Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Wednesday, 24 July 2013

KFC delivery for iftar....

assalamualaikum...

tak tahu kenapa harini rasa mcm nk masak, macam taknak masak...
terfikir2 nk masak lauk apa untuk berbuka puasa....

bila tanya kak dee, nak masak lauk apa harini, dia kata 'kita order je lah...'
so we decided to order KFC Delivery..ye, KFC dah ada delivery, mcm pizza hut, nando's, dominos...
well, aku bukanlah peminat tegar fast food, but once in a while boleh jugaklah makan...:)

terus google, KFC delivery sebab nk dptkan contact num, nak order katanya...
dah pukul 5.30pm, kalau lambat nanti lambat pulak delivery rider tu hantar food...
so, here's the num for KFC Delivery-----> 1-300-222-888

outlet terdekat nak hantar ke kawasan perumahan aku ni is from Tesco Shah Alam, and memang dekat sangat la tu..:)

After bagi all the details (contact num, delivery address) as normal procedure lah kan, then aku place an order...fine, order done!

Pesanan akan dihantar within 30 minutes, menanti je dengan penuh sabar..insyaAllah sampai lah KFC tu sebelum berbuka...

Tetiba masa aku tgh basuh pinggan, aku dengar ada orang jerit nama aku....

'lindaaaa...lindaaaa...'

aku diam je, sebab mcm nak pastikan betul tak suara yg aku dengar tu suara makcik sebelah rumah aku...
then dia jerit lagi...

'lindaaaa...oh lindaaaa...ni orang KFC datang...'

uikss, terkojut den! org kfc datang, tapi makcik sebelah yang teriak nama aku...?

bila aku keluar je, memang ada adik kfc tu tgh tunggu...

aku tanya dia, 'dik, tak tekan loceng ke?'

then dia dengan muke letih (yelah, bulan puasakan :P ) jawab:  'kak, kat sini takde tulis rumah num berapa, sy call tapi takde org jawab'...

Ya Allah kesiannye adik tu...hp aku tinggal kat atas sebab aku tgh charging hp..so mmg tak dengar la kalau adik tu call sampai azan maghrib pun..:P

aku terfikir2 mcmmana adik tu boleh berenti kat rumah aku, kalau takde num rumah?
rupanya, dekat order slip tu ada nama Ms Linda..so kebetulan aunty sebelah rumah ni ada kat luar masa adik kfc ni pusing2 carik rumah mana yg order KFC..and adik tu dgn bijak tanya kat aunty tu sapa nama Linda kat lorong taman ni...ish, ishhh kesiannye ko dik...susah payah...al kisahnya nk makan KFC sangat kan??

jadi berbukalah kami (aku and kak dee) dengan juadah KFC hari ni...:)

burppppp, alhamdulillah....

esok Ramadhan ke 16, pantasnya Ramadhan hampir meninggalkan kita...:'(


love,
linda

Sunday, 31 July 2011

Fadilat Solat Terawikh Setiap Malam

Assalamualaikum,

Buat rakan-rakanku sekalian...sekadar berkongsi info, semoga satu bulan mendatang penuh kesabaran, keimanan dan keberkatan. InsyaAllah


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanahmendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyangterawih poda malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di
dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta
munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama
Al-Kauthar.”




love,

Friday, 29 July 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dengan izinNya kita masih lagi dipanjangkan usia untuk sama-sama menikmati kelebihan Ramadhan utk ke sekian kalinya.

Maafkan segala kekhilafan kami suami isteri andai ada yang pernah terguris rasa, tercuit hati, terkasar bahasa...sengaja atau tidak disengajakan.

Semoga Ramadhan kali ini disambut penuh erti agar mendapat barakah. Aminn. InsyaAllah.


Love,

Saturday, 12 September 2009

Sedar diri atau dalam erti kata lain..MUHASABAH diri...

tak lama lagi nk raya...yeay!walaupun persiapan raya sgt ala kadar...:) yg penting happy..peduli ape dgn org lain...masing2 ade kehidupan sendiri..so, mind ur own business...itu lebih baik kan? silap org selalu kita nmpak?tapi silap diri sendiri?selalu rase kita betul?tapi hakikatnye.. terimalah kenyataan walaupun pahit...tak perlu cari salah org lain, lebih baik kita duduk sejenak, kalau tak cukup sejenak, buat la 2 , 3 jenak ye..insyaAllah..tersedarlah dari lamunan terhenti tu.. tak perlu heboh buruk org, tak perlu heboh kebaikan sendiri..tapi pernah tak nk heboh buruk sendiri..pastinya tak pernah..kalau rase benci, pergi saja jauh2..tak perlu dtg lagi..sbb diri ini tak pernah inginkan kehadiranmu...:) MUHASABAH diri sebelum tabur buruk cerita org..tak baik...satu hari pasti dpt balasan, insyaAllah... till then, selamat berbuka...daaaa~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...