Wednesday, 27 November 2013

Saya tak faham...

Saya tak sedih bila tahu ada orang sekeliling saya preggy, lebih-lebih lagi kawan2 terdekat. Tapi saya jadi sedih bila mereka ni seolah2 takut nak bgtahu and announce yang diyeorg ni preggy, kenapa? Secara positifnya saya rasa, ohh mungkin diaorg taknk sy kecik hati, atau diyeorg nak jaga hati saya, diaorg taknk saya sedih, mungkin laa..

Berita gembira yg pada sy sepatutnya dikongsikan bersama-sama, especially orang tu adalah keluarga terdekat atau kawan-kawan sekeliling kita. Kenapa nak sembunyi2, anak halal, anak yang selama ni ditunggu2, apa salahnya kongsi rasa bahagia tu dengan saya?

Apapun alasan yang diberikan, doa saya sentiasa mengiringi kalian, yang kenal atau tak kenal, yang nak bgtahu atau terus nak rahsiakan..hak anda, saya hormati. Maafkan saya sebab berkecil hati. Jaga diri, jaga baby...semoga Allah lindungi kamu, dan kita semua.

Aamiin



Love
Linda

Sent from my iPhone

Tuesday, 26 November 2013

Anak angkat...bila? Esok, atau ......

Memandangkan usia perkahwinan aku yang dah agak lama, ada jugak sokseksoksek yang suruh kiteorg amek anak angkat, ada jugak yang bertanya, yang bagi pendapat lebih baik amek anak angkat, nanti dapat anak sendiri. 

Sebelum ni pun ada jugak orang sekeliling aku yang amik anak angkat, dan akhirnya diyeorg dikurniakan zuriat sendiri, lepas pregnant naturally, tak lama lepas tu pregnant lagi, alhamdulillah.  aku pun tumpang happy, sebab aku tahu mcm mana rasanya menunggu...:)

Persoalannya, aku nk amek anak angkat untuk mengandung atau aku betul2 amek anak angkat dengan niat utama nk membantu kanak2 yang memerlukan kasih sayang?, dan in shaa Allah dengan izin Allah suatu hari nnti aku jugak akan merasai nikmat mengandungkan anak sendiri.  

Aku pernah dengar orang kata 'aku nk amek anak angkat la..nnti mengandung.' --- hurmm? macam ni ke pemikiran segelintir daripada kita.  Ingat apa, amek anak angkat harini, esok terus mengandung?  Pada pendapat aku, mengambil anak angkat adalah salah satu ikhtiar kita dalam usaha memperolehi zuriat, Allah tahu niat sebenar kita, Allah tahu keikhlasan kita walaupun tak perlu kita ungkapkan.  Tapi kalau semata-mata cari and amek anak angkat, dan rasa anak angkat boleh buat dia mengandung, apa akan jadi kalau bila kita dh jaga anak angkat tu, kita masih tak preggy?  Tanggapan "amek anak angkat nnti mengandung"...aku rasa kurang tepat..

Aku dan DH pernah bincangkan soal anak angkat, bila aku tanya DH, either dia dh sedia untuk amek anak angkat or not, dia kata, NOT YET, same goes to me.  So decision sepakat dari kami..mungkin bukan sekarang atau masa terdekat, tapi itu mungkin.  Segala kemungkinan masa akan datang sape tahu ye tak?  Banyak hal yang kami fikirkan, sebab anak angkat bukan lagi anak angkat bila kita bersedia mengambilnya.  Kita kene jaga dia, didik dia seperti anak kita sendiri.  Kami taknk ada rasa berbelah bahagi jika ditakdirkan aku preggy anak sendiri.  Setakat ini, kiteorg masih bersepakat untuk berusaha dulu.  Banyak perkara yang perlukan deep consideration.  In shaa Allah kalau satu hari nanti kami dah bersedia amek anak angkat, kami takkan lepaskan peluang yang ada.    Benda ni benda serius, bukan boleh dibuat main-main..kena bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan.  Selain dari tu, keputusan bersama perlu dicapai, kalau kita sorang je yang beria2 tapi suami masih tak sedia pun tak boleh jugak, atau kalau suami dah beria2 tapi kita tak yakin dengan keupayaan diri pun tak boleh jugak.  

Amik anak angkat tak sama mcm beli barang, kalau rasa tak suke boleh buang atau pulangkan semula.  Jadi sebelum buat apa2 keputusan, fikirlah sedalam-dalamnya.  

Prosedur untuk mengambil anak angkat:



love

Monday, 25 November 2013

TRYING TO CONCEIVE GROUP MALAYSIA (TTCGM)

Assalamualaikum sisters, adik kakak, abg pakcik makcik, atuk nenek..:)




Since TTCGM ditubuhkan few years back, dengan ahli yang less than 100, now kita dah ada 1000 + (active and non-active). Yang non-active tu termasuklah silent reader, sometime dia baca tapi tak komen, kadang-kadang komen sekali lepas tu senyap je, and ada yg dalam group tu, baca, tapi tak komen and tak join any activity. Mungkin untuk silent reader ni, ada jugak dari silent reader lama2 jd kepochi reader, EH? Bukan2, jadi active reader, rajin up post, rajin kometa nak members yg mcm ni, so bnyk info yg bermanfaat.
n, rajin bagi info, rajin join activity, kiranya rajin segala, bagussss anak sapa ni? Ahahahaha...honestly, ki
Bila dpt email dari anonymous and request suruh add into this group, aku pun jarang nak tanye history ttc orang tersebut, biasanya aku terus add. Tapi lepas ni, pada sape2 yang nak join, pls introduce a lil bit about yourself and ttc journey.

Kami accept and add most of new members request, and antara matlamat support group ni adalah untuk bagi POSITIVE VIBES and sama2 membantu antara satu sama lain. Aku jadi stress bila ada member baru yang tak ikut guidelines dalam group tu. Lupa baca guidelines kot? So to those member baru yang nak join dan lepas dah di add dlm group tu, please, please, please...hah! Tengok dah 3 kali please....baca guidelines, tak paham sekali, baca 2 kali...tak salahkan?

Jom, email me thesailorwifediaries@gmail.com if u're interested to join TTCGM, we welcome u in advance :)


Love


Sent from my iPhone

Sunday, 24 November 2013

Tahun pertama perkahwinan, perlukah kita bersedih tanpa zuriat?

Assalamualaikum sisters :)

Harini duduk sorang kat rumah, sementara tunggu baju2 siap dibasuh, aku rajin pulak nk tulis pasal pengalaman tahun pertama perkahwinan.  Memang tak dinafikan, most of us bila dah mendirikan rumahtangga je, mulalah dah busy nk ada anak, kalau bukan kita sendiri yang bising nk ada anak, mungkin orang sekeliling kita dah sibuk2 tanya bila nk ada baby, cepat2 lah ada baby, blablabla...stress tak? ye..kadang-kadang kita tak stress pun jadi stress dengan soalan-soalan yang kita sendiri tak tahu bila rezeki kita.

Next year tahun ke 8 aku and DH mendirikan rumahtangga..alhamdulillah kami masih bahagia, walaupun tanpa rezeki anak-anak.  Kalau orang kata atau bertanya..jawapan aku tetap sama, 'tolong sama-sama doa untuk saya, thanks'...aku pun tak sekuat ni masa mula-mula dulu..tak payah tahun pertama kawin la, hari pertama pun ada yang dh bunyi2, cepat2 la dapat baby...fine, aku amek tu semua sebagai doa orang sekeliling aku...terima kasih.  Tapi aku yakin, Allah takkan duga kita diluar kemampuan kita..korang yakin benda yang sama tak? so, kalau ada orang tanye2 jawap je lah seelok mungkin, memang kadang2 kita rasa sentap, ye lah kita pun manusia jugak, apa yg diyeorg expect kita nk jawab kan? kalaulah buat anak tu semudah macam buat rumah guna tanah liat, aku rasa anak aku dh sedozen kot? ahahaha...:P

Percayalah...i've been there..macam2 soalan orang tanye, dari aku rajin nk jawab, sampai lah aku potong je jwpn tu bagi ringkas...aku pernah sentap bila orang tanye, aku pernah sedih bila orang tanye, aku sedih bila dengar orang lain dpt baby, aku sedih bila pergi visit baby and hold baby tu...tapi sampai bila aku nk sedih? aku rasa tak fair untuk diri aku...Orang takde anak memang ditakdirkan untuk sedih ke? PASTI TIDAK! Orang yang belum ada anak kene sedih ke bila orang lain preggy? Bila orang lain mengandung dan mengandung lagi? bila orang lain tanye pasal anak? Jawapan aku:  NO! Kita tak boleh sedih, malah lebih baik kalau kita sama-sama kongsi rasa gembira tu, sama-sama kita doakan untuk mereka2 yang mudah mengandung, mungkin satu hari nnti kita pun akan rasa benda yang sama.  Allah tu tak pernah kejam...
Setiap tahun sepatutnya kita menghargai perkahwinan yang dah kita bina...kalau kita nk sedih dan stress, terasa hati dan sensitif dengan cakap2 orang perilaku orang terhadap kita secara langsung atau tidak langsung, aku rasa sangat tak berbaloi.  SANGAT.

Aku bukannya tiba-tiba dapat kekuatan utk tepis segala rasa sentap, atau segala rasa sedih.  From time to time, aku belajar fikir positif.  Aku fikir, mesti ada yang masih kurang dalam diri aku, yang aku sendiri tak pasti part yang mana, so aku kene improve satu2..when the right time tiba, aku yakin Allah mesti bagi rezeki, untuk aku dan untuk mereka yang belum dikurniakan zuriat, kalau bukan dari rahim aku sendiri mungkin dari rahim orang lain, dan aku berpeluang membesar dan mendidik dia macam anak aku sendiri. Dugaan dan ujian sekecil ini kalau kita tak mampu nk tempuh, mcm mana kalau datang ujian lagi besar tentang rumahtangga kita, tentang masa depan kita, tentang anak-anak kita?

Setiap tahun perkahwinan adalah tahun-tahun yang bahagia.  Ada anak atau takde anak bukan pengukur kebahagiaan perkahwinan yang kita bina.  Jangan terlalu cepat stress atau sentap atau sedih.  Fikirkanlah, especially bagi pasangan2 yang kawin2 terus nak ada anak, bila tak preggy bulan pertama, dah stress,...tunggu bulan kedua, pun tak preggy lagi..masuk bulan2 seterusnya terus sedih stress dan salahkan diri sendiri.  Pls stop doing that, janganlah sedih2..u should enjoy ur life berdua sementara masih belum dikurniakan zuriat.  Bahagiakan suami, bahagiakan family.  Peduli kata2 orang.  Jaga hubungan suami isteri, itu lebih penting.

Kita fikir, bila kita mengandung je, tamat dah soalan2 dari orang luar, atau dari orang sekeliling? arghhh tipu laaa..soalan orang takkan pernah habis...percayalah...dari korang mengandung, lepas tu korang bersalin, lepas tu korang ada anak, memang soalan orang sekeliling kita tak habis.  Jangan fikir, bila kita mengandung je, automatically soalan orang sekeliling pun TAMAT.   Memang tak mungkin..so takkan tiap kali orang tanye soalan kita rasa nk stress...banyak lagi benda lain yang kita kene fikir.  Mengandung bukan pengakhiran sebuah perjalanan kehidupan, terlalu banyak lagi yang kita kene tempuh, bersediakah kita?
Situasi macam ni selalu berlaku:

'eh bila ko nk tambah anak lagi, yang sulung dah 2 tahun?'
'anak ko semua lelaki, bila nk dpt anak perempuan pulak?'
'anak ko semua perempuan, kene dpt baby boy ni'

see, soalan takkan pernah habis.  :P

Daripada kita sedih atau stress fikirkan bila kita nk mengandung mcm orang lain, aku rasa lebih baik kita bersyukur dengan apa yang kita ada.  Cakap lebih mudah dari nk buat, tapi kalau tak cuba buat mcmmana korang nk tahu? kita asyik sedih memanjang, nk cuba positif pun susah....jadi, twist our mind.  Count our blessing instead of fikir benda sedih yang kita tak ada..  To be positive mungkin susah kalau kita dah terbiasa fikir negative, tapi tak mustahil kita boleh jadi positif kalau kita cuba.. cuba berkawan dengan kawan2 yang positif, jauhkan negativity dalam fikiran kita.  Tak perlu asingkan diri, sebab rasa diri ni kerdil dikelilingi mereka yang dah ada anak atau yang preggy.  Campur tiap majlis sosial yang ada, pergi kenduri kendara, pergi majlis2 gathering atau majlis2 birthday anak kawan atau sebagainya.  Kalau korang rasa dengan menjauhkan diri, korang jadi lagi kuat, ntahlah aku rasa tu bukan caranya.  Bila kita tak bercampur dengan orang kita akan lebih sensitif, sedih memanjang.  seriously memang rugi, and kita tak adil.  Be fair to ourself people.

Rugi...bila kita bersedih terlalu lama...rugi rumahtangga kita bila kita terlalu emo, sentap..enjoy puas2 hidup berdua, sometimes perkara-perkara yang tak terduga berlaku bila kurang berharap.  Alhamdulillah kita punya suami, punya keluarga yang supportive.  Cari alasan sendiri untuk kita kuat, jangan bagi peluang untuk orang buat kita sedih.  Jauhkan diri dengan orang-orang negative.  Be cool, :)


love

Thursday, 14 November 2013

Langkawi, entry yang tertangguh...

Assalamualaikum sisters...:)


Akhirnya....selamat sudah holiday trip ke langkawi dengan member2 yang lain...total semua sekali 12 adults and 4 kids.  Memang meriah sangat, sebab yang pergi semua 'satu kepala'..yang paling best bab makan, sebab semua pun 'hantu' makan!

Trip ni dh lama dirancang since reen preggy lagi, maknanya dah 7 bulan lepas la kot start kiteorg plan nk gi langkawi.. tup tup sekejap je dh bulan 11..mula2 nak pergi 3 hari 2 malam..tapi rasa mcm skjp sangat, so akhirnya we decided to stay for 4 hari 3 malam.   Macam lama je 4 hari kat Langkawi, macam takde apa je nk buat kat sana...tapi...4 hari kat sana so far memang cukup and penuh aktiviti...tu pun bermandi manda kat laut pun tak sempat..dapat mandi sekejap je 1 jam lebih, aduiii rugi woo..dah la resort yang aku duduk dekat/berhadapan dengan laut, tapi aku tak sempat nk terjun laut....so mungkin ada alasan untuk pergi lagi next time? Hahahaha!

Sebelum pergi, kiteorg dah siapkan budgeted expenses per couple utk 4 hari 3 malam kat sana, so senang la nak start menabung before the actual date.  Expenses tu termasuk lah sewa 1 kereta + 1 van (pregio), fuel utk 4 hari + duit makan.  Kitaorg buat pool money utk duit makan, so let say per couple bayar rm100, so 6 couples dah rm600, and kite manage with that rm600, kalau let say tak cukup kita tambah lagi..alhamdulillah, semua pun ok and agree dengan cara macam tu.  So tak lah bila kat sana, makan satu meja tapi bayar asing2..nmpk macam awkward pulak..ntah, tapi kalau gi jalan2 in a group, aku lebih prefer buat pool money..:)

Bilik hotel awal2 aku dh reserved.  Atas cadangan Jay, kiteorg pilih utk stay kat Langgura Baron Beach Resort, memang sangat dekat dengan airport and chenang beach.  Masa awal2 call Langgura tu, receptionist tu kata, tak boleh nk booking awal and dia suruh aku call next time.  Aku risau kalau2 resort tu dah penuh sebab tu la aku nk booking awal.  Selalunya kalau aku dengan DH pergi langkawi, we will stay kat Berjaya Resort, jauh dari Chenang Beach, and kawasan tu a bit isolated.
2 minggu lepas 1st called tu, aku call lagi...kali ni staff langgura cakap bilik tak cukup...sebab kami ber-6 so semua pun nak bilik deluxe.  Alamak! Macam mana nih? takkan la nk stay kat resort asing2 mcm tak syiok la pulak...aku cari idea...hah! cuba booking online...rezeki, memang rezeki bila booking through beeagoda ke website ape ntah, aku pun tak ingat...the best thing is...aku dpt reserved 6 bilik deluxe! yehaaaa...on the spot dapat confirmation num..ok bab bilik kat sana nnti dh SETTLE :)

Camy and Wanda try carik best rate utk sewa van dan kereta...aikk kenapa dah ada van, and then sewa kereta lagi?  ye lah, bag kiteorg banyakkkk...bayangkan ada 6 family, dengan 4 family ada kids, well, tahulah barang2 utk anak2 kan byk...lagipun lebih selesa, tak berhimpit2 penuh satu van..tu baru orang je, nnti kalau dh singgah2 sana sini, mesti ada nak beli apa2..mesti tak cukup ruang nnti..alhamdulillah, sekali lagi kami dapat harga sewa utk van dan kereta yang memuaskan, actually below budget price..wow! Kebetulan Madi ada pakcik kat sana, so total utk van (pregio) + kereta (avanza) = RM250 per day.

Bilik deluxe kat Langgura Baron Resort, RM160 per night, ada dua katil besar, bilik ada bathtub, ade aircond, ada kipas, so dengan rate RM160 per night tu kiteorg rasa memang berbaloi :)

Tempat2 must visit kat langkawi memang kiteorg tak lepaskan peluang utk pergi..cuma kali ni tak dpt nk gi Tasik Dayang Bunting walaupun dalam plan asal memang ada, tapi disebabkan cuaca haritu tak elok, so kiteorg cancel aje..lagipun aku dh pernah pergi tasik dayang bunting tu..maybe next trip la pergi lagi..

Shopping? Biasalah kalau kat Langkawi mesti shopping coklat dengan barang2 rumah (pinggan mangkuk, pisau, sudu, set tefal, set correlle, set noritake and all that).  Memang untung kalau beli kat Langkawi, sebab harga dekat KL quite expensive utk set noritake atau tefal.  Utensils Tefal pun kat Langkawi baru RM19.90, tapi kalau kat KL RM40 (lebih kurang this price).  So good buy right? :))



outdoor photoshoot a night before balik @ Awana Porto Malai, Langkawi

Trip to Underwater World, Langkawi - All of us

berfikir-fikir, next trip nk pergi mana?  Aku suggest utk pergi travel gune motor-home, sounds interesting right? Mungkin dh boleh start survey2 harga...:)


Love
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...