Assalamualaikum,
Sebenarnya niat nak buat pulut durian dari haritu, sampai laa ni baru menjadi...
Memandangkan selama ni aku memang tak pernah langsung masak pulut selama 29 tahun, tak pernah masak pulut ok (pengakuan ikhlas lagi jujur)...semua barang2 dah ada, and thanks to My Nazmi, yang tolong belikan 1kg beras pulut, dan gula melaka...bahan2 lain dah ada dah kat umah...
Macammana nak masak pulut?? So terus2 dial sapa lagi kalau bukan my idol Chef, of courselah my mom...
after borak sikit2, i asked mak...
me: ' mak, camne nak masak pulut'? adik nk buat pulut durian ni...:D
mak: 'ohh senang je dik,...adik nk masak baper banyak?'
me: 'cukuplah utk adik, nazmi n kak dee', durian lebih kurang satu tupperware 4 segi tu mak'...
mak: ' ok..'
so, Mak sambung la tot tet tot tet, explained cmne nak masak pulut..
ok message well noted, and crystal clear...
Jadi, inilah bahan-bahan yang diperlukan...
1) Isi durian (tak kirelah Musang King ke, D24 ke, Udang Merah ke, Udang Galah ke, ehhh Udang Galah jangan la weiii..) apa2 je asalkan isi durian...:D
2) Santan
3) Gula Melaka
4) Gula Pasir
4) Beras Pulut
Cara masak beras pulut:
Linda mengambil pilihan untuk masak beras pulut menggunakan dapur biasa, instead of kukus atau gune rice cooker, walaupun Mak bgtahu gune kukus bagus sbb takde kerak, or guna rice cooker pun senang, :)
Untuk 3 orang, diperlukan lebih kurang 3 cawan beras pulut, bersama 3 cawan air dari size cawan yang sama...
Sebelum masukkan beras pulut ke dalam air yg disediakan, campurkan sedikit garam hingga larut dan kemudian masukkan beras pulut, gunakan api sederhana kecil je utk masak beras pulut ni...jgn lupa kacau/gaul selalu, utk mengelakkan berkerak..air utk pulut tu boleh agak2, kalau tak cukup leh tambah lagi, sampailah beras pulut tu masak..mcm mana nk tahu beras pulut tu dah masak ke belum? Haruslahhhhh rasa/makan skit pulut tu, kalau still ada rasa keras2 tu, maknanya belum masak lagi, jadi? tambah lagi air sikit demi sikit, jangan terlebih air, nnti pulut tu terlembik...
isi durian Musang King, enak jugak dimakan begitu sajaaaa :D |
Tadaaaa, menjadi jugak Pulut percubaan pertama..:D |
Okeh, bila pulut dah siap..mari kita masak kuah utk pulut tersebut...
caranya:
panaskan santan, tanpa di tambah air..linda guna santan cap Ayam Brand, kotak kaler biru..yang santan jenis tu tak terlalu pekat, so linda gune 2 kotak .. (baper calories tu?) yang tu, sila rujuk di kotak ye..:P
So bila santan tu dah masak...masukkan gula pasir 1 sudu besar, ikut tahap kemanisan masing-masing, lepas tu masukkan la gula melaka, juga ikut tahap kemanisan masing-masing...:) last sekali barulah masukkan isi durian atau buah durian dengan bijinya sekali..tak kisahlah, ikut citarasa masing-masing jugak..senangkan? :D
Inilah hasilnya kuah utk pulut tersebut :) |
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Dan inilah hasilnya...yummy! jom makan!!
jumpa lagi next entry, tata....
love,
No comments:
Post a Comment
share it with me as i appreciate ur thoughts...:)