Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, 21 January 2015

9th anniversary, 32th birthday

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Januari datang lagi.  Kali ni tahun baru 2015.  

I love JANUARY.  Masih lagi diberi kesempatan dan dipanjangkan umur, tahun ini 2015 usia kini menjangkau 32 tahun, auchhh..banyaknya angka tu, tapi alhamdulillah, masih dipanjangkan usia. Meningkatnya umur, maka Januari jugak meningkat usia perkahwinan Linda dan suami, tahun ini tahun ke 9 kami mendirikan rumahtangga, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, syukur.

Baru 9 tahun, rasanya terlalu banyak pengalaman pahit manis yang kami tempuh bersama, susah senang, susah dan senang bersama.  Semogo Allah panjangkan jodoh kami, diberikan rezeki yang luas, ilmu yang bermanfaat dan kesihatan yang baik.  Diberkati dunia dan akhirat, aamiin.  

Celebration?  Biasa-biasa je, tapi di kelilingi dengan family and good friends, sangat membahagiakan.  My MAN pulak tiba-tiba buat kejutan, hadiah harijadi dan anniversary katanya.  Apa dia hadiah tu?  In shaa Allah, semoga dipermudahkan segala urusan.  Mohon kalian jugak doakan ye?  

Tahun baru, azam baru? eh tak kot...azam tahun lepas masih belum tercapai lagi.  Harap-harap tahun 2015 ni dapatlah capai a few azam walau tak habis semua untuk dicapai.  

Happy 9th Anniversary my MAN.

My strength, my everything...my family.


Because adik and akak share the same birth date.  


Make a wish, make a wish and blow the candles!

Mom, me, my MAN.
my beautiful sisters.
my kakak ipar, my kak long, my kak dee...
love u mucho!!

Thanks to my bro and kak ct for the dinner treat at Banafe Village that night.  Lain kali belanja lagi ok?  Semoga kalian sentiasa dimurahkan rezeki, aamiin.


sweet 32,
Linda

Wednesday, 8 October 2014

Cameron Highlands on school holiday

Assalamualaikum :)

Dah lama cuti sekolah habis, yes..i don't have to wait for cuti sekolah untuk pergi jalan2 and macam biasa this is all
unplanned , sebab a day before gi Cameron Highlands tu i was down with fever.

Ini semua planned by my MAN, katanya nak bawak si isteri yang demam bertukar angin instead duduk kat rumah, nanti lagi teruk demam, kata dia...:)

Yg bestnya, furqan pun join sekali :) pakcik kenit ni kalau bab berjalan memang num 1!

Apa yang menarik kat cameron highlands? As usual, nothing much to shop, tapi boleh buat aktiviti lain kat situ. Self-pluck strawberry, pusing2 pasar malam kat tanah rata (shopping sayur segar, jagung cameron, strawberry dip choc), enjoying the cool breeze and scenery, visit tea plantation, minum teh strawberry kat Bharat Tea Plantation [ini wajib pergi kalau ke Cameron Highlands] --- hot strawberry tea memang meletops dan kaw! Ok, rasa mcm nak gi Cameron Highlands sekarang! Uhuk
Senang cerita kalau ke CH ni, semuanya berkaitan strawberry dan sayur segar.
Choc strawberry, strawberry tea, strawberry ice-cream, semuaaaa strawberry, and jangan lupa cuba sambal strawberry! Hah jangan tak percaya...
Sambal strawberry ni memang rare, 1st time pekena sambal strawberry ni kat Abg Strawberry Cafe kat Kampung Melayu Taman Sedia, kalau rasa tak dpt cari boleh call direct to the owner 016-5306512 Mr Amnan Fakri.

Kat cafe ni jugak ada menu lain selain sambal strawberry, so jgn lupa singgah cafe ni ok?

Penuh jugak aktiviti kami 3 hari kat sana :)
Kalau nak pergi waktu cuti sekolah, advisable booking hotel/guest house awal, kalau tak...hotel takde, or kalau ada pun harga akan melambung.

Ini jagung cameron, manis walaupun belum masak, jgn tertipu dgn jagung2 lain yg ada dijual kat tepi2 jalan yg claim itu jagung cameron, cuba try rasa sebutir, harga jagung cameron yg dah siap rebus rm3 sebatang.
Kami terkena sebab mula2 beli sebatang, seriously tak manis langsung, then nasib baik beli kat kedai Kedua, amboii manehhhh sungguh! Baru betul2 jagung cameron ni :)

Ini Cafe Abg Strawberry.
Ada sambal strawberry yg sedap!
Ada nasi kukus, ada mee rebus, ada menu lain jugak.
Jangan lupa singgah :)

Ini siapa? Model cilik strawberry! 
Jangan lupa visit Cameron Lavender.
Bole tengok banyak bunga cantik2, bole self-pluck bunga, strawberry.
They do have small cafe as well, so kalau dah letih pusing2, bolehlah lepak minum tea :), ada small kiosk yg jual souvenirs, so far semua under one roof.  Tiket masuk rm5 per person.

posted from Bloggeroid

Wednesday, 30 October 2013

Tambah lagi ahli keluarga :) Alhamdulillah...

Assalamulaikum sisters,

Kalau ikutkan entry lama, rasanya dh kene update info terkini, sebab aku dah ada total 6 anak sedara, wow! Meriah...
Puteri ke dua daripada adik ipar aku, nama Cik Kiah! Ahahah..takkanlah cik kiah? Eh, kenapa tak boleh ke? Evergreen tau nama Kiah tu, tapi bukan kiah propa tau! :P. Rasa mcm best nak panggil Cik Kiah, biarlah org lain nak panggil dia dgn nama lain...nama sebenar Wan Bella Zakiah, and family members yg lain panggil Bella, feeling2 bella edward gituuuu :P Cik Kiah ni aku tak pernah jumpe live in person...aik kata anak sedara, kenapa tak pernah jumpa live, biar betul? Ia betullll, tak tipu...well, katanya teknologi dihujung jari, so kita SKYPE aje laa, kan senang...;) ok2, Cik Kiah kat UK skrng ni, so in shaa Allah bila dia dh besar nnt baru aku and DH dpt jumpe. :).

Alhamdulillah, alhamdulillah...
Walaupun aku and DH belum ada anak sendiri, kiteorg ramai anak-anak sedara..:)) anak-anak sedara pun anak kita kan? So takde masalah untuk manjakan diyeorg..cuma kena berpada-pada, nnt lain pulak dari ajaran mak ayah diyeorg pun tak bagus jugak.

Muhammad Dharis Furqan dh 1 tahun 6 bulan, Alea Irdina dh nak masuk 6 tahun next year, Aliy 4 tahun next year, Awiy sebaya Furqan beza bulan je, Damia 2 tahun lebih.
So the youngest dan paling terbaru adalah Cik Kiah, yeyeahhh :)

Mana lagi aku n DH sayang? Oh no, no, no! Sayang lebih, atau beza-bezakan kalau boleh tak perlu ada. Tak semestinya MDF is anak sedara from my side aku kena syg lebih, atau sebaliknya. Cuma memandangkan kak dee yang rumahnya lebih dekat dengan umah aku, plus masa my DH still sailing and abg fir pun belayar, kita tinggal sama-sama, lepas tu masa kak dee preggy pun mmg bnyk habiskan masa dengan aku, most of time. Jd tak hairanlah kalau pakcik kenit MDF tu lebih rapat dengan aku, and DH :). Telinga kembang pun dh mcm telinga aku, kehkehkeh!

Angah and family kat Kuantan, jarang jumpe AI, AA, AA..tapi they're still rapat dengan kitaorg bila jumpe..alhamdulillah, hasil didikan yg baik mak ayah diyeorg. :) kalau kiteorg balik kuantan umah mama abah, siap laaa bilik kiteorg kejap je penuh ngan diyeorg duk melepak kat bilik, bwk mainan masuk bilik..memang heaven la..kadang2 sampai angah panggil diyeorg keluar, sbb riuh dah dlm bilik tu :P kalau aku bg Alea main kat hp, aliy pun nak jugak..so telefon DH la jadi mangsa, kehkehkeh! Awiy pun dh pandai, bila bukak lagu Angelina tu, kemainnnnn lagi dia berjoget. Ahahahha.

Damia n Cik Kiah jauh kat sana...harap2 bila damia n cik kiah balik msia, dia still kenal kiteorg :))

Kasih sayang kita bukan utk org tentu saje, kasih syg kita untuk dikongsi dengan keluarga, anak sedara. Tak semestinya kita belum ada anak, kita tak boleh nak syg anak org lain, kan? Lebih2 lagi anak sedara sendiri, ada kaitan secara langsung dgn kita. Takde sebab utk kita beza-bezakan...:)
Yang penting, kami bahagia dengan anak-anak sedara kami..so who's next? Cepat2 boleh tambah bilangan anak sedara, tambah meriahkan lagi :))))


Love
Linda

Sent from my iPhone

Sunday, 13 October 2013

Orchard Rd, with loves one :)



Harini ada wedding reception kat umah mak moi (besan mak)..
Siap2 after ayah balik from dialisis treatment, we all gerak dari rumah at 12 o'clock, berbekalkan rasa pasti heavy traffic kat Causeway, mak siap bawak bekal, ade kuih-muih lagi, kut la lapar sebab jammed lama sangat ke apa kan? Bagussss sgt :)

Cilok punye cilok, my nazmi bawak ikut jalan 'shortcut' ahahahaha..
Tak sampai pukul 1pm kami dh ada kat check point, hebat bukan? Ikut jalan mana ni? Ahhahaahah pastilah ia menjadi rahsia, ahahahah...

Kalau ikut jalan biasa nak masuk check point, memang CONFIRM 3jam baru clear kut? Bijaknya my Nazmi, *clapclap*

Habis wedding kat umah mak moi, we're decided to bring mak jalan2 skjp kat Orchard Rd...kebetulan today is sunday, so mmg happening la kat Orchard..we stopped dkt a few boutiques..
Mak tanye harga2 handbag kat along the street tu, Mulberry, Marc Jacobs, Mui Mui, Prada --- dan yang pastinya, harga semua EXPENSIVE...:))

Bila aku masuk LV boutique, mak relaks aje kat waiting section :) bijak mak...biasalah mak aku bukanlah cerdik pandai ala2 mak datin ke apa, diye cume surirumah sepenuh masa, sekolah pun takat biasa2 aje..but who cares? Dia mak aku...tapi dia tak jakun pun masuk butik2 mahal :) love u mom..
Bila aku tanye, 'mak nak ke handbag tu'? Mak jwb 'hishhh nak buat apa? Takyah lah mahal semua tu'...ahahahah..nasib baik mak jwb camtu, KALAU mak kata 'nak jugak'...
Hahahahaah *pengsan*

Sambil2 cuci mata, masuk butik ni, masuk butik tu, aku suh mak pilih kasut, sebab aku tahu mak suke kasut, handbag, and baju....hadoiii samalah mcm anak2 dia jugakkk...
Masa dh nak balik, mak suke kat satu kasut ni, ahahaha, yes! Akhirnya...
Aku nak belikan sempena birthday mak..mula2 mak taknak, then bila aku ckp, 'mak pilihla, adik bg utk harijadi mak'...eheheh baru mak pilih..perghh touching sungguh aku...:')
Bukan aku touching sbb aku belikan present tak seberapa tu utk mak, tapi aku touching dengan decision mak yg taknk susahkan anak2 dia, sentiasa fikir bnyk2 kali utk beli sesuatu..yes, she is the best mom! I love u so strong, emmuahhhhhh...
Mak pilih 1, aku pun pilih jugak, ahahahahah...:))
Lepak skjp kat starbucks, and we arrived home at 10pm...
Feels so right to be with the loves one, i love the moment when mom and daughter days out :)


Love
LNDANZMI

Monday, 2 September 2013

Mama and Abah came back from Exeter after 4 months...

Harini flight mama and abah sampai KLIA at 1735hrs from London...Unfortunately, hubby tak dpt jemput mama and abah, so i took the responsibility...but aku tak drive, amek cab dari rumah, and sampai airport around 6pm...thought mama and abah akan sampai dulu, then tengok2 flight a bit delay..ok..
so at least bila abah and mama sampai aku dh ada kat airport, ok la kan..takdelah mak ayah yang kene tunggu aku pulak :P

Lama jugak tunggu, flight still tak landed lagi...tetiba dah rasa pening...ermm lapar la ni? ok, makan lepak kat hot & roll jap pekena Chicken Cheese Paratha..yummmsss..rasa mcm nk tambah order, ei tapi segan..cancel lah..satu pun cukup laaa...

Alhamdulillah, plane mama and abh landed safely...tup tap tup tap..lama jugak nk clear immigration and all that..sempat lah jugak aku perform solat maghrib dulu..oh ye, jauh dah surau KLIA tu, dulu next to KFC..and nearby cafe kat departure hall level 2 tu...tapi sekarang dah moved to level yang sama tapi dekat menara tinjau...laju2 aku jalan sebab risau nnt mama dan abh kene tunggu lama pulak...
Siap solat je, mama terus call and bagitahu mama and abh dah cleared everything...barang2 semua dah amek...alhamdulillah...:)

Dari jauh aku dh nmpk mama and abh from back side, sebab aku datang dari arah belakang...
1st thing aku rasa bila nmpk both of them...mama and abah really lost weight...ermmmm....
lama sangat tak jumpa, rindu kat mama and abah..tapi sekarang ni teknologi dihujung jari, kalau rasa nk tengok muke, skype saja lah :)
tapi seriously mama n abh nmpk kurus....before went back, kiteorg pekena teh tarik kat Malaysian Wok Cafe...abah mcm biasalah order Teh Tarik, mama pun..aku pun  hheeee....abah kata teh tarik kat sana tak sama dengan kat Malaysia, of course la kan...nmpk sangat abah mama rindu dengan teh tarik malaysia..heheheh...

Then abah n mama terus bukak cerita yang diyeorg lose weight..macam tahu2 je apa yang aku fikir...hehehe...:P 
abah kata weather kat sana sejuk so kurang sangat minum air....mama pun macam tu...
takpe, dah balik sini nnti skjp aje lah boleh gain weight..:) tak kisahlah lose weight ke gain weight yang penting sihat...kan?

ada ole2 mama, abah and ajlaa belikan dari Kota London :) best2 dpt souvenirs...sometimes barang tu tak perlu la besar atau mahal, cukuplah kecil namun ingatan tu yang penting...:D

abah n mama ajak pegi London, or holiday kat sana...ermmm awal2 dearest hubby dh cakap, not at the meantime atau bukan dalam masa terdekat ni...and aku rasa mcm dh ada plan utk oversea holiday next year...insyaAllah kalau dipermudahkan...
utk london or UK...maybe next next year since ajlaa and family pun lama lagi kat sana...

so, jom bukak souvenirs dari kota London...bubyeeee....



love,
linda


Monday, 29 April 2013

Childhood memories


Bila cerita zaman kanak2 seronok aje, aku senyum sendiri...

Aku taknak cerita zaman kanak-kanak aku yang menang itu ini, wakil sekolah itu ini, wakil segala mcm wakil, atau gemilang sangat zaman kecik aku...no..zaman kanak-kanak kan seronok penuh dgn cerita ntah apa2...

Panjat-memanjat
Duk umah kawasan kampung...seronok ramai kawan...petang2 sampai maghrib mesti kuar main..main pondok2, main masak2, main panjat2 kat tangki air...kahkahkah! Cuma aku tak hebat memanjat pokok..seingat aku, paling tinggi pun aku panjat pokok langsat kat belakang umah... :P

Lempeng Penutup tin milo
Pastu main masak2, habis tepung ngan minyak masak mak aku amek...buat lempeng katanya, bakar kat tutup milo...bayangkanlah, kecik2 dah kreatif...dah la masak lempeng, bancuh ntah guna air masak ke air paip...dah siap masak, boleh plak kiteorg makan lempeng tu, ya Allah...kikikiki...yg paling best, tak lah hygiene mana..tapi tak pulak kiteorg saket perut....hahhahahaha!

5 ptg sampai maghrib
Mak takkan bg kiteorg (abg, kak dee n aku) kuar main selagi belum kul 5ptg..mcm tu lah hari2..so biasanya lepas lunch mak suh kiteorg adik-beradik tido dulu, tapi..aku ni degil jugak...bukannya aku tido, tapi aku sibuk pakai kasut high heels mak ke sana ke sini dlm umah, aku ingat lagi kasut tu warna kelabu, aku suke sgt kasut tu, aku perasan cantik je keletak keletuk pakai kasut tu ke sana ke mari...mak tak mrh sgt as long as kami tak merayap kuar umah tengah2 hari :) aku prnh jugak tergolek dari tingkat atas ke bwh sebab sibuk dgn kasut tinggi tu! Rasakan!


Baju putih jadi orang minyak
Masa tadika, pagi2 aku dah siap nak gi tadika..sebelum tu kene breakfast dulu, itu wajib...tapi masa aku tgh breakfast aku nmpk sekor kucing...so beria aku nak kejar kucing tu, aku jatuh dalam lonkang yang penuh dgn air warna hitam dan busukkkkk....nasib baik ayah sempat tarik aku kuar dari lonkang besar tu, longkang belakang umah...kuar2 je aku dah jadi mcm orang minyak, bau? Jgn cakaplah, rasa mcm nak rendam badan aku ngan sekilo FAB...aku ingat sampai sekarang peristiwa tu, lawak pun ada bila aku ingat semula...


Darjah 1 lambat seminggu
Masa daftar masuk darjah satu, aku sekolah kat Sek Ren Keb Laksamana, kak dee pulak sekolah kat Sek Ren Keb Bandar, lain2 sekolah ngan aku sebab mak kata kak dee daftar lambat, so tak dpt sekolah kat sek ren laksamana..aku masuk kelas lambat seminggu memandangkan masa tu kawasan umah banjir, jadi kene tunggu banjir surut baru leh gi skolah...masuk sekolah lambat seminggu bnyk yg aku dah tertinggal...budak2 lain dah pandai eja ONE TWO THREE blablabla...bila cikgu suh aku gi tulis kat blackboard suh eja SATU in ENGLISH, aku blurrrr....tak tahu nak start ngan W or O? Aku tak salahkan mak sebab tak hantar aku tadika que dees atau smart reader... :P sebab masa tu takde pun tadika tu kat Kg Kelantan, aku gi tadika kemas aje,..tapi aku tahu eja SATU in english cuma aku blur aje, sebab aku kan dah lambat seminggu....eja diye camni ONE ... Hahahaha!

Bundarkan nombor dan Pecahan
Masa darjah 5 kalau tak silap, aku ada tak dtg sekolah...sebab apa? Aku pun dah tak ingt, tapi aku miss bab bundarkan nombor dan pecahan...aku stress! Tapi nasib baik masa tu kak zulie ada kat umah...so aku ingt sampai sekarang, aku expert bab bundarkan nombor dan pecahan sebab kak zulie yg ajar..thanks kak zulie...semoga arwahmu tenang di sana, dan di tempatkan bersama org2 yg beriman, al-fatihah....kak zulie pergi pada usia 38 years old dan meninggalkan 5 org puteri :(

Exam ohoiiii!
Aku paling nervous waktu nak exam....especially bila exam yg duduk kat dewan, memang aku nervous...tahap nervous aku sampai, aku akan sakit perut...terus rasa macam cirit-birit...ok kelakar? Tak, ini tak kelakar...sebabnya waktu invigilator agihkan kertas, ,masa tu lah aku sakit perut, sedangkan 30 mins pertama sorang pun tak dibenarkan ke tandas...sebelum start masuk dewan aku dah gi tandas ntah bper kali, ok memang tak kelakar....aku rase simptom nervous sampai sakit perut ni memang ada sampai sekarang :P last jadi masa aku nak amek ujian for driving license...pagi tu sebelum gi kelas memandu session ngan JPJ 3 4 kali jugak aku kuar masuk toilet :P mak ckp 'adik memang mcm ni, kalau nak exam pun mcm ni jugak' hahaahahahahahahah...tidak dpt dinafikan lagi...:P

Abang zali sabotaj ke?
Pagi gi sekolah rendah, petang gi sekolah agama..aku gi sekolah agama naik basikal, terror wo..tapi satu hari tu, abg buat apa ntah ngan basikal aku..handle basikal tu longgar...so apelagi, ke parit la aku ngan basikal aku...nasib baik parit tu takde air, and nasib baik aku tak luka2...so aku tak ingt aku terus g sekolah atau aku balik umah....?

Jujur ;)
Otw gi sekolah agama, aku ada terjumpa duit rm5, aku berenti and aku amek duit tu...aku tak tahu nak buat apa...sampai sekolah, aku bg duit tu kat ustaz....sgt jujur kan aku? kikikiki...masa aku jumpe rm5 tu aku rasa mcm besar sgt nilai tu, mcm jumpe rm50 pada aku, kalau beli jajan pun dpt bnyk...nmpk sgt zaman tu dah jauh meninggalkan kita, tapi kenangan tu tak prnah tinggal....selalu buat aku senyum sorang2... :)

Memang takkan habis bila cerita kenangan manis pahit masam semuanya masanya kecik, masa budak2...moga2 aku berkesematan ceritakan zaman kanak-kanak aku pada anak-anak kami nanti, in shaa Allah :)

Aku nak ceritakan semua ni pada anak-anak aku...zaman aku nakal, so aku taknk salahkan anak aku kalau mereka nakal sikit2, sebab kenangan indah ni lah yg mereka akan bawa utk masa depan...tu belum masuk cerita DH masa zaman kanak2, lagi pengsan! Nakal2 kami pun, alhamdulillah...


Love
Linda
Onboard PZS

Sunday, 11 November 2012

Muhammad Dharis Furqan turns 6 months old

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, Baby F turns 6 months old yesterday...cepatnya masa berlalu...lepas ni sekejap je dah setahun..Baby F pls jangan cepat sangat membesar, eh! boleh gitu?

As an auntie, i'm happy to see him membesar, sihat..dan semoga Baby F membesar jadi anak yang soleh, bijak, dan sentiasa menggembirakan hati semua orang, aamiin...

Macam biasa, awal2 pagi Baby F dah bangun and we went to UMRA around 11am camtu, nasib baik hari Sabtu tak ramai orang, usually on weekend, perghhh ramai sungguh patient kat Hospital UMRA...
Masa nama Baby F kene panggil tu, he was fell asleep..terkojut la jugak bila masuk nurse terus angkat, so menangislah dia..selalunya dia tak nangis, tapi bila Doc Jessey agah2 dia, he smiles at her..dah kenal dgn Doc Jessey dah....:)

2 jab Baby F kena semalam..alhamdulillah, nangis sikit je..and Doc pun cakap...wah, dia good boy, nangis sikit je..well, Baby F mmg camtu tak banyak ragam pun since kecik, alhamdulillah...dan setiap kali kene 'cucuk' memang tak pernah lagi demam..cuma hangat2 skit je mlm tu..

anyway, i'm super excited when Baby F turns 6 months old..why? why?

sebab.....

Baby F dah boleh makan...yes, makan solid food...:D

Jadi menu pertama untuk Baby F ialah Green Pear..yummy! Kalau aku sendiri as an auntie dah excited, apatah lagi ibu Baby F..malam tu jugak Kak Dee prepare food utk Baby F...at 2am in the morning ok..nampak tak ibu Baby F lebih excited kan? kan? haruslahhhh....:))

Early in the morning, sebelum keluar for groceries shopping, i told Kak Dee, "tunggu adik balik tau kalau nak bagi Furqan makan, nak ambik gambar dia"...:)
sayang  nak lepaskan moment macam ni, nak tunggu anak sendiri ntah bila kan? insyaAllah moga2 tak lama lagi...:)

At least if i take some pics, and video..boleh lah jadikan kenangan and maybe one fine day, i can show his video to him...how excited he is when he taste his first solid food...:) cute!

I want to upload his video, unfortunately, there was an error while uploading the video..so let me share a few of his pics..Baby F enjoying his green pear..:) thanks to ibu ye baby F, semangat buat makanan Furqan pukul 2pagi,..kasihnya seorang ibu...:')

Nampak mcm tak excited je kan? tungguuuuu....

'oh, what is this ibu? ok, tengok camera, mama su tgh snap my pic..- baby  F

ohhhhh yummmmmyyyy! i want more and more pls ibu -  baby F
So menu apa pulak utk esok ye Baby F? 4hari baby F kene makan green pear, as per kak dee, kene try dulu...tengok samaada perut baby F boleh terima ke tak green pear tu..harap2 Baby F takde masalah dengan Green Pear, lepas ni...menu lain pulak, yay!!

Now mama su dah boleh tido..:) lega dah update pasal Baby F and his first experience of solid food :)


p/s: Baby F, i love u so much, - from all of us...(mama su, papa su, bonda, ayahanda, uncle zali& auntie ct, nenda and atuk)



Love

Monday, 7 March 2011

Uniquely Singapore...


assalamualaikum...

entry yang dh berlapuk...tapi masih lg nk update...takpe la kan....:)

kebetulan kak dee n abg fir pun balik umah mak...so kami ni takde plan ape2..tup2 terfikir nk pi Singapore..so apelagi..jom la...:))

masing2 sibuk nk pi Universal Studio Singapore yg baru bukak tu...tapi kami ketinggalan kan? tak pi pun lagi..tapi tak pelah, insyaAllah next time leh pegi..maybe balik cuti this time ke...:) ala takyah la nk kelam kabut...tak lari pun USS tu...:P and i'm sure, mesti best...sbb i have been to Universal Studio Osaka...oh! it is really awesome....semua attractions pun best...:)

Actually it was 1day trip..lepak2..jalan2 at Orchard...pastu mlm balik umah mak semula...:) kat singapore sempat singgah umah my mom punye besan..:) tq aunty moi for the superb dishes...smpai abg fir n my superhero tertido kekenyangan..:P

i love scenery kat Orchard...ingat lagi bile i told my superhero....:

me: eh, i suke la scenery kat Orchard ni..escpecially malam...:) 

him: cantek kan?

me: aah, macam kat overseas...:))

him: laa u ni, kite kat overseas la ni...

me: quite and thinking...(ye la...singapore kan overseas) citt!

ok, kalau pi reramai pun best...ade sesape nk join?jom laaa....:))

layan pics ya :)








till then,
xoxo

Saturday, 3 July 2010

Bila lagi ye?

turun shore leave same2..kalau dpt turun shore leave kat jepun sesame lagi best..tp agak mustahil la utk trip kali ni..next trip maybe..who knows rite...?hopefully...:) time too constraint, jd berebut2 nk beli itu ini...tp dptlah borak2 kosong kat puteri cafe tu..amacam best tak nasi lemak ngan sambal meletup tu...hahahah...merah2 muke si fatin ye kn smbal merah pedas meletup tu...baru kene ngan taste fatin..pelik la fatin ni...si kecil molek dari besut,terengganu...tp sangat suke masakan yg pedasss berapi...bkn ape...biasenye kalau dari sebelah pantai timur ni mereka lebih sukakan manis...tp inilah peliknye adik manis sorang ni...takpe fatin,next time kite mkn cili jek...takyah makan ngan nasi lemak tu...:) akak blanje!kak dee plak pekena mee kolok goreng...sedap jugak...habis licin licau...:) lapar ke sedap??? kak nurul pulak, sama jgk mkn nasi lemak siap order 2 air lagi..perghhhh sedapnyeee....kadang2 mknan kat darat ni takde la best mane...tp kelainan masakan darat dn kat atas kpl ni mbuatkan kami mkn mcm piranha...:P
utk suami tercinta di kpl yg tak dpt menjejakkan kaki ke pekan, kami tak lupe belikan ole2 makanan utk mereka....alhamdulillah....:)
shore leave paling best kali ni....till then...safe voyage...n hope we will gather again...:) take care...love u so much kak dee n gonna miss u....:)
lindanazmi ja'afar
PZS

Friday, 2 July 2010

PZS vs PDS

both are NICE!anyway, they're exactly the same...the difference is just the people...:)
2nd day fasting....
woke up at 9am...took shower, clean and tidy up bedroom...doing this and that...all done at 10.30am...
went upstairs (bridge), surfing internet...updating whatever necessary...(fb,tweet,blog...tu yg smpai semua setting were gone...so inilah hasilnye yg terbaru utk blog ni...
stop for awhile for solat, then again cont. surf internet...until she's alongside...
since kak dee visit smpai la kami pulak ke sana dan kembali ke sini...till now, i just can't sleep...try to take a nap for an hour maybe...coz this morning we'll go for outing together...:)
biar penat tapi berbaloi...dah lame tak lepak dn borak smpai pagi mcm hari ni....:)) all i want to say that i'm so happy!tido sambil tersenyum......
adik,
PZS

Thursday, 1 July 2010

ajlaa syazwani

ceh, sape lak la ajlaa ni kan..?anyway, she's my very da kepochi sweet SIL...saje je la pulak nak buat entry pasal diye..baru je abis baca the latest entry pasal diye...bkn pe, sejak kebelakangan ni rase cm funny je la baca entry diye...tak caya?tak caya?
click ------> here
ok la, enjoy ur reading....:)
linda
onboard PZS

Saturday, 8 May 2010

itu ini

i just called my mom...banyak betul cerita mak..seronok sekali sekala dpt berborak..myself ikut hubby sailing..kak di pun, akak kat kl..bro kat jb..so now mak ngan ayah jek kat umah..tp bile sekali sekala call,tu yg syok sgt bercerita si ibu dan anak ni..itu ini...is ok mak, esok adik call lagi ok..haritu kak di balik..wah bukan main seronok lagi mak..tp adik tak dpt balik la mak,sbb kapal anchor..tak masuk drydock..kalau la same ngan kak di..confirm2 kiteorg balik..kak di mmg,manje ngan mak..anak manje!hehehe..jgn marah huh...but it's true pe..kan?kan?pls la, jgn nk deny..sape yg tido bwh ketiak mak?hahha..kak di la...:)))
bukan la i ni tak manje..tp kalau nk compared dlm adik beradik, mmg kak di la yg paling manje ngan mak ..hehheee...tp kasih syg kami pada mak tak terhingga..betul tak anak2 pn.baridah?...pasti!dan kasih syg mak pada kami pun mcm tu jugak..:)) thanks mom, for being there for us..
borak2 ngan mak tadi..one of the topic pasal...
ayah kata.."kenape hari ibu tu tak dibuat sekali ngan hari bapa..kire combine la..hari ibu bapa?erm..what say u?betul jugak kot kata ayah tu..kan senang...tergelak jugak bile fikir semula..ade logiknye..
ayah kata lagi.."mengelat, hari ibu pulak..abis tu anak2 tu takde ayah..?hahahaha..bunyinye seperti ayah jeles la..then
i replied"laa kn ade hari bapa...buat pe nk rebut2..?,hehehe..tp
mak kata" ye la, maksud ayah...buat la sekali..HARI IBU BAPA...hahhahahaha
ape2 je la mak,tapi kami syg both of u...:)) pada kami,hari2 pun hari ibu bapa...:P
dan terus lagi borak ngan mak..dan lagi..dan lagi..lebih 1jam la jugak..takpe mak,esok adik kol lagi ye..dn kite teruskan berborak...
love all,
linda & nazmi
p/s: selamat hari ibu buat mak, maaf mak sebab adik&nazmi takde utk same2 smbut hari ibu tahun ini...:(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...