Tuesday 25 December 2012

Ready Stock, ready stock, order now..Shake n Take Mini Blender

hello,

We have ready stock Shake n Take mini blender, and its very limited..order now!

Some of my customers yang order Shake n Take ni untuk blend susu baby diye katanya, ohh maybe baby diye dh start makan nestum, so diye blend sekali kat sini gune shake n take..mudah jugak tu..

and ade yang gune untuk blend smoothies, fuhhh lazat...








jom order, as it is very limited, lepas ni tak tahu bila akan re-stock semula...lai, lai,..lai....

ada yg texted and tanya, shake and take ni guna battery or electric, dannnn jawapannya..guna electric, lagipun saiznya kecil, senang nk bawak ke mana-mana..tak perlu la kita angkut blender masakan kita kat umah tu, lagipun bila dh ada shake n take ni, tak perlu lagi la kite buat smoothies gune blender yang kite duk blender bawang, segala rempah masakan kan?

apalagi, to order, pls email:  easysmoothies@gmail.com  or viber 0179716677 - Linda

Monday 3 December 2012

Resepi Pulut Durian

Assalamualaikum, 

Sebenarnya niat nak buat pulut durian dari haritu, sampai laa ni baru menjadi...

Memandangkan selama ni aku memang tak pernah langsung masak pulut selama 29 tahun, tak pernah masak pulut ok (pengakuan ikhlas lagi jujur)...semua barang2 dah ada, and thanks to My Nazmi, yang tolong belikan 1kg beras pulut, dan gula melaka...bahan2 lain dah ada dah kat umah...


Macammana nak masak pulut?? So terus2 dial sapa lagi kalau bukan my idol Chef, of courselah my mom...


after borak sikit2, i asked mak...

me:  ' mak, camne nak masak pulut'? adik nk buat pulut durian ni...:D

mak: 'ohh senang je dik,...adik nk masak baper banyak?'

me: 'cukuplah utk adik, nazmi n kak dee', durian lebih kurang satu tupperware 4 segi tu mak'...

mak: ' ok..'

so, Mak sambung la tot tet tot tet, explained cmne nak masak pulut..

ok message well noted, and crystal clear...

Jadi, inilah bahan-bahan yang diperlukan...


1) Isi durian (tak kirelah Musang King ke, D24 ke, Udang Merah ke, Udang Galah ke, ehhh Udang Galah jangan la weiii..) apa2 je asalkan isi durian...:D

2) Santan

3) Gula Melaka

4) Gula Pasir

4) Beras Pulut

Cara masak beras pulut:

Linda mengambil pilihan untuk masak beras pulut menggunakan dapur biasa, instead of kukus atau gune rice cooker, walaupun Mak bgtahu gune kukus bagus sbb takde kerak, or guna rice cooker pun senang, :)
Untuk 3 orang, diperlukan lebih kurang 3 cawan beras pulut, bersama 3 cawan air dari size cawan yang sama...

Sebelum masukkan beras pulut ke dalam air yg disediakan, campurkan sedikit garam hingga larut dan kemudian masukkan beras pulut, gunakan api sederhana kecil je utk masak beras pulut ni...jgn lupa kacau/gaul selalu, utk mengelakkan berkerak..air utk pulut tu boleh agak2, kalau tak cukup leh tambah lagi, sampailah beras pulut tu masak..mcm mana nk tahu beras pulut tu dah masak ke belum? Haruslahhhhh rasa/makan skit pulut tu, kalau still ada rasa keras2 tu, maknanya belum masak lagi, jadi? tambah lagi air sikit demi sikit, jangan terlebih air, nnti pulut tu terlembik...

isi durian Musang King, enak jugak dimakan begitu sajaaaa :D

Tadaaaa, menjadi jugak Pulut percubaan pertama..:D


Okeh, bila pulut dah siap..mari kita masak kuah utk pulut tersebut...

caranya:

panaskan santan, tanpa di tambah air..linda guna santan cap Ayam Brand, kotak kaler biru..yang santan jenis tu tak terlalu pekat, so linda gune 2 kotak .. (baper calories tu?) yang tu, sila rujuk di kotak ye..:P
So bila santan tu dah masak...masukkan gula pasir 1 sudu besar, ikut tahap kemanisan masing-masing, lepas tu masukkan la gula melaka, juga ikut tahap kemanisan masing-masing...:) last sekali barulah masukkan isi durian atau buah durian dengan bijinya sekali..tak kisahlah, ikut citarasa masing-masing jugak..senangkan? :D



Inilah hasilnya kuah utk pulut tersebut :)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Dan inilah hasilnya...yummy! jom makan!!



jumpa lagi next entry, tata....



love,


Wednesday 28 November 2012

Easy Shaker Shake 'n Take Mini Blender

Make delicious and easy smoothies, shake and protein using this mini blender.








Features:
Personal-size blender doubles as a portable drink bottle
Unbeatable for quickly making ready-to-go smoothie breakfasts for rush hour
Encourages healthier on-the-run eating and snacking at any time
The 16-oz. bottle fits the cup holders of practically all vehicles
Spillproof sports-bottle style flip-top lid
Compact base houses a powerful high-capacity motor
Just plug it into a standard outlet. Stands 14" high.

Product including: 1 x base blender
                            1 x bottle
                            1 x manual

Additional bottle sell separately.

Price: RM85 including Poslaju postage cost. Additional rm5 for Sabah & Sarawak.

to order, email: easysmoothies@gmail.com


ITEMS WILL BE READY BY EARLY DECEMBER, reserve your mini blender now!

Stock is limited, hurry up.


love,
Linda Nazmi

Tuesday 13 November 2012

Kalau....

Group TTC memang banyak memberi semangat dan sentiasa berkongsi ilmu...

Status di Facebook dari seorang rakan TTC yang dia dapat dari seorang ustazah betul-betul mencuit ke dalam jiwa...saya rasa sama seperti yang dia rasa...

Kata ustazah lebih kurang begini:

"Kalau kita diberi peluang utk menjadi seorang ibu/ayah..pastikan setiap hembusan & sedutan nafas kita tidak diiringi dengan dosa..pastikan kita didik anak itu betul2 ke jalan yg benar, ke jalan yg diredhai Allah..sesungguhnya, ibubapa akan menanggung kejahilan seorang anak andai kita tidak mendidik mereka dgn betul...bayangkan byk mana dosa yg akan kita tanggung hingga hujung nyawa..jgn ambil mudah soal pendidikan agama, ajarlah anak2 dr hal yg kecik2 sehinggalah yg besar, dari cara amik wudhu' sehinggalah kpd yg halal & haram..pastikan anak takut pada dosa, takut pada neraka.."

"Bila kita pandang org takde anak, kadang2 kita berasa beruntungnya mereka..sbb Allah tak bebankan mereka dgn dosa2 sebegini.."

Sayu hati sy dgr nasihat ini...tiba2 rasa sgt2 lapang & redha dgn ujian ini...ya kwn2, Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita...kita hanya mampu berusaha..yg menentukan Allah...pasti ada hikmah disebalik semua ini..mungkin kita masih belum dikurniakan anak kerana Allah tahu kita belum betul2 bersedia utk mendidik anak ke jalanNya..

Jgn kita bandingkan kita dgn org lain yg nampak tak seberapa, tp dikurniakan anak berderet..belum tentu lagi dia beruntung @ tidak...kita tak nampak dosa & pahala yg terheret pd diri mereka..jadi, bersyukurlah dgn apa jua keadaan & ujiaan yg Allah tentukan pd kita..

Wallahua'lam..


antara komen di FB Group TTC yang sama macam luahan sendiri:

Yus
kita takleh ubah cara org lain berfikir, yg kita mampu buat..cuba pujuk diri kita dgn cara berfikir mcm ni..

Anas
alhamdulillah, lega sgt bila dah baca ni..sesungguhnye dosa aku sendiri pun x tertanggung...ya allah...


Aziah
Petikan dr kuliah audio ustaz kazim elias 'harta yang tak pernah puas'..
Ni yg Allah SWT bg letak kat situ, kadang2 kita tak perasan. Kita tgk org yg mandul, yg xberanak, suami isteri xberanak, kita kutuk.

''kahwin dh 20 tahun kalau aku nikah lain lee. Buat apa lg simpan dh takleh beranak, leceh la kamu''

Kadang2 berdesing telinga kita, merah telinga kita ni, yg isteri kita tarik muka masam dah.
Bukan tak mau anak, dh jenuh berubat dh tp Allah xbg anak.

Esok di hari kiamat, suami isteri ni rileks je. Anak takdak sapa nak dakwa,makan minum anak, anak tak dakwa. sembahyang anak, anak xdakwa. Pakaian anak, anak tak dakwa. Sebab, anak takdak.

Tuan2 yg ada anak ni, bagaimana esok anak dakwa?

Bila Allah tanya, ''kenapa kamu makan benda haram?''
''aik saya tak tau. Pak saya bawak balik beras tu, saya makan nasi tu. mak saya masak''
''Ni beras curi''
''Mana saya tau, saya makan saja''
Hah sudah tuan2. Jawabla kita.

Sebab tu jaga2. Dgn sebab ada isteri, dgn sebab ada suami, dgn sebab ada anak, pahala besar. Tapi silap jalan, lagi bala akan sampai pada kita.


Alhamdulillah, bersyukurnya dapat kawan-kawan yang baik dan saling mengingati antara satu sama lain, sama-sama memberi semangat, walau masing-masing tahu ujian yang Allah turunkan bukan mudah buat kami, tapi kami yakin perancangan Allah buat setiap hambaNya adalah yang terbaik..syukur...


p/s:  muhasabah diri dalam setiap apa yang kita lakukan...peringatan untuk diri sendiri..




Love,

Monday 12 November 2012

Victoria Jackson

Victoria Jackson? No..bukan Victoria Beckham atau Victoria Secret atau Victoria Station lagi lah tidak...
Sebelum ni tak pernah dengar pun Victoria Jackson ni...

Habis je appointment, terus laju nak pi LG Floor, sebab nak tapau popiah basah yang sedap kat depan Giant tu...tapi, ada seorang Bunga...(kenapa seorang bukan sekuntum) well, nama adik ni Bunga, oh she's one of the promoter for Victoria Jackson...

Katanya, Victoria Jackson dah lama ada dalam market, cuma belum masuk Malaysia..tak tahulah kalau Linda sendiri yang ketinggalan, tapi seriously i never heard of  Victoria Jackson brand, to be exact Cosmetic Brand...

When she first asked me, "ok, boleh saya tahu akak pakai brand apa?" and i asked her back "make up or skin care product?" she replied " make-up".., oh i pakai Chanel, i replied..."Boleh saya tengok", kata si Bunga...i was like..huh? "no i didn't bring along my make-up dlm handbag or dlm kereta", i'm not the kind of person yg akan bawak the whole/atau barang2 make up dalam handbag, paling tak pun i will bring miniature perfume and lipstick..tapi taklah utk bawak all those, foundation, compact powder, loose powder and etc..buat berat beg kot? Si Bunga macam tak percaya ke? okeh fine..:)

ada lagi yang tak bawak ni..:)

back to Victoria Jackson punya cerita, the best part is, beli je apa2 barang from Victoria Jackson, and kita akan entitle as a member..so they will issue a membership card...dan yang bestnye bila jadi members of VJ ni, dpt 50% discount on our birthday, ok la kan? dan.....dapat make-up free...:D so whenever ada function (dinner, wedding and etc), u can just flash the membership card at any of their store and they will do the rest..best kan? heeee
oh ya, VJ will launch their first store kat Times Square, and later on akan ada kat Parkson, and other shopping mall, so kalau lah that time rasa malas nak make-up dari rumah, so kebetulan pi plak kat Times Square, boleh la terus pi VJ and ask them to make up for me, and it's FREE!! bak kata si Bunga, tak kisah berapa kali akak nk make-up pun kita akan make-up kan, contohnya, lepas solat Zohor, akak make-up, lepas tu lepas Asar, akak dtg lagi make-up dan seterusnya...ermm memang menarik, tapi taklah Linda nak datang situ je nk make-up..:P

Fikir punya fikir, i better buy something that i really need...since that eyeliner dah nak habis, baik beli eyeliner, tapi tak tahu la boleh lawan eyeliner yang sekarang ke tak, sebabnya Linda dah sangat serasi bersama gitu dengan eyeliner Chanel ni...anti-smudge and tidaklah waterproof..:)

tapiiiiii....eyeliner VJ kene beli one set with lipstick, eyeshadow and etc...taknak lah sebab i don't need yang lain2 tu...
akhirnya ini juga yang Linda sambar....


LIP GLOSS :)

4 Colors of Lip Gloss with small bag+brush :)

The Membership Card

 Pilihan yang bijak, sebab Linda memang takde lip gloss :)) 4 colors of Lip Gloss for only RM65.   I think it is really worth it...lagipun semua colors tu Linda sukaaaa banget...:))

Lama jugak stop kat kiosk VJ ni..siap semua isi form and everything, teruslah menuju ke kiosk popiah basah...yummmmsss...sedappp, nak cepat balik boleh ngap, ngap, ngap!


p/s: kalau keluar pi appointment, atau gi mana-mana mall kalau tak beli barang tak boleh ke? Linda oh Linda!



Love,

Universal Studio Singapore

Entry ni sepatutnya dah lama dah di update, tapi memandangkan linda adalah seorang surirumah sepenuh masa yang sentiasa sibuk, so baru sekarang dapat nk update...

Kalau orang lain awal-awal lagi dah pergi Universal Studio Singapore (USS), tapi kami baru je pergi last month (October)..actually, kami malas nak pergi masa awal2 opening tu, 1st, confirm masa tu ramaiiiiii sangat yang teruja nk pergi kan? sebab...Singapore bukan jauh pun, so semua excited sebab Malaysia takde Universal Studio la katakan...:) dan for sure, lepas pegi, semua pakat letak gambar kat Globe Universal tu kat Profile picture kat facebook, kahkahkah...2nd thing, sebab kami dah pergi Universal Studio Japan (Osaka) yang sangat besar, mungkin sebab tu kami tak teruja sangat kot? apapun, our last trip to USS was awesome! 

Alhamdulillah kiteorg dpt package yg agak menarik...

click this link :  www.rwsentosa.com 

We took $538 WoW package, and it is really worth every penny...:)

17/October/2012

Cab sampai at 6pm, flight to Singapore at 8pm..Sayang pulak lambat sampai from KL sebab ada meeting, masa tu dah rasa macam tak sempat je, dengan jalan jammed lagi, ye lah kan weekdays, orang semua sibuk balik keje time ni, dan kami pulak sibuk nak gi airport time ni, memang silap laaa....tapi nasib baik dapat driver taxi yang cekap..sampai airport pun around 7 something...

Nasib baik kami tak tertinggal flight aritu...sampai2 je airport kaunter utk check in luggage dah tutup..TUTUP..oh my! mana nak letak bag besar ni? Merayu jugak lah pada staff kat kaunter tu, and alhamdulillah...ok, settle hal bag...:)

Terus dengan pantasnya kami boarding..while waiting, sempat grab a quick bite of sandwiches..alhamdulillah boleh la tido dlm flight nanti, :P


pengajaran dlm cerita ni, tolongla beringat..kalau nk ke airport on weekdays, tolong elakkan waktu peak hours ye, kalau tak...memang kene purchase another flight tiket la jawabnya..:P

Habis coretan untuk permulaan of our USS trip...sambung lagi nanti..ntah bile..:)



Love,

Sunday 11 November 2012

Muhammad Dharis Furqan turns 6 months old

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, Baby F turns 6 months old yesterday...cepatnya masa berlalu...lepas ni sekejap je dah setahun..Baby F pls jangan cepat sangat membesar, eh! boleh gitu?

As an auntie, i'm happy to see him membesar, sihat..dan semoga Baby F membesar jadi anak yang soleh, bijak, dan sentiasa menggembirakan hati semua orang, aamiin...

Macam biasa, awal2 pagi Baby F dah bangun and we went to UMRA around 11am camtu, nasib baik hari Sabtu tak ramai orang, usually on weekend, perghhh ramai sungguh patient kat Hospital UMRA...
Masa nama Baby F kene panggil tu, he was fell asleep..terkojut la jugak bila masuk nurse terus angkat, so menangislah dia..selalunya dia tak nangis, tapi bila Doc Jessey agah2 dia, he smiles at her..dah kenal dgn Doc Jessey dah....:)

2 jab Baby F kena semalam..alhamdulillah, nangis sikit je..and Doc pun cakap...wah, dia good boy, nangis sikit je..well, Baby F mmg camtu tak banyak ragam pun since kecik, alhamdulillah...dan setiap kali kene 'cucuk' memang tak pernah lagi demam..cuma hangat2 skit je mlm tu..

anyway, i'm super excited when Baby F turns 6 months old..why? why?

sebab.....

Baby F dah boleh makan...yes, makan solid food...:D

Jadi menu pertama untuk Baby F ialah Green Pear..yummy! Kalau aku sendiri as an auntie dah excited, apatah lagi ibu Baby F..malam tu jugak Kak Dee prepare food utk Baby F...at 2am in the morning ok..nampak tak ibu Baby F lebih excited kan? kan? haruslahhhh....:))

Early in the morning, sebelum keluar for groceries shopping, i told Kak Dee, "tunggu adik balik tau kalau nak bagi Furqan makan, nak ambik gambar dia"...:)
sayang  nak lepaskan moment macam ni, nak tunggu anak sendiri ntah bila kan? insyaAllah moga2 tak lama lagi...:)

At least if i take some pics, and video..boleh lah jadikan kenangan and maybe one fine day, i can show his video to him...how excited he is when he taste his first solid food...:) cute!

I want to upload his video, unfortunately, there was an error while uploading the video..so let me share a few of his pics..Baby F enjoying his green pear..:) thanks to ibu ye baby F, semangat buat makanan Furqan pukul 2pagi,..kasihnya seorang ibu...:')

Nampak mcm tak excited je kan? tungguuuuu....

'oh, what is this ibu? ok, tengok camera, mama su tgh snap my pic..- baby  F

ohhhhh yummmmmyyyy! i want more and more pls ibu -  baby F
So menu apa pulak utk esok ye Baby F? 4hari baby F kene makan green pear, as per kak dee, kene try dulu...tengok samaada perut baby F boleh terima ke tak green pear tu..harap2 Baby F takde masalah dengan Green Pear, lepas ni...menu lain pulak, yay!!

Now mama su dah boleh tido..:) lega dah update pasal Baby F and his first experience of solid food :)


p/s: Baby F, i love u so much, - from all of us...(mama su, papa su, bonda, ayahanda, uncle zali& auntie ct, nenda and atuk)



Love

Sunday 4 November 2012

Kembali berdendang...


Sejak my Nazmi dengan gadget diye yg paling latest tu, diye keep on persuade me to get new gadget mcm diye jugak, tapiiiiiii....b taknak gadget baru mcm syg tu....i had enough with my ip and bb, dua2 pun dah smart enough, to me laaaa...kalau nak ikut sgt perkembangan teknologi ni, memang tak terkejar la jawabnya...true?

So he let me choose, what to buy...like seriously? He let me to choose?? Wuhooooo...banyak list ni! Kahkahkah, mau pengsan sang suami! :P

Okeh2, rasenya sbg isteri, linda telah membuat keputusan yg bijak, ceh! Puji diri sendiri di situ kan? Ahhh i don't care, :D

Haha! I chose to replace my old radio with new Pioneer :)))) , seriously i feel so happy, super happy sbnrnya..why? Sbb radio lama ku dh nyawa2 ikan, dah tak boleh switch off, kadang2 led kat screen tu padam, honestly bukan kadang2 but most of the time...pastu i need to stick to one channel jek, bila tekan2, then it will go off...so lagiiiii sgt bosan tak dpt dengar radio..lepas tu kalau radio tu dah on, i can't switch it off, memang tak boleh, so terus stop mcm tu je la time off the car engine...bukan apa, biasanya i'll switch off the radio , aircond and everything barulah off engine..


Sblm ni pun, been sent the radio utk repair, but after a few months penyakit hilang2 ingatan radio tu jadik semula, tapi radio tu masih boleh bertahan, dan linda sendiri pun masih boleh bertahan...tapi sampai masa, hah!
Nampak tak keputusan bijak yg ku ambil? Selamat tinggal radio lama, ku gantikan dikau dengan yg baru...:D

Apalagiiiii berdendang la jawabnyaaaa :D

Thanks sang suami, isterimu sgt menghargainyaaaaaa....



Lots of love
LindaNazmi

Sent from my iPhone

Friday 26 October 2012

Salam Aidiladha

Assalamualaikum,

Salam Aidiladha...;) tahun ni turn beraya umah mak kota, apalagi juadah wajib di pagi raya..mestilah ketupat dan ayam masak kicap, eh? Pelik? Tak pelik, sbb itulah juadah wajib utk org jawa cam ai ni ;) kihkihkih...

Okey, kejadian pagi raya tu kalau diingatkan semula boleh gelak gakla..

Siap punye siap, jam dah dekat kul 8.30am..cepat2 laju2 pi masjid besar, solat hari raya kan...eh sampai je sana org dah start solat, dgn masa tu car park semuaaaaa dah penuh!

Terus terfikir g solat raya kat Surau Bandar, okeh..ngam2 masa sampai tu, masih takbir...dgn harapan, 'oh belum start solat lagi ni'..laju2 la kiteorg masuk...

Siap2 aku pakai kain semua, ala2 nak get ready nak solat tu lah kan, rupanya tetiba dah baca doa! Ya Allah, makanya kiteorg dah terlepas solat sunat hari rayaaaaaaaaa....agagagagaga....

Hah! Tu lah! Lain kali siap awai2...kan dah tertinggal....al kisah tersebutlah kisah kan? Kesiannnnnn kiteorg!

Apapun kami habiskan dgr khutbah and all, dan selawat dan salam, teruslah balik...


Moral of the story, sila siapkan semua kelengkapan pada malam raya, jgn pagi2 tu baru sibuk nak iron baju, itu ini..kalau tak, jadilah macam kami...:P



Lots of love
LindaNazmi


Sent from my iPhone

Friday 28 September 2012

Tunggu, Sabar pasti ada ganjaran hebat nanti...

assalamualaikum...

macam2 yg sebenarnya nk di update dlm blog ni, tapi banyak sgt hal yg membuatkan coretan tak bertauliah ni terkandas, tapi kalau punya waktu mmg rasanya penuh blog ni...

sebagai manusia, kita selalu tak sabar kalau apa yg kita doa dan minta pada Allah tu lambat tiba, atau, kita tertanya2 sendiri..kenapa orang lain minta senang je dapat, dan kita terfikir, banyak dosa aku mungkin sebab tu Allah nk uji,..sebenarnya Allah itu tak pernah kejam dengan kita, tapi kita yg kejam..pernah tak kita terfikir mcm tu...? Allah tu adil,  dan semua yg berlaku pada kita, telah ditetapkan, cepat atau lambat je..

coretan ringkas kat bawah ni adalah dari seorang sahabat, walau ringkas tapi tetap memberi kesan..alhamdulillah, selalulah bersangka baik denganNya, sesungguhnya percaturan yg telah ditetapkan buat kita pastinya ada HIKMAH disebaliknya. :)

ALLAH kata tunggu. Sebab Dia nak bagi yang lebih baik. yang lebih baik itu selalunya lambat sampai. dan yang lambat itu selalunya terbaik. dan kalau kita tunggu sehingga sampai masa yang telah ditentukan, kita akan lebih menghargai. sebab itu ALLAH kata jangan gopoh. kadang-kadang, ALLAH tak bagi apa yang kita minta.. Biarpun kita minta sepenuh hati. Biarpun kita minta macam esok tiada lagi. Menangis menangis meminta itu ini. Bukan sebab Dia tak mahu. bukan sebab Dia tak nak tunaikan. jauh sekali Dia tak sayang. tapi Dia tahu, apa yang kita minta itu bukan semestinya membahagiakan. jadi… jangan bersedih kalau apa yang kita nak kita tak dapat. jangan buruk sangka kalau apa yang kita minta semua tak jadi. sebab Dia tahu, akan datang masa terbaik untuk Dia makbulkan doa kita tu. ALLAH kata sabar. Bukan sebab Dia sengaja main-mainkan kita. Tapi… Sebab Dia nak kita tahu, sabar itu besar ganjarannya.

thanks to Miza Ros.:)


Love,
Linda Nazmi

Thursday 27 September 2012

Bual Kosong


Suatu petang......

My Nazmi:  B, tell me where do u want to go?

Me:  Ermm, duk umah je, rehat2 (because i know, he's been very busy lately).

My Nazmi: Jom lah, cakap B nk gi mana, nnti abg bwk.... (he seems so excited).. 

Me:  Naper syg beria nk bawak b jalan2 ni? Syg ada buat salahhhh yeeee? (in a joking mode).

My Nazmi: ....(quite)...aah, abg ada buat salah... (serious tone)

Me: huh?

My Nazmi:  aah, abg buat salah, sbb dh lama tak spend masa ngan baby abg... (hugs)

Me: .....(sweetnye hubby....*cakap dlm hati je*)


isn't he sweets? 

'syg, i know that u've been so busy lately..but i do understand, apa yg u buat semuanya for the sake of our family, and i really appreciate it...and i love u so much, sometimes i do not know how to express it, i do not know how to show to u my deep love...only Allah knows everything...i will love u forever until Jannah, aminnn....



Loves,
Linda Nazmi

Friday 31 August 2012

Hokkaido Chiffon Cupcakes with Whipped cream filled is a SUCCEED!!

assalamualaikum...

alhamdulillah yayyy! dari tajuk je dh tahu, so tak pyh cerita panjang la kan? 
2 hari after percubaan pertama yg gagal tu, apalagi....masih rasa tak puas selagi tak dpt buat Hokkaido Cupcakes ni, sbb kalau tgk dari cara2 nk buat tu mmg agak senang...:)

well, i think the toughest part is the meringue part, selalu tgk junior masterchef australia series tak? so kalau rajin tgk series tu u'll know what the meringue is, or kalau nk lagi senang, mcm biaselah...mr google kan ada :D

just make sure, before preparing any meringue...pastikan semua utensils is totally bersih, sgt clean ok? no greasy, no wet...that's the key point, bila all utensils is clean, so insyaAllah mmg dh senang dh, u know ur meringue dh menjadi bila...u try to terbalikkan and its not jatuh...maksudnya, meringue tu tak tumpah...:D  
mcm ni lah lebih kurang rupenye..hihikkks

meringue :)
satu adunan ni u can get lebih kurang 24pcs cupcakes... :)





the best part is ..... jeng, jeng..jeng...the final outcome...:D

selamat menjamu selera :)

kalau makan panas2 mmg tak cukup satu, hehehe...:) so after kuar from oven, let the cuppies sejuk dulu, then only can put in the fridge, pastikan letak dlm container n bertutup rapat, and it can last for 3days :) 
the texture was superb, apatah lagi rasanya...aicehhh credit to sis rima , and i bet, if u guys bukak blog ni, confirm melting la tgk semua her recipes...:) selamat mencuba, jgn setakat menjamu mata je :P



p/s:  nyummmm...nyummmm...after raya, don't complain berat badan naik ok? :D



love,
lindanazmi




Wednesday 29 August 2012

In baking mood

assalamualaikum..

tak tahu kenapa tiba-tiba datang minat nk bake itu ini, cupcakes and cakes...actually it is not tiba-tiba...:P bila masa berbuka puasa bersama kawan-kawan TTC (trying to conceive) bulan Ramadhan tu, Reen bawak Hokkaido Cupcakes, and it was delicious...and apalagi, terasa ingin mencuba buat Hokkaido Cupcakes tu, hah mula dari tu, i started to google and found out this one blog, ya Allah...sungguh lazat tgk macam2 resepi kat blog tu, escpecially cakes, cupcakes and segala mcm kuih muih...:) and blog ni jugaklah sebenarnya yg bertanggungjawab menyebabkan kini minat linda beralih arah, cewahhhh :P

lepas belek2 resepi tu, i think, i can try to do it...jadi tak jadi, itu belakang kira...yg penting cuba dululah kan? tak cuba mana nak tahu susah ke tak...

berbekalkan barang2 utk mem-baking yg langsung takde kat umah, i asked hubby to accompany me to find all the necessary items...dgn cup for cupcakes, sifter, all the ingredients...nasib baiklah my dear hubby layankan aje..:)) semangat ni, terus pi beli barang-barang kat cold storage, and oppss the price? haiiyaaaa.....
dengan beli mixer bagai, but it is just a small mixer...oklah at least i can start sikit2, bukan utk buat bisnes anyway...:)

ok, let cut it short...my 1st trial to bake Hokkaido Chiffon Cupcakes is a failed..huhuhu, and i know, its not because of the recipe, but i was my mistake...ok, terima kenyataan...bila bakar, the cupcakes jadi "senyum kambing" pulak..and i wonder, eh apasal la jadi cmni, siap buat semua cupcakes tu around 2am, and yet i still tak give up! i will give it a try lain hari...ok...tido...zZZZZZZZzz


p/s:  to be continued with my 2nd attempt of baking hokkaido chiffon cupcakes. :D



love,
lindanazmi

Sunday 5 August 2012

Anugerah Allah buat keluarga kami

Assalamualaikum...

walaupun hampir 7 tahun mendirikan rumahtangga, kami masih belum punya zuriat sendiri, tapi alhamdulillah, kami kaya dengan kehadiran anak-anak sedara yg cute, malah cuteness (puji anak sedara sendiri, aahakks), diam tak diam anak sedara kiteorg dah 5 orang, wuhoooo...cayalah, mesti raya tahun ni lebih meriah..:D dah meriah jugaklah duit raya utk dihulur pada anak sedara, jadi mak2 ngan bapak2 dh tak dpt la ye? harap maaf :P


Alea Irdina binti Mohd Azizul Nazim

Alea, sekejap je masa berlalu, alea dh 4tahun, dh pi tadika, Maklong still ingat lagi 1st time pi visit Alea kat hospital, punyalah kuat suara awak menangis, sampai the whole row can hear ur voice, tak padan kecik, suara kemain kuat! :P and banyak pics Alea, tapi maklong letak yg ni la yeh? kadang2 garang, tapi baik...tak mudah mesra ngan org, tapi kalau dh lama2  tak larat dh nk layan..:P semoga Alea besar nnti jadi anak yg solehah, baik, bijak..menyenangkan hati both of ur parents, atok nenek and family ok sayang...aminn insyaAllah..



 Aliy Amriy bin Mohd Azizul Nazim


 Alhamdulillah cucu kedua my PIL was born in Jan 2011, sgtlah tembam! Padahal Aliy's parents kecik je orgnye, tapi tgklah Aliy tu, ikut Paklong kot? hahaha! paklong jugekkkk...asal tembam je ikut paklong eh? hahahah! okeh2 ikut maklong la , sbb kiut! :P


Wan Damia Zahra bt Wan Faizul

Cucu ketiga buat my PIL, Damia was born in July 2011, sama tahun ngan Aliy cuma beza pada bulan jek, tapi kalau letak sebelah2 depa berdua ni, nmpk sgt yg Aliy tu lebih besar dari Damia tapi diyeorg sebaya..:D 


Muhammad Dharis Furqan bin Mohd Firdaus
Alhamdulillah, anak sedara pertama on my side, baby F was born in May 2012, makin meriah la rumah mak bila ada baby F...mana taknya, baby F ni amatlah peramah, suke layan Furqan berborak! and thanks sebab pandai dh cium mama su! hahahaha! sedap eh muka mama su? rasa apa yeh? :P tapi bila suh cium papa su, Furqan cm blur2 jek, oooo biasalah...Furqan suke cium pompuan, ouchhhh! bahaya nih!



Awiy Azriy bin Mohd Azizul Nazim

Anak sedara ke lima buat keluarga kami, alhamdulillah...:D Awiy sgt baik, senang jek..letak kat mana2 pun leh tido...tgklah tu tido tak gune bantal pun, tapi masih leh lena...bagus sgt! and tak payah tido dlm buai pun..bagus jugak, semua u all tak tido dlm buai, main letak jek pun leh tido..bagus jugak kan? kalau tak, susah jugak nk ke sana ke mari dh kene bawak buai, harap2 kalau kiteorg ada anak nanti pun, kami taknak biasakan tido dlm buai, hihihi (verangan)


buat semua anak2 sedara maklong&paklong, mama su&papa su...kami sentiasa berdoa agar kalian sentiasa berada di bawah rahmatNya dan perlindunganNya, semoga kalian membesar menjadi anak2 yg taat pada kedua ibu bapa dan keluarga, bijak, dan sentiasa dimurahkan rezeki,  aminn yg rabbal alamin...
terima kasih sbb memberikan kebahagiaan buat kami...



much love,
paklong&maklong mama su&papa su

Tuesday 31 July 2012

Usaha sampai bila2...

Assalamualaikum,
Tak semua org mudah nak dpt apa yg they dream of, kadang2 tak perlu banyak usaha, kadang2 usaha gitu2 jek, kadang2 penuh dengan usaha yg tak jemu2, sampailah apa yg diidamkan tu betul2 tercapai...

Ya Allah, Kau permudahkanah usaha kami, hanya padamu aku memohon, dan Kau bantulah mereka yg senasib denganku, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui, Kau perancang terbaik perjalanan hidup kami, Kami berusaha, bertawakal, selebihnya kami pasrah atas segala ketentuan.  Aminn ya rabbal alamin.

11 Ramadhan...


Love,
LindaNazmi


Monday 30 July 2012

10 Ramadhan

Alhamdulillah, sekejap je dah 10 Ramadhan, selesai puasa untuk hari ini, berbuka pun sudah, alhamdulillah...
Kalau org lain penuh juadah terhidang atas meja utk buka puasa, kiteorg smlm berbuka makan megi kari, kurma and air..:))
Plan asal nak masak Laksa Sarawak terpaksa dibatalkan, so harap2 sebelum berakhirnya Ramadhan sempatlah masak Laksa Sarawak :D
Harap2 menjadi kuah laksa ni, nnt linda bg resepi, tu pun kalau jadi, kalau tak jadi kene belajar lagilah gamaknya, ;)

Oklah, selamat berpuasa :D


Love
LindaNazmi

Sunday 22 July 2012

May Allah bless you, bless us :)


Happy 37th birthday sayang...

Semoga sayang sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dilindungi, ditetapkan iman, dan sentiasa menjadi suami yg soleh, dan yang paling penting, semoga kasih sayang kita sentiasa bertambah, aminnn ya rabbal alamin,


 i love you so much!


Much love,

Baby :)

Saturday 21 July 2012

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Alhamdulillah, masih lagi berkesempatan menjalani ibadah puasa untuk tahun ini.  Semoga kita sama-sama beroleh lebih rahmat dan keberkatan di bulan yg mulia ini.  Aminnnn....

Buat teman-teman dan keluarga, Selamat Menjalani Ibadah Puasa...



Love,

LindaNazmi

Monday 2 July 2012

he's back and we're fully occupied

assalamualaikum..

i thought i was forget the password, but alhamdulillah, this blog can be opened..:)

with the new look and apps, rasa mcm kekok pulak nk update and how to use it eh?
well, everything change, only 1 thing masih tak berubah..and u guess?

hubby is back, yayyy! temporary or permanent? ermmm just wait and see..:)
so mcmbiasa our schedule are full and we're occupied..of course, spend time utk kami berdua, spend time with family, and eventhough he is on leave, tapi masih jugak busy dengan business kecik2 ni...to me, i'm  ok 
with it, semuanyakan utk family..

holiday trip to Bali was awesome, ada yg suka Bali and some don't ... but to me? hey! Bali is great! hahahaaa...(gelak durjana)..itulah nama pun manusia, rambut sama hitam hati lain2..insyaAllah akan ke Bali lagi...

dah lama dah my nazmi ajak pergi Bali, and i'm the one yg refused to go...barulah cuti kali ni, kami sepakat ke Bali...dengar mcm jauh jek, hey its still Indonesia okeh...cakap pun sama jek, takde masalah dengan communication, idok le sampai sana terus tak reti nk ckp melayu...and anyway, i feel more comfortable to communicate in indonesia slang, i JAWA laaa :D , hubby selalu cakap, org Jawa ni manissss, mcm sayalah kan? :P *modeperasan*

lepas ni kami plan nk ke Taman Negara, who's in? jom la join,...mesti seronok...:D


loves,
Linda Nazmi

Thursday 12 April 2012

The Casing Cupboard

Assalamualaikum...

Lama lagi nk bulan 5 sebenarnya..so i just avoid to count the days, dengan harapan biarlah masa cepat je berlalu...

Dengan masa yg terluang ni, i've decided utk memenuhkan masa lapang tu dengan bukak online shop..
so kalau ada masa, jom lah like my page..cuci2 mata..:) lots of items to be upload soon...:)

meh click:

The Casing Cupboard


Ok, update setakat ni dulu...thanks for your support!



Love,
Linda Nazmi

Monday 26 March 2012

Hero will always be remembered

Tak sampai pun 3 tahun jaga hero, now hero has left us forever, and i belief he's in a better place, insyaAllah..

Hero is a strong cat, to write everything about him really makes me crying, and maybe some ppl just don't understand apa yg sebenarnya aku rasa masa ni..

I never thought that hero akan pergi secepat ni..tak mungkin la akan menyangka, ever since i knw that he is positive FeLV, i just hoping he will be cured, in fact i know that is impossible, but i kept to think positive...

I refused to put him at the clinic, the reasons being i want him to feel comfort, relax at home disaat2 akhir hayat dia...

I treated hero mcmbiasa..i don't want him to feel like he is dying, even deep inside i know he is dying! And i'm dying too, tgk keadaan hero yg dh semakin kurus,...tak sanggup! I don't want him to suffer lebih lama...

Vet bagi ubat for a week, habis ubat for a weeks, linda dtg clinic lagi..


Monday, 12mac2012

Me: 'Doc, bole tak i nk amek ubat hero for 2weeks supply', nnt i bring him for check up...'

Doc: so how is he? Makan tak?

Me: 'yep, diye still ada appetite nak makan, wet food pun makan, dry food pun makan'...

Doc:' ok, mcmni lah, i bg u ubat hero utk seminggu dulu k?...

Me:' ok...;)

Wednesday, 14/3
Hero nampak lemah, so i decided to bring hero to see Vet..

Hero kene inject, and mcmbiasa Vet tanye, hero nak makan tak? And yes, hero masih ada selera nak makan walaupun tak mcm dulu, tapi still nak makan, so Vet kata as long as hero nak makan tu dh kire ok...alhamdulillah lega sgt dgr camtu, and i didn't expect anything...

Everytime hubby called, i let him to speak to Hero, and hero gerak2kan telinga diye, why i did this? dgn harapan..kalaulah hero 'pergi' nnt at least dia dpt dgr suara owner dia buat kali terakhir...:(((

After balik from clinic and kene inject tu hero terkencing dlm carrier diye, i knw..mesti sakit, and i didn't scold him...is ok, carrier kotor i can wash it, no big deal...
Hero nmpk sihat skit mlm tu..senang hati tgk hero agak sihat...

Sejak hero sakit, dia bnyk menjauhkan diri, tiap kali lepas makan, diye masuk dlm stor, ada masa terluang diye masuk dlm stor..dia tahu dia akan pergi tinggalkan kami..maybe dgn cara inilah dia try to put a gap between us...

Hari rabu tu, hero dpt la kuar jap lepak kat luar, and linda temankan dia...lebih kurang 30mins, then linda bwk diye masuk...maybe diye rase lega dpt hirup udara kat luar...;))

Hari khamis, i noticed that hero mcm lemah dari biasa, susah nak bernafas..tapi still makan, and then lepak dlm stor..

Kak zaza cakap, kucing ni kuat semangat..dia akan cuba kuat walaupun sakit..
I know that hero tried so hard to be strong, and he's a strong cat, tapi i don't want him to suffer...

Ptg tu, i sat kat store masa hero tgh baring rehat2, i still remember...i usap2 diye, and he looked at me...
Dlm hati hanya Allah saje yg tahu..kalau hero cuba utk kuat sampai my hubby balik from sailing, i know he will suffer lagi lama..
So i told him, 'hero...u don't force urself ok'...
Masa tu hero changed his position, dia membelakangkan linda...i know he's sad, me too!!!

But, i keep telling him...
'hero, pls don't force urself...hero jgn paksa diri tau, is ok..
Abg( panggilan for my hubby yg kami biasa gunakan utk hero) loves u, akak pun sayangkan hero, kalau hero tak larat, takpelah...( i think he's really knw apa maksud linda ckp mcmni)..

He seems ok lps tu,siap nak main tangkap lalat, heee....
Mlm tu, i went out for dinner with kak dee..balik je, he waited for us dgn harapan diye dpt kuar...but tak dpt kuar mlm tu sbb i was too tired..

Again, i told him..'hero, takyah kuarla k, akak dh penat ni..'

He just looked at me..pasrah sbb tak dpt kuar...

Hajatnye nak bwk hero naik tido, tapi kak dee kata, kesian plak kalau bwk hero naik, sbb nnt dia tak larat nak turun kalau nak minum atau nak g poo/pee...betul jugak tu...

So kami tinggalkan hero tido kat bawah..


Esok pagi?


Jumaat, 16/3/2012
Hero dah takde, hero pergi tinggalkan kami dengan sejuta kenangan manis,...

Cukuplah sekadar ini sahaja coretan tentang hero, sebab tiap kali cerita tentang hero, tgk gambar hero, tak tertahan airmata...

Terima kasih ya Allah kerana Kau pinjamkan hero sementara buat kami dan beri bahagia buat kami...

Hero tak lagi terseksa...

Rest in peace Hero pet! We will always loves you!

Love
Linda Nazmi


Sent from LN's iPhone

Friday 2 March 2012

My heart's speak..

Sent from LN's iPhone

Waterborne Virus Outbreak

Just finished with laundry and house chores...:)

Received 1 email from mr superhero...
short email...

Quote:

Sayang, pls share with our families

Unquote.

So i think it's good if i want to share this important info with all of u =)

Let's spend ur lil time to read this....




A waterborne virus outbreak has been reported in two districts in Perak, Malaysia. The rotavirus had caused two infant deaths and some 2,236 acute gastroenteritis (AGE) cases in the Batang Padang and Hilir Perak districts over the last two weeks.

The Ministry of Health Malaysia has informed that the majority of those affected were children with a high density of cases reported in areas close to the water plant that supplies both districts. Initial investigations have shown that the water supply was polluted by the virus. Clinical samples taken were positive for the rotavirus.

What are waterborne diseases?
Waterborne diseases are caused by pathogenic microbes that can be directly spread through contaminated water. Most waterborne diseases cause diarrheal illness. Eighty-eight percent of diarrhea cases worldwide are linked to unsafe water, inadequate sanitation or insufficient hygiene (1). These cases result in 1.5 million deaths each year, mostly in young children (1). The usual cause of death is dehydration. Most cases of diarrheal illness and death occur in developing countries because of unsafe water, poor sanitation, and insufficient hygiene.

What is acute gastroenteritis (AGE)?
Diarrheal disease of rapid onset, with or without accompanying any symptoms.
What is rotavirus?
Rotavirus is a virus that causes gastroenteritis (inflammation of the stomach and intestines) and leading cause of severe diarrhea in infants and young children worldwide.

What are the symptoms?
• Fever
• Vomiting
• Diarrhea
• Abdominal pain
• Additional symptoms include loss of appetite and dehydration (loss of body fluids), which can be especially harmful for infants and young children.

How it can be transmitted?
Rotavirus spreads easily among young children either both before and after they become sick with diarrhea. They can also pass rotavirus to family members and other people with whom they have close contact.
Rotavirus can be spread by contaminated:
• Hands
• Objects (toys, surfaces)
• Food
• Water
The public has been advised to practice good hygiene and consume safe drinking water.



For more information, please check the Centers for Disease Control and Prevention website
REFERENCES:
(1): World Health Organization. Safer Water, Better Health: Costs, benefits, and sustainability of
interventions to protect and promote health. Available at
(2): JKN Johor : Fact Sheet Rotavirus. Available at http://jknjohor.moh.gov.my/bmv2/uploads/FSRotavirus.pdf


till then, take care and take extra precautions ok :)



loves
LindaNazmi

Thursday 1 March 2012

We love Mister Donut


The donuts tastes so good, have u try it before? If no, pls try...its not too sweet, and i really like angel cream donuts :)

Mister donut is originally from Japan, rindu sgt nk makan Mister Donut dan akhirnya Mister Donut opened their new branch kat OU New Wing :)

Sent from LN's iPhone

My Reading Pleasure


Finally, i just finished read this books..wrote by Steve Harvey, a hugely successful stand-up comedian whose career has included touring as one of the "Kings of Comedy".
U can get this book from Boarders, Mph or Popular, with the price of RM65.90.


Lama jugak ambil masa nak abiskan buku ni, even it just only 232pages...tu pun dh ke sana ke sini bawa letak dlm handbag, so that takde lah asyik nak main hp je kan during free time, konon nak terapkan budaya membaca dalam diri, chewahhh :)

From what i observed masa duk Jepun dulu, tiap kali naik tram, naik train, or while waiting for the train to arrive, or sambil duduk kat McD or taman, Japanese ppl like to read, they loves to read, kedai buku kat sana dah macam library..tu yang kalau boleh nak ikut budaya Japanese yg rajin membaca..apa salahnya, benda yg baik baguslah utk kita ikut, betul tak?

So i have 4 more books nak habiskan baca, including Doctor in the House..wrote by our Tun Mahathir..that was quite thick books anyway, tak tahulah bila agaknya boleh habis baca buku tu :)

Act Like A Lady , Think Like A Man is good for reading since the topics and the chapters inside banyak yg ada kaitan dengan kehidupan kita, basically what men really thinks about love, relationships, intimacy and commitment..the writer hasilkan buku ni based from his 20years journey in this fields.

If u want to know more, get ur copy now :)

Harap2 dpt habiskan 3 novels tu cepat sebelum 2013 bertandang..go Linda!



Love always

Wednesday 29 February 2012

Happy Leap Year!

taken from google photo :)
2012 is a leap year! which is today 29th February...datang 4 tahun sekali...special kan?

Ada yang celebrate anniversary, ada yang celebrate birthday, ada yang celebrate mcm2 lagi la...
and happy birthday to those who celebrate it today, happy anniversary too to those who celebrate it today :)
4 tahun sekali la ye baru celebrate birthday or anni? wah, mestilah kene ada 4cakes..wow! and 4 presents =)




Love,

Tuesday 21 February 2012

Atuk telah pulang menemui Illahi...al-fatihah....

Assalamualaikum...


Sukar sebenarnya nak menulis blog tentang pemergian Atuk...tapi ku gagahkan jua, semoga apa yg tertulis buat pedoman kita semua...

Isnin, 20hb Feb 2012, 5.15petang....atuk telah dijemput pulang oleh pemilikNya...Allah lebih sayangkan atuk..walaupun hakikatnya aku sendiri masih seperti tak percaya yg atuk dh takde...

Hari yg sama, i'm so excited to meet my dear hubby kat S'pore..i reached S'pore at 2pm, terus je check in kat hotel while waiting for my dear hubby...take a rest...at first, mmg plan nk jalan2 kat Orchard Road, tapi hujan...so, takpelah rehat2 la kat bilik....hubby called and bgtahu dia turun from ship lambat, it's fine with me sbb i just duduk dlm bilik...

Selesai solat, sambil tgk tv...then terlelap...
my phone rang...tak sempat nk angkat...ada text message...
owh msg from my bro...
the text:
"dik, call aku...urgent, malam ni aku nk amek kak ct"....

seriously, i didn't expect anything...
so terus call abg...tgh mamai2 tu....
abg cakap...
"dik, atuk dh meninggal"......i was like? huh?
me: atuk?atuk mad?(Nama atuk is Ahmad, so we called him Atuk Mad) actually atuk is the only atuk lelaki yg tinggal on mak punye side..sbb sblh ayah both atuk and nenek dh takde...
sebenarnya question aku tadi tu tak patut, tapi sebab i was in shocked! hakikatnya atuk yg tinggal cume atuk mad...so memang atuk la yg meninggal...kaget!

plan for today semua berubah....

called kak dee, and her voice pun aku dh dpt agak, yes, the news that i heard from abang is true...atuk dh meninggal....i don't know how to react...sebab...aku still terkejut...sngt2 terkejut!

Atuk meninggalkan kami at the age of 86...arwah sgt sihat...takde apa2 sakit...mudahnya atuk pergi meninggalkan kami...
Atuk baik...tak pernah menyusahkan sesiapa, tak langsung menyusahkan anak2 di saat akhir hayatnya...tak pernah langsung menyusahkan kami, cucu-cucunya....
Atuk selalu tolong orang...tak pernah mengata orang...tak langsung amik tahu hal orang lain yg takde kene mengena dengan dirinya...

Ya, memang Atuk seakan lemah hari Khamis, then on friday bila pergi check up, everything seems fine...takde darah tinggi, takde kencing manis,..takde, takde anything and nothing...

On our back from Singapore to Kota Tinggi, borak with abang...

abg: "dik, aku baru je jumpe Atuk hari Sabtu"....

me: "ermmm....baru lagi tu"

abg:" ishhh aku teringat2 atuk borak2 ngan aku dik"...nasib baik aku sempat siapkan 3D plan tu...kalau tak mesti aku menyesal"....

me:" aahkan bang, rezeki atuk...adk rase atuk lega bila dh tengok semuanya ok..." at least dia tahu mcmmana bentuk rumah dia bila dh siap nnti" ( masa tu Allah je tahu mcm mana perasaan aku yg tahan menangis!)
(Atuk and nenek is planning to renovate their house kat Sg Sayong, tu yg arwah beria nk ada rumah baru, rupanya rumah baru yg dia maksudkan.....rumah kekal di alam sana)

abg:  " cume atuk memang nampak letih masa aku dtg tu.."

hari Ahad, atuk sihat...mcm biasa....

hari Isnin....Atuk pergi...pergi buat selama-lamanya.....

Since dengar berita pemergian atuk, airmataku langsung tidak mampu gugur...mungkin masih tak percaya...memang tak percaya....
Malam tu jugak aku, mak, abg and kak ct...balik umah nenek....masa tu makcik2 yg tinggal dekat2 semua dh ada...sesampai je, terus aku ambil wudhuk dan bacakan Yassin untuk arwah...
Selesai baca Yassin, barulah aku tahu cerita sebenar dari nenek...
Arwah atuk seperti letih masa mengambil wudhuk utk solat Asar...pastu atuk terduduk, then masa tu nenek kata atuk masih sedar, namun itu adalah saat2 akhir...mudah sungguh atuk pergi...sangat mudah....terima kasih Ya Allah, tidak kau beri seksa buat Atuk...

Malam tu, kali terakhir aku tatap wajah atuk...dan ketika itulah airmata aku gugur jua! Atuk dh takde...atuk dh pergi buat selamanya....sedihnya hati ini hanya Allah yg tahu...cuma Allah sahaja yg tahu...lin sayang atuk...kami sayang Atuk....namun aku tahu, aku harus redha dengan pemergian atuk, kami sekeluarga harus redha dengan pemergian Atuk....walaupun hakikatnya aku masih seperti tak percaya, sehingga ke hari ini....
Aku tak mahu menangisi pemergian atuk sebab aku tahu itulah yg terbaik buatnya, yang dh tertulis buatnya...
Atuk pergi dengan mudah, tidak langsung menyusahkan sesiapa, jadi aku tak perlu meratapi pemergian atuk agar atuk tenang di sana...amin ya rabbal alamin....


Menatap wajah atuk buat kali terakhir.....
wajah atuk tenang,...sangat tenang....rambut atuk seperti disikat rapi, janggut atuk pun kemas..macam baru dipotong....rupanya atuk seperti sudah bersedia mengadap Illahi...dirinya dh dipersiapkan...nenek kata, hari Jumaat tu Atuk dh siap potong kuku, gunting rambut, potong janggut....Ya Allah...
Alangkah indahnya jika kita diberi peluang sebegini...moga Syurga buatmu Atuk...

Arwah Atuk dimandikan, dikafan di rumah, kemudian di bawa ke surau berdekatan untuk disolatkan, abang kata, ramai yg solatkan arwah..lebih 100 orang. Siap saja disolatkan, arwah di bawa ke tanah perkuburan berhampiran...ramai juga sama2 pergi ke tanah perkuburan memberikan penghormatan terakhir buat arwah....
Waktu lebih kurang jam 10.30 pagi..langsung takde matahari panas..yang ada angin sepoi2 mengiringi bacaan talkin....sayu sungguh hati ini, yg membacakan talkin juga menitiskan airmata....

segalanya selesai dengan mudah, tanpa apa2 halangan...sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...
selesai menyiramkan air mawar dan bunga, kami semua berlalu....pulang.....no 922 kubur atuk....

Atuk, kami akan sentiasa merinduimu...akan selalu mengingatimu, akan selalu mendoakanmu....semoga Atuk tenang di sana....Al-Fatihah.....

Syawal 2011, Syawal terakhir kami bersama :(

Love,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...