Saya tak sedih bila tahu ada orang sekeliling saya preggy, lebih-lebih lagi kawan2 terdekat. Tapi saya jadi sedih bila mereka ni seolah2 takut nak bgtahu and announce yang diyeorg ni preggy, kenapa? Secara positifnya saya rasa, ohh mungkin diaorg taknk sy kecik hati, atau diyeorg nak jaga hati saya, diaorg taknk saya sedih, mungkin laa..
Berita gembira yg pada sy sepatutnya dikongsikan bersama-sama, especially orang tu adalah keluarga terdekat atau kawan-kawan sekeliling kita. Kenapa nak sembunyi2, anak halal, anak yang selama ni ditunggu2, apa salahnya kongsi rasa bahagia tu dengan saya?
Apapun alasan yang diberikan, doa saya sentiasa mengiringi kalian, yang kenal atau tak kenal, yang nak bgtahu atau terus nak rahsiakan..hak anda, saya hormati. Maafkan saya sebab berkecil hati. Jaga diri, jaga baby...semoga Allah lindungi kamu, dan kita semua.
Aamiin
Love
Linda
Sent from my iPhone
No comments:
Post a Comment
share it with me as i appreciate ur thoughts...:)