus is a virus that causes gastroenteritis (inflammation of the stomach and intestines) and leading cause of severe diarrhea in infants and young children worldwide.

What are the symptoms?
• Fever
• Vomiting
• Diarrhea
• Abdominal pain
• Additional symptoms include loss of appetite and dehydration (loss of body fluids), which can be especially harmful for infants and young children.

How it can be transmitted?
Rotavirus spreads easily among young children either both before and after they become sick with diarrhea. They can also pass rotavirus to family members and other people with whom they have close contact.
Rotavirus can be spread by contaminated:
• Hands
• Objects (toys, surfaces)
• Food
• Water
The public has been advised to practice good hygiene and consume safe drinking water.



For more information, please check the Centers for Disease Control and Prevention website
REFERENCES:
(1): World Health Organization. Safer Water, Better Health: Costs, benefits, and sustainability of
interventions to protect and promote health. Available at
(2): JKN Johor : Fact Sheet Rotavirus. Available at http://jknjohor.moh.gov.my/bmv2/uploads/FSRotavirus.pdf


till then, take care and take extra precautions ok :)



loves
LindaNazmi

Thursday, 1 March 2012

My Reading Pleasure


Finally, i just finished read this books..wrote by Steve Harvey, a hugely successful stand-up comedian whose career has included touring as one of the "Kings of Comedy".
U can get this book from Boarders, Mph or Popular, with the price of RM65.90.


Lama jugak ambil masa nak abiskan buku ni, even it just only 232pages...tu pun dh ke sana ke sini bawa letak dlm handbag, so that takde lah asyik nak main hp je kan during free time, konon nak terapkan budaya membaca dalam diri, chewahhh :)

From what i observed masa duk Jepun dulu, tiap kali naik tram, naik train, or while waiting for the train to arrive, or sambil duduk kat McD or taman, Japanese ppl like to read, they loves to read, kedai buku kat sana dah macam library..tu yang kalau boleh nak ikut budaya Japanese yg rajin membaca..apa salahnya, benda yg baik baguslah utk kita ikut, betul tak?

So i have 4 more books nak habiskan baca, including Doctor in the House..wrote by our Tun Mahathir..that was quite thick books anyway, tak tahulah bila agaknya boleh habis baca buku tu :)

Act Like A Lady , Think Like A Man is good for reading since the topics and the chapters inside banyak yg ada kaitan dengan kehidupan kita, basically what men really thinks about love, relationships, intimacy and commitment..the writer hasilkan buku ni based from his 20years journey in this fields.

If u want to know more, get ur copy now :)

Harap2 dpt habiskan 3 novels tu cepat sebelum 2013 bertandang..go Linda!



Love always

Wednesday, 29 February 2012

Happy Leap Year!

taken from google photo :)
2012 is a leap year! which is today 29th February...datang 4 tahun sekali...special kan?

Ada yang celebrate anniversary, ada yang celebrate birthday, ada yang celebrate mcm2 lagi la...
and happy birthday to those who celebrate it today, happy anniversary too to those who celebrate it today :)
4 tahun sekali la ye baru celebrate birthday or anni? wah, mestilah kene ada 4cakes..wow! and 4 presents =)




Love,

Tuesday, 21 February 2012

Atuk telah pulang menemui Illahi...al-fatihah....

Assalamualaikum...


Sukar sebenarnya nak menulis blog tentang pemergian Atuk...tapi ku gagahkan jua, semoga apa yg tertulis buat pedoman kita semua...

Isnin, 20hb Feb 2012, 5.15petang....atuk telah dijemput pulang oleh pemilikNya...Allah lebih sayangkan atuk..walaupun hakikatnya aku sendiri masih seperti tak percaya yg atuk dh takde...

Hari yg sama, i'm so excited to meet my dear hubby kat S'pore..i reached S'pore at 2pm, terus je check in kat hotel while waiting for my dear hubby...take a rest...at first, mmg plan nk jalan2 kat Orchard Road, tapi hujan...so, takpelah rehat2 la kat bilik....hubby called and bgtahu dia turun from ship lambat, it's fine with me sbb i just duduk dlm bilik...

Selesai solat, sambil tgk tv...then terlelap...
my phone rang...tak sempat nk angkat...ada text message...
owh msg from my bro...
the text:
"dik, call aku...urgent, malam ni aku nk amek kak ct"....

seriously, i didn't expect anything...
so terus call abg...tgh mamai2 tu....
abg cakap...
"dik, atuk dh meninggal"......i was like? huh?
me: atuk?atuk mad?(Nama atuk is Ahmad, so we called him Atuk Mad) actually atuk is the only atuk lelaki yg tinggal on mak punye side..sbb sblh ayah both atuk and nenek dh takde...
sebenarnya question aku tadi tu tak patut, tapi sebab i was in shocked! hakikatnya atuk yg tinggal cume atuk mad...so memang atuk la yg meninggal...kaget!

plan for today semua berubah....

called kak dee, and her voice pun aku dh dpt agak, yes, the news that i heard from abang is true...atuk dh meninggal....i don't know how to react...sebab...aku still terkejut...sngt2 terkejut!

Atuk meninggalkan kami at the age of 86...arwah sgt sihat...takde apa2 sakit...mudahnya atuk pergi meninggalkan kami...
Atuk baik...tak pernah menyusahkan sesiapa, tak langsung menyusahkan anak2 di saat akhir hayatnya...tak pernah langsung menyusahkan kami, cucu-cucunya....
Atuk selalu tolong orang...tak pernah mengata orang...tak langsung amik tahu hal orang lain yg takde kene mengena dengan dirinya...

Ya, memang Atuk seakan lemah hari Khamis, then on friday bila pergi check up, everything seems fine...takde darah tinggi, takde kencing manis,..takde, takde anything and nothing...

On our back from Singapore to Kota Tinggi, borak with abang...

abg: "dik, aku baru je jumpe Atuk hari Sabtu"....

me: "ermmm....baru lagi tu"

abg:" ishhh aku teringat2 atuk borak2 ngan aku dik"...nasib baik aku sempat siapkan 3D plan tu...kalau tak mesti aku menyesal"....

me:" aahkan bang, rezeki atuk...adk rase atuk lega bila dh tengok semuanya ok..." at least dia tahu mcmmana bentuk rumah dia bila dh siap nnti" ( masa tu Allah je tahu mcm mana perasaan aku yg tahan menangis!)
(Atuk and nenek is planning to renovate their house kat Sg Sayong, tu yg arwah beria nk ada rumah baru, rupanya rumah baru yg dia maksudkan.....rumah kekal di alam sana)

abg:  " cume atuk memang nampak letih masa aku dtg tu.."

hari Ahad, atuk sihat...mcm biasa....

hari Isnin....Atuk pergi...pergi buat selama-lamanya.....

Since dengar berita pemergian atuk, airmataku langsung tidak mampu gugur...mungkin masih tak percaya...memang tak percaya....
Malam tu jugak aku, mak, abg and kak ct...balik umah nenek....masa tu makcik2 yg tinggal dekat2 semua dh ada...sesampai je, terus aku ambil wudhuk dan bacakan Yassin untuk arwah...
Selesai baca Yassin, barulah aku tahu cerita sebenar dari nenek...
Arwah atuk seperti letih masa mengambil wudhuk utk solat Asar...pastu atuk terduduk, then masa tu nenek kata atuk masih sedar, namun itu adalah saat2 akhir...mudah sungguh atuk pergi...sangat mudah....terima kasih Ya Allah, tidak kau beri seksa buat Atuk...

Malam tu, kali terakhir aku tatap wajah atuk...dan ketika itulah airmata aku gugur jua! Atuk dh takde...atuk dh pergi buat selamanya....sedihnya hati ini hanya Allah yg tahu...cuma Allah sahaja yg tahu...lin sayang atuk...kami sayang Atuk....namun aku tahu, aku harus redha dengan pemergian atuk, kami sekeluarga harus redha dengan pemergian Atuk....walaupun hakikatnya aku masih seperti tak percaya, sehingga ke hari ini....
Aku tak mahu menangisi pemergian atuk sebab aku tahu itulah yg terbaik buatnya, yang dh tertulis buatnya...
Atuk pergi dengan mudah, tidak langsung menyusahkan sesiapa, jadi aku tak perlu meratapi pemergian atuk agar atuk tenang di sana...amin ya rabbal alamin....


Menatap wajah atuk buat kali terakhir.....
wajah atuk tenang,...sangat tenang....rambut atuk seperti disikat rapi, janggut atuk pun kemas..macam baru dipotong....rupanya atuk seperti sudah bersedia mengadap Illahi...dirinya dh dipersiapkan...nenek kata, hari Jumaat tu Atuk dh siap potong kuku, gunting rambut, potong janggut....Ya Allah...
Alangkah indahnya jika kita diberi peluang sebegini...moga Syurga buatmu Atuk...

Arwah Atuk dimandikan, dikafan di rumah, kemudian di bawa ke surau berdekatan untuk disolatkan, abang kata, ramai yg solatkan arwah..lebih 100 orang. Siap saja disolatkan, arwah di bawa ke tanah perkuburan berhampiran...ramai juga sama2 pergi ke tanah perkuburan memberikan penghormatan terakhir buat arwah....
Waktu lebih kurang jam 10.30 pagi..langsung takde matahari panas..yang ada angin sepoi2 mengiringi bacaan talkin....sayu sungguh hati ini, yg membacakan talkin juga menitiskan airmata....

segalanya selesai dengan mudah, tanpa apa2 halangan...sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...
selesai menyiramkan air mawar dan bunga, kami semua berlalu....pulang.....no 922 kubur atuk....

Atuk, kami akan sentiasa merinduimu...akan selalu mengingatimu, akan selalu mendoakanmu....semoga Atuk tenang di sana....Al-Fatihah.....

Syawal 2011, Syawal terakhir kami bersama :(

Love,

Thursday, 19 January 2012

From Texas with Love



tears in my eyes*

thank you sayang for the cards...u totally made my day...i miss u so much...people says we're likes high school couple...:))

I love all the cards sayang...each one of  them, all the quotes and wording sgt sweet, :)) i'm melted!

wait for my cards pulak ok dear ;)) i hope u'll like it ;)

Mcmbiasalah kan, double presents, double celebrations semua tu tunggu syg sign off, yayyy!!!


With love
Baby


Sent from LN's iphone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...