Friday, 30 September 2011

Kalau tak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya...

Hidup ni penuh dgn pahit manis, susah senang...semuanya asam garam kehidupan...
Yang pasti kene sentiasa rajin berusaha!

Ya Allah, kau permudahkanlah segala usaha kami, luaskanlah rezeki-Mu kepada hamba2mu....dan selalulah kau pelihara dan berikan kami petunjuk.....kami memohan Ya Allah....

Thanks pada family, kawan2...org2 yg disayangi yang sentiasa ada di sisi (u know who u are) walau susah, walau senang....walau ketawa, walau duka...ecehh agak terlebih puitis pulak hari ni...:P

Buat Mr.Superhero, try lagi okeh! Jgn pernah putus harap :D xoxo


Love,
Linda Nazmi
Sent from my BlackBerry® wireless device.

Wednesday, 28 September 2011

Suatu hari di Klinik Veterinar Sect13

On the way to MV (Midvalley) with mr superhero...;) dating di hari-hari biasa mcm ni adalah sgt tenteram :D

Hero dah selamat operation mata, so harap2 hero tak jadi kassim selamat!

Ingat lagi masa nak hntr Hero aritu, ramailah cat lovers yang masing2 nak hntr cats masing2 dengan masalah masing2...bnykla masing2 digunakan di sini, maaf!

Ade yg sorang ni, bwk 2 ekor kitty yg dipungut di highway KJ...katanya tak sampai hati, cute sungguh kitty tu...so dari dibiarkan kene langgar, baik diye jaga...u're so nice kak...:) semoga Allah murahkan rezeki kakak....

Dtg pula sorang makcik yg agak berumur, tanya kat kakak tu,..knapa dgn kitty tu..kakak tu pun ceritalah, mcm cerita kat atas tu...:D tapi ade tambah sket ; kakak tu kata jiran bising ada bela kucing, umah busuk bla bla bla....

Jawapan dari makcik yg agak berumur tu...

'Allah jadikan dunia ni bukan utk manusia sahaja, Allah jadikan utk semua berkongsi...binatang, tumbuh2an, mereka bukan nak apa sgt, binatang2 ni semua nak makan, minum dan sedikit kasih sayang, TAPI jangan zalimi mereka....'


oh ye, tambah makcik tu lagi...'kalau nk diikutkan, manusia ni lagilah...hati busuk, perangai busuk'...ermm, betul jugak tu makcik....(kata dalam hati) :))

Sekian, tazkirah di klinik pada petang tersebut....

Semoga mereka2 yg menyayangi antara satu sama makhluk yg Allah ciptakan ini mendapat rezeki yg luas...aminnn


Love,
Linda Nazmi


Sent from my BlackBerry® wireless device.

Monday, 26 September 2011

Where's Heroin?

Good morning,

Pagi-pagi lagi hero dah meow2, and i know mesti ade yg tak kene ni because hero is trying to tell me something....

Cari2, rupe owin takde, owin hilang! Oh my, panggil2 pun owin tak dtg which is normally owin will come once i called her name...:(

Misi pencarian Owin masih diteruskan...

Get well soon HERO!

Last evening hero got fight with stray cat and badly injured kat bahagian dlm kelopak mata :(
Panic sgt masa tu, cepat2 bwk diye g vett, ditemani oleh adik comelku nurul, thnks nurul...
Hero still kene makan ubat, anti inflammatory and antibiotics.. And as a result, mata diye tak bengkak... Alhamdulillah, tapi esok nk bwk diye pi vett lagi...
So, after this Hero da tak bole lepak kat luar lagi...sorry k hero...

1st pic:
Comel jek hero!

2nd pic:
Ermmm sedih!



Love,
Linda Nazmi

Itu sudah ketentuan-Nya

Lama sangat tak jenguk blog sendiri, apalagi blog kawan2 yg lain...
busy apa ntah, sendiri tak pasti...sampaikan nk bukak blog pun nk tertype..www.blogspot eh silap rupenya...
So just imagine, sampai lupe website for blogger...Ya Allah...

Last Sat, sambil sendirian kat rumah...tetiba berFB ngan dia (one of my x dip classmate), well friendship kami quite close la..cuma bila masing2 dah besar, dan sibuk ngan kerja (for her lah) since that i'm just full time housemaker, kalau busy pun busy ngan hal rumah jek...:) we decided to have breakfast together...
Diye kat seksyen9 and me kat seksyen13...dekat je, tapi leh kire brape kali jumpe...

So mcm biaselah, masing2 sampai lebih kurang sama and we're started to talk about a lots of thing...sampailah satu cerita ni, betul2 buat diri sendiri rase terkejut, sedih, pelik..mcm2 lagi rase pun ade..tapi obviously, i'm so sedih masa tu...

Dear friend, if satu hari nnti dengan tak sengaja ko terbaca atau terbukak blog aku ni...(well, aku tahu ko tak tahu pun kewujudan blog aku ni)...aku cuma nk ko tahu, aku syg ko! i really appreciate our friendship...aku sentitasa doakan yg terbaik buat ko! and i know u're strong...and ya, u have to be strong!

macam ko ckp kat aku aritu, masing2 Allah dah tentukan bahagian masing2...yes, aku setuju sgt2...sejak kita belum lahir lagi semuanya dh ditentukan...InsyaAllah kalau kita redha dan pasrah, pasti itu yg terbaik buat kita...takkan ada apa yg dpt mengubahnya, kecuali Dia...yakin! Doa...adalah senjata paling kuat...

to my other readers, pls read this article..and u will know then....





*Ya Allah, ampunkan dosa2 kami..berikanlah kami petunjuk, taufik dn hidayah-Mu...tabahkan hati kami dengan apa saja dugaan yang engkau berikan...aminnnnn



Love,
Linda Nazmi

Sunday, 31 July 2011

Fadilat Solat Terawikh Setiap Malam

Assalamualaikum,

Buat rakan-rakanku sekalian...sekadar berkongsi info, semoga satu bulan mendatang penuh kesabaran, keimanan dan keberkatan. InsyaAllah


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanahmendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyangterawih poda malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di
dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta
munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama
Al-Kauthar.”




love,

Friday, 29 July 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dengan izinNya kita masih lagi dipanjangkan usia untuk sama-sama menikmati kelebihan Ramadhan utk ke sekian kalinya.

Maafkan segala kekhilafan kami suami isteri andai ada yang pernah terguris rasa, tercuit hati, terkasar bahasa...sengaja atau tidak disengajakan.

Semoga Ramadhan kali ini disambut penuh erti agar mendapat barakah. Aminn. InsyaAllah.


Love,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...