Memandangkan usia perkahwinan aku yang dah agak lama, ada jugak sokseksoksek yang suruh kiteorg amek anak angkat, ada jugak yang bertanya, yang bagi pendapat lebih baik amek anak angkat, nanti dapat anak sendiri.
Sebelum ni pun ada jugak orang sekeliling aku yang amik anak angkat, dan akhirnya diyeorg dikurniakan zuriat sendiri, lepas pregnant naturally, tak lama lepas tu pregnant lagi, alhamdulillah. aku pun tumpang happy, sebab aku tahu mcm mana rasanya menunggu...:)
Persoalannya, aku nk amek anak angkat untuk mengandung atau aku betul2 amek anak angkat dengan niat utama nk membantu kanak2 yang memerlukan kasih sayang?, dan in shaa Allah dengan izin Allah suatu hari nnti aku jugak akan merasai nikmat mengandungkan anak sendiri.
Aku pernah dengar orang kata 'aku nk amek anak angkat la..nnti mengandung.' --- hurmm? macam ni ke pemikiran segelintir daripada kita. Ingat apa, amek anak angkat harini, esok terus mengandung? Pada pendapat aku, mengambil anak angkat adalah salah satu ikhtiar kita dalam usaha memperolehi zuriat, Allah tahu niat sebenar kita, Allah tahu keikhlasan kita walaupun tak perlu kita ungkapkan. Tapi kalau semata-mata cari and amek anak angkat, dan rasa anak angkat boleh buat dia mengandung, apa akan jadi kalau bila kita dh jaga anak angkat tu, kita masih tak preggy? Tanggapan "amek anak angkat nnti mengandung"...aku rasa kurang tepat..
Aku dan DH pernah bincangkan soal anak angkat, bila aku tanya DH, either dia dh sedia untuk amek anak angkat or not, dia kata, NOT YET, same goes to me. So decision sepakat dari kami..mungkin bukan sekarang atau masa terdekat, tapi itu mungkin. Segala kemungkinan masa akan datang sape tahu ye tak? Banyak hal yang kami fikirkan, sebab anak angkat bukan lagi anak angkat bila kita bersedia mengambilnya. Kita kene jaga dia, didik dia seperti anak kita sendiri. Kami taknk ada rasa berbelah bahagi jika ditakdirkan aku preggy anak sendiri. Setakat ini, kiteorg masih bersepakat untuk berusaha dulu. Banyak perkara yang perlukan deep consideration. In shaa Allah kalau satu hari nanti kami dah bersedia amek anak angkat, kami takkan lepaskan peluang yang ada. Benda ni benda serius, bukan boleh dibuat main-main..kena bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan. Selain dari tu, keputusan bersama perlu dicapai, kalau kita sorang je yang beria2 tapi suami masih tak sedia pun tak boleh jugak, atau kalau suami dah beria2 tapi kita tak yakin dengan keupayaan diri pun tak boleh jugak.
Amik anak angkat tak sama mcm beli barang, kalau rasa tak suke boleh buang atau pulangkan semula. Jadi sebelum buat apa2 keputusan, fikirlah sedalam-dalamnya.
Prosedur untuk mengambil anak angkat:
love
nisa ada simpan kat draft pasal anak angkat ni.. ambil anak angkat utk tutup dari mengata orang ke.. @ kerana mmg nak, sbb kawan2 smua amik! atau trend, atau Allah detikkan hati, tuk menjaga amanah yang bukan dari rahim kita....
ReplyDeleteNissa,
Deletelinda mintak2 biar Allah gerak dan detikkan hati kita, untuk menjaga amanah yang bukan dari rahim kita tapi kita didik dia sebaik mungkin.