Wednesday, 21 January 2015

9th anniversary, 32th birthday

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Januari datang lagi.  Kali ni tahun baru 2015.  

I love JANUARY.  Masih lagi diberi kesempatan dan dipanjangkan umur, tahun ini 2015 usia kini menjangkau 32 tahun, auchhh..banyaknya angka tu, tapi alhamdulillah, masih dipanjangkan usia. Meningkatnya umur, maka Januari jugak meningkat usia perkahwinan Linda dan suami, tahun ini tahun ke 9 kami mendirikan rumahtangga, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, syukur.

Baru 9 tahun, rasanya terlalu banyak pengalaman pahit manis yang kami tempuh bersama, susah senang, susah dan senang bersama.  Semogo Allah panjangkan jodoh kami, diberikan rezeki yang luas, ilmu yang bermanfaat dan kesihatan yang baik.  Diberkati dunia dan akhirat, aamiin.  

Celebration?  Biasa-biasa je, tapi di kelilingi dengan family and good friends, sangat membahagiakan.  My MAN pulak tiba-tiba buat kejutan, hadiah harijadi dan anniversary katanya.  Apa dia hadiah tu?  In shaa Allah, semoga dipermudahkan segala urusan.  Mohon kalian jugak doakan ye?  

Tahun baru, azam baru? eh tak kot...azam tahun lepas masih belum tercapai lagi.  Harap-harap tahun 2015 ni dapatlah capai a few azam walau tak habis semua untuk dicapai.  

Happy 9th Anniversary my MAN.

My strength, my everything...my family.


Because adik and akak share the same birth date.  


Make a wish, make a wish and blow the candles!

Mom, me, my MAN.
my beautiful sisters.
my kakak ipar, my kak long, my kak dee...
love u mucho!!

Thanks to my bro and kak ct for the dinner treat at Banafe Village that night.  Lain kali belanja lagi ok?  Semoga kalian sentiasa dimurahkan rezeki, aamiin.


sweet 32,
Linda

Saturday, 18 October 2014

Kedai Kopi Kow Po, Bentong

Sambungan dari entry Lemang To'ki...

Biasanaya lepas dah siap makan main course, mestilah kena ada pencuci mulut atau dalam bahasa jawanya dessert, wahhh bahasa jawaaaa sangats.

Kali ni, alhamdulillah kedai yang dah dua kali myself and my MAN cuba datang tapi tutup tapi harini kedai ni bukak.  Maybe ramai yang dah tahu pasal Kedai Kopi Kow Po yang famous dengan abc special with homemade ice-cream, tapi kali ni kami baru berkesempatan.  

Kedai Kopi Kow Po ni dah lama sangat beroperasi, lokasinya di tengah2 bandar Bentong.  Kalau nak lagi senang, guna apps Waze search for Hong Leong Bank, and this shop just next to HLB.  Sederet tu ada lagi few bengkel.  In Shaa Allah tak sesat.  Kami yang tak pernah2 masuk bandar Bentong pun still dapat cari, cuma 2 kali datang, 2 kali tutup.  Masa tu bukan rezeki kami nk dapat rasa ABC special ni.

Hari ni memang puashati, my MAN makan abc + aiskrim vanilla, and i had cendol + coconut ice-cream.
Cendol yang diletakkan kat cendol and abc memang banyak dan puashati.  
Homemade ice-cream nya pun very light, not too sweet macam kebanyakkan ice-cream, maybe because yang ni homemade ice-cream, so they adjust rasa manis tu agar tak terlalu manis.  Tekstur ice-cream ni sangat lembut, ermm i don't know how to say it, cuma maknanya bila kita makan tu rasa soft aje...hihihi...

They have few other flavours, which we don't try it all.  

Ok now time to layan all the pics.

A must visit place in Bentong, rugi if korang dah pergi tapi tak singgah. :)


ABC SPECIAL WITH VANILLA ICE-CREAM

CENDOL SPECIAL WITH COCONUT ICE-CREAM

KOW PO ICE CREAM SIGNATURE

COCONUT, VANILLA, CHOCHOLATE, BANANA, SWEET CORN,
choose your fav flavors :)

Rasa terliur?  Ok, boleh masuk dalam agenda jalan-jalan cari makan korang, tataaaaa...

next entry, ke mana lagi kitaaaa?


love
LindaNazmi




Lemang To'Ki, Bentong

Assalamualaikum...

Bila dah lama tak update kat blog ni, tiba-tiba rasa macam ada je benda yang perlu di update dan dikongsi bersama.

As usual, something yg adhoc biasanya lebih menjadi dari benda yang kita plan awal2, betul tak? :)
So what's the plan harini?  oh well, kalini abg joe and kak gja punya idea untuk pergi cari breakfast jauh sikit...jauh sikit? sampai ke Bentong, ohhh ok...ni baru sikit je jauhnya, kalau jauh----jauh tu, mesti lagi jauh, kan? :P

Bila my MAN told me, 'joe ajak breakfast jauh sikit'...and i thought, jauh? where?  Melaka?
Nope, Bentong, hubby said.   To me, on sajaaa...katanya tempat ni menarik...so berbaloi la meredah dari Shah Alam ke Bentong for breakfast, or should we say brunch..ye lah, kami gerak dari Shah Alam pun dah almost tengahhari...

Akhirnya, at 12pm kami sampai kat Lemang To'ki...and yes! i like..and i'm sure the menu pun ala-ala kampung, serasi dengan konsep kedai ni.  

Apa yang best kat Lemang To'ki?
of course daya tarikan utama is the LEMANG dan rendang ayam/daging...
memang terliur!

kalau rasa tak puas makan yg set, boleh order lemang sebatang, macam kiteorg.  Mula-mula pekena lemang set, which is portion tu agak sikit, so kami decided order sebatang, cicah ngan rendang daging dan rendang ayam.  Personally, both rendangs pun sedap.  Cuma depends pada tekak masing-masing.  Kalau suka ayam so, boleh la try rendang ayam, and to those yang suka daging, silalah cuba rendang daging.  Memang sedappppp!

Selain dari menu istimewa lemang to'ki tu, banyak lagi menu lain.  Nasi campur, ayam bakar, kuih-muih, etc.
Makan lemang aje mana cukup, so alang-alang dah datang dari jauh sikit ni, hahaha..alasan nk makan banyak kan Linda? of course, i eat a lot, so what? muahhaahhaha

as for menu lain, i had ikan patin masak tempoyak ( pahang famous dishes) -- phewww...nasib baik memang sedap, ikan patin tu pun bukan patin kolam.  yummy.  burpppp alhamdulillah.

Overall, aku rasa memang berbaloi la pergi makan kat sini..walaupun jauh 'sikit', :P

boleh cuba jugak ayam bakar, nampak mcm kosong kurang rasa, tapi sebenarnya, bila dh makan, wowowowo...lazat!

Bila semua di antara kami dah kenyang dan hampir tersandar....ke mana pula kita lepas ni? 
ehemmmm...ada tempat bagus, masih lagi di sekitar Bentong...

tungguuuuuu....

sorry, takde gambar makanan, sebab semuanya dah selamat berada dalam perut.
muke ada sinyum setelah ayam bakar, lemang, ikan patin semuanya selamat dimakan.

love
LindaNazmi

Wednesday, 8 October 2014

Cameron Highlands on school holiday

Assalamualaikum :)

Dah lama cuti sekolah habis, yes..i don't have to wait for cuti sekolah untuk pergi jalan2 and macam biasa this is all
unplanned , sebab a day before gi Cameron Highlands tu i was down with fever.

Ini semua planned by my MAN, katanya nak bawak si isteri yang demam bertukar angin instead duduk kat rumah, nanti lagi teruk demam, kata dia...:)

Yg bestnya, furqan pun join sekali :) pakcik kenit ni kalau bab berjalan memang num 1!

Apa yang menarik kat cameron highlands? As usual, nothing much to shop, tapi boleh buat aktiviti lain kat situ. Self-pluck strawberry, pusing2 pasar malam kat tanah rata (shopping sayur segar, jagung cameron, strawberry dip choc), enjoying the cool breeze and scenery, visit tea plantation, minum teh strawberry kat Bharat Tea Plantation [ini wajib pergi kalau ke Cameron Highlands] --- hot strawberry tea memang meletops dan kaw! Ok, rasa mcm nak gi Cameron Highlands sekarang! Uhuk
Senang cerita kalau ke CH ni, semuanya berkaitan strawberry dan sayur segar.
Choc strawberry, strawberry tea, strawberry ice-cream, semuaaaa strawberry, and jangan lupa cuba sambal strawberry! Hah jangan tak percaya...
Sambal strawberry ni memang rare, 1st time pekena sambal strawberry ni kat Abg Strawberry Cafe kat Kampung Melayu Taman Sedia, kalau rasa tak dpt cari boleh call direct to the owner 016-5306512 Mr Amnan Fakri.

Kat cafe ni jugak ada menu lain selain sambal strawberry, so jgn lupa singgah cafe ni ok?

Penuh jugak aktiviti kami 3 hari kat sana :)
Kalau nak pergi waktu cuti sekolah, advisable booking hotel/guest house awal, kalau tak...hotel takde, or kalau ada pun harga akan melambung.

Ini jagung cameron, manis walaupun belum masak, jgn tertipu dgn jagung2 lain yg ada dijual kat tepi2 jalan yg claim itu jagung cameron, cuba try rasa sebutir, harga jagung cameron yg dah siap rebus rm3 sebatang.
Kami terkena sebab mula2 beli sebatang, seriously tak manis langsung, then nasib baik beli kat kedai Kedua, amboii manehhhh sungguh! Baru betul2 jagung cameron ni :)

Ini Cafe Abg Strawberry.
Ada sambal strawberry yg sedap!
Ada nasi kukus, ada mee rebus, ada menu lain jugak.
Jangan lupa singgah :)

Ini siapa? Model cilik strawberry! 
Jangan lupa visit Cameron Lavender.
Bole tengok banyak bunga cantik2, bole self-pluck bunga, strawberry.
They do have small cafe as well, so kalau dah letih pusing2, bolehlah lepak minum tea :), ada small kiosk yg jual souvenirs, so far semua under one roof.  Tiket masuk rm5 per person.

posted from Bloggeroid

Friday, 22 August 2014

Kepulangan MH17...

Kepulangan yg dinanti, kehilangan yang pasti, kini kembali utk bersemadi di tanahair.

Tiada kata yg mampu terucap, terlalu sedih, hiba..tak tertahan airmata..:'(

Semoga ahli keluarga yg terlibat terus tabah...Sesungguhnya yang hidup pasti akan mati, tidak kire di mana, di darat, di laut, atau di udara. Allah adalah sebaik2 perancang.

Innalillah.
Al-fatihah.

#MalaysiaBerkabung #MH17 #MH17inmemories

posted from Bloggeroid

Kisah Linda dan Pati Ikan Haruan Polleney


Bismillah...

Masih lagi dalam mode berpantang...so, sayang awal2 dh belikan Pati Ikan Haruan Polleney with Amerika Ginseng...katanya elok untuk sembuhkan luka, dan kebiasaanya sesiapa yang baru lepas operation akan minum pati ikan haruan ni...erghhhhh...

Dari segala info yang aku dapat, pati ikan haruan ni tak sedap (confirmlah tak sedap, kalau sedap bukan ubat lah nama, ia mungkin dikategorikan sebagai ice-cream, chocolate atau durian, eh? ok aku merepek.)
Mostly kata hanyir...well, nama pun ikan..betul tak? tapi yg ni tahap hanyir bila telan pasti nk muntah..wekkk..wekkkk...ermmmm, ayah pun pernah minum pati ikan haruan ni masa baru lepas operation, aku tengok masa tu, ayah minum sampai pejam2 mata...dan aku imagine mesti rasa pati ikan haruan ni pahiiittttt banget!

Bila aku tanya kak dee...dia kata..'hanyir dik'..hanyir sangat..euwwww....
Makin sengal otak aku fikirkan rasa pati ikan haruan ni camne..tapi kalau tak rasa, macam mana nk tahu...
jadi berbekalkan segala kecekalan dalam diri, chewahhh ayat asyik nk poyo je kan? :P tapi serious, masa tu aku dah sediakan air kat tepi, aku minum gune straw...

Then cabaran fear factor aku bermulaaaa....
opppsss jangan lupa baca bismillah dan selawat....


Zasssss, aku seduttttttt...srotttt, srotttt habis licin....

alamak! 

aku pengsan tak ngan rasa dan bau tu?

ALHAMDULILLAH...aku minum pati ikan haruan tu sampai menjilat bibir...weiiii, not so bad laaa, aku rasa tasty jugak pati ikan haruan ni!  tapi gile la, suami aku yang kat tepi tgk aku pun semacam aje!  aku cakap kat dia 'eh, sedaplah...sape kata tak sedap'...ni kalau suruh minum lagi sebotol pun boleh niii'.....*wahhhh, berlagak sgt kan?*  

Ye aku tahu, mesti ramai yg pelik kenapa aku kata benda tu sedap..ntah, kalau korang tanye aku pun aku tak tahu nk jawab, cuma aku boleh kata yang rasa pati ikan haruan ni, mmg boleh tahan, tasty jugak mcm ade rasa masin2 gitu, hahahahahah!  Well, another thing aku rasa pati ikan haruan ni taklah seteruk mana seperti yang digembar-gemburkan sebab aku pernah rasa air herba yang lagi TERUK rasa dia kalau nk compared to pati ikan haruan, yang tu pun aku boleh telan tau....3kali sehari..boleh imagine??

Mission aku skrng nk habiskan Polleney ni dulu, after this aku nk try pati ikan haruan brand HARWANY...so dpt lah aku buat comparison, and bersedia nk minum yg mana masa berpantang bersalin nnt, hehehehe..



love all
Linda Nazmi

Thursday, 21 August 2014

Selesai

Alhamdulillah...

Allah permudahkan urusan, lepas satu hal selesaikan, Dia buka jalan untuk satu lagi urusan...;)

Aamiin...


Love
Linda

posted from Bloggeroid

Wednesday, 20 August 2014

Alhamdulillah..all went well

Semuanya berjalan lancar, and i'm in the middle of recovery process, well mama is here to take care of me for temporary..
Biasalah org tua, banyak pantang larang ;) jadi...berpantanglah kiteeeee.

Terima kasih pada kawan2 yg concern, whatsapp, sms, pm, or even call. I know all of my friends akan doakan yg terbaik buat I, cukuplah andai kalian tahu, waktu ni segalanya ok2, thank u so much.

Need a rest, will update later.

Love
Linda
@ UMRA hospital.

Wednesday, 6 August 2014

Nenek..u'll be missed..

Syawal ke 8

Kehilangan satu-satunya nenek yg tinggal sebelah suami. Nenek mela..:(

Nenek, semoga dikau tenang di sana, meninggalkan segalanya yg ada di dunia. Semoga rohmu dicucuri rahmat, dan di tempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Pergi mu sungguh mudah, langsung takde menyusahkan anak, menantu, cucu-cucu mu...Syawal ini syawal terakhir kita bersama Nenek. Kami redha, doa kami akan sentiasa bersamamu.

Al-fatihah.


Love
Linda
Sent from my iPhone

Friday, 18 July 2014

MH17 in memory





It is so heart-breaking news.  One after another.. Sesungguhnya perancangan Allah tiada sapa dapat menduga.  May all the souls rest in peace, al-fatihah.


Deepest condolences to all family members.  



Saturday, 19 April 2014

Thankful for all the blessing

Assalamualaikum,

Blog ni dh lama tak di update, i was so busy..of course busy with my life...semuanya yang nk dibuat terbatas, tapi alhamdulillah masih berkesempatan kali ni nk update blog.  

There's a lot of story to write, cuma bila nanti..nanti...dan nanti...at the end, semuanya aku tak update langsung....

i did received few emails from kawan2 luar yang ask me to add them to TTC Group Malaysia, some of them masih lagi pending, and some of them aku dh add...i'm so sorry kalau ade yang terlepas pandang...in shaa Allah after this all will be ok....

Life been not so good for the past few months, apapun...i keep telling myself, whatever happen, whatever come to our life, I need to be strong, have faith...Allah sentiasa menguji kita, tanda Allah sayangkan kita..betul tak? :)

With all loves one around me, alhamdulillah...instead busy memikirkan masalah diri sendiri dan sekeliling, i know that, out there masih ada yang really care for me.  Alhamdulillah....:)  you know who you are...i love u so much, family and friends.  

Since today is weekend, so biasanya waktu terluang aku akan spend dengan kak dee and furqan...now nk bersiap2 and off we go....where? ala ronda2 shah alam pun ok....:)

will write again, tataaaaa



love
lindanazmi

Thursday, 30 January 2014

CELARU

Assalamualaikum,

Diam tak diam dah sebulan rupanya aku tak upload blog ni, bukan tak ingat...cuma for the last few months banyak benda yang lebih penting untuk diselesaikan.  Selain busy dengan bisnes kecil-kecilan serum/ampoule, urusan keluarga diutamakan.  Tu yang tak sempat nak update blog ni lalu bersaranglah.

As usual, kalau bulan2 lepas aku update graph BBT, tapi kali ni...bulan lepas...BBT chart aku memang 'ke laut'....period tak dtg since December, now dah Januari, hampir ke hujung.  Kadang2 bleeding skit, then stop...and then mcm period tapi bukan heavy flow macam biasa.  Therefore, aku decided utk tak amik BBT chart, risau period tak datang this month.  UPT? Keputusan masih BFN, takpe belum rezeki.

Mungkin last few months agak celaru atau banyak sangat benda nak fikir.  Maybe boleh diterima pakai kenapa aku tak period lagi? Ok, mungkin.  Malas nak fikir because akan tambah runsing dan celaru kat kepala.  Let wait and see, bila ia datang dengan flow yang membuak2. :P

Seingat aku, dah lamaaaaa sgt period aku tak gap berbulan mcm ni.  So far every month memang datang cuma long cycle, maknanya kalau org lain average CD 28-31, tapi aku sampai CD40.  Ermmm...

Instead of pening fikirkan something yang buat aku lagi pening pasal bila nak period, bila nak period...i should alihkan my mind to positive thing.  Alhamdulillah Januari adalah anniversary aku and husband yang ke 8 tahun, dan Januari jugak umur aku bertambah, 31 tahun...Untuk apa yang ada setakat ini, aku bersyukur, sangat bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan utk kami sekeluarga.  Aku masih percaya, rezeki Allah adalah yang terbaik, sabar in shaa Allah ganjarannya besar.  Aku harap kawan2 lain yang ber-TTC macam aku, jangan pernah putus harapan.  Ok?


Love all
LNDANZMI

Monday, 16 December 2013

movie review --- Captain Philips



pic:  google
assalamualaikum...

now i'm back for a movie review..eh macam pakar dlm hal movie pulak kekdahnya..:P

last weekend, akhirnya me and hubby sempat jugak tengok this film and nasib baik masih ada kat panggung..kalau tengok kat cinema feel tu lebih sikit.

This story -- Captain Philips is based on true event, based on true story pasal one of US vessel which is Maersk Alabama yang di hijacked oleh somali pirates.

I've been sailing for almost 4 years --- ikut DH...so once aku dengar citer ni masuk wayang, memang i was so excited..this story pun dh pernah masuk national geography as well.
Filem ni memang betul2 rasa dekat dengan jiwa, rasa dekat dengan hati....sebab kalau sebelum ni ramai people out there yang sebenarnya tak tahu pun apa sebenarnya dan apa dugaannya bila belayar round the globe.  Selalu kita dengar kisah yang best2 atau kisah2 buruk je pasal orang kapal...kisah gaji besar, kisah orang kapal ramai perempuan, kisah orang kapal dengan perangai yang tak elok, kisah itu kisah ini.  But the truth is, setiap apa yang dibayar, sebesar mana yang digaji, sebesar itulah tanggungjawab yang perlu dipikul.  Dan yang pastinya, ia bukan kerja yang mudah.  Ini adalah salah satu cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh.  

Bukan tak pernah sebelum ni DH email to me gambar yang kapal dia surrounded by berbelas-belas bot2 kecil yang kononnya macam bot ikan tapi..it is not...masa tu hati memang tak tenteram..doa dari jauh aje yang mampu kami sekeluarga kirimkan, agar suami dan anak-anak kapal yang lain sentiasa dilindungi. 

Walau dalam keadaan stress mana pun,   DH and anak-anak kapal akan cuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan semuanya dengan baik.  Just imagine, they are all alone bila kat laut.  Kebakaran, cubaan ditawan lanun semuanya they have to face it alone, sementara tunggu bantuan tiba. 

In this movie, Tom Hanks acted as Captain Philips, memang great acting! 
the way he handle the stress situation, the way he manage their officers and crews onboard, seems like he is the real captain.  It reminds me of DH..mcm tu lah dia..receive news, checking his email, manage his officers and crews...
since the beginning of the movie aku dah sebak...why? 
captain philips send email to his wife:

'honey...just a normal routine..blablablabla...'(padahal masa ni, dia baru je berjaya patahkan lanun 1st attempt utk hijack the vessel, but then dia taknak buat family dia risau) ahahaha..and i know, DH pun buat benda yang sama bila dia belayar, mesti tulis, everything seems fine, weather ok...all ok..in fact, it is not...:(

the terms that they used in the movie, the location, ---- seriously i'm familiar with it.  so memang rasa sangat2 dekat.  I know some people may seems boring with this film, maybe lebih suke tengok cerita2 hantu bodoh dan membazirkan duit rm13 utk cerita2 takde input tu...but come on, this is such a great story, lagilah benda yang betul2 berlaku.  Budak kat sebelah aku siap boleh tido? erghhhh...
and bila lanun2 tu kene tembak masa hujung2 cerita, and some people still can laugh?? Helloooo, this is not a funny movie wei!  Masa tu Captain Philips was crying bila dia bukak mata, semua pirates tu dh kene tembak dengan SEAL team sebab nak selamatkan dia.  Kenapa Captain Philips menangis? Because of him, 3 pirates mati which they are not supposed to, tapi the SEAL team have no choice.  

The thrill action in this movie pun bagus.  Overall, cerita ni memaparkan apa yang benar2 terjadi...something good to share with.
Location yang digunakan masih belum cukup memaparkan keseluruhan apa yang ada di kapal, diyeorg cuma guna Bridge, engine room, and provision store dlm movie ni, kalau nk tengok keseluruhan "life at sea" kiteorg ada cd, hahahaha..tapi this is very exclusive preview...kalau nk tgk boleh la email to me, kihkihkih..:P  

 quote:


Tom Hanks on seafarers: 

"I was actually quite dazzled..you see these ships all over the world and you don't think much of them, you don't realize how many people are on board or how difficult they are to run. It doesn't look like a glamorous job, and it's not, but it's an important one, and there are stresses that you can't even begin to believe or fathom. I think the standard myth about it is it's a rag-tag group of men and some women who get together and paint the same bulkhead over and over again. But in fact they have a lot of pressure on them...it's a very dangerous job, as well as an important one and you have to actually be accomplished in order to get it done. I was very impressed with how hard it is, how much is involved in doing so much as loading a bunch of containers on a 585 foot ship and getting them halfway around the world."

unquote

Cerita ni memang best, rasa mcm nk repeat, repeat lagiiii.....pada yang belum tengok cerita ni, pls go and watch...tinggalkan la dulu cerita2 yang mengarut tak berfaedah atau cerita yang setakat untuk jerit2 peluk2 kuat ngan bf/gf kat dlm wayang tu..buat bazir duit jek...lagi bagus tgk cerita yang berinformasi, berbaloi rm13 ko dik....:)

Overall i gv 4* out of 5*

p/s:  Ya Allah, Kau permudahkanlah dan selamatkanlah semua pelayar2 kita.  Lindungi mereka ya Allah.  Aamiin.



best regards,
the sailor wife

Friday, 13 December 2013

from kitchen with love ---- homemade Barley Drink

assalamualaikum, :)

I bought Organic Pearl Barley brand Radiant from Jaya grocer last Tuesday, and planning to make my own barley drink, lebih bagus amalkan minum barley drink daripada minum all those sweet drinks, keep healthy people, ahaha!

Well, we can save a lot by prepare this drink at home, so tak perlulah nk beli air manis2 lain tu..but sometimes hubby still insisted to buy juices especially guava juice, hah yang tu memang his fav, so once in  awhile i think ok laaa...:P

Barley ni aku dah start soak petang semalam before keluar lunch dengan Jay, so it tooks almost 4 to 5 hours jugak aku rendam barley ni.  According to Kak dee, kalau rendam dulu before rebus, barley ni akan rebus sekejap je, and boleh hilangkan kulit luar barley tu.  

So sampai je rumah, aku tengok barley tu dah sedia untuk direbus, while tunggu barley tu siap direbus, aku layan tengok tv.  :)
Dah siap, aku biarkan barley tu sejuk and after that simpan dlm plastic container and letak dlm fridge.

Kalau biasanya orang lain buat air barley without blend the barley, but this time aku buat air barley dengan barley tu di blend...idea ni aku dapat masa minum air barley kat food court kat Miri, here comes the idea.  Setakat ni tak pernah lagi aku minum air barley area Shah Alam atau KL yang biji barley tu di blend, well aku rasa lagi mudah kalau diblend, sebab tak payah nk kunyah2, hahaha! dasar pemalas tau...makan nk, kunyah taknak? hai laaaa linda....

Aku suka minum air barley ni, tapi kadang-kadang kalau minum kat kedai mamak, or kedai2 makan, susah nk dpt barley yang best.  Even pernah terkena, order barley kat Pelita Nasi Kandar, tapi hampa bila air barley tu masam! euwww..ni mesti kes barley dah lama dlm periuk..erghhhh....

ok, barley yang dah siap rebus semalam aku masukkan dlm blender, letak air (pls do not pun tab water -- and pls use RO water or apa2 air putih yang dah dimasak)...lepas dh blend barley tu, masukkan dalam jar, campurkan air, dan letak gula ( jgn letak bnyk sangat gula, dah tak healthy la nnti :P) setakat ada rasa manis ringan2 ok la tu...:)

Siap 2 jar homemade barley drinks :) yeay, i put them in the fridge, so nikmatnya bila minum sejuk2 :)

homemade barley drinks

if u guys still tak pasti apa kebaikan barley, let's read below info :

Barley Water Health Benefits


Barley is a cereal plant that grows annually and belongs to the Gramineae (grass) family. It is one of the popular ingredients used in many breakfast foods these days. You can prepare barley water by boiling pearl barley, straining it, and then pouring the hot water over the rind. This is a popular traditional British soft drink. Some of the nutritional information and facts about barley water are as follows:

  • Barley water is a good source of dietary fiber and adding it to your daily diet will help you get the recommended daily dosage of fiber.
  • It is a rich source of phosphorous that is required for cell production and repair in the body.
  • It contains a good amount of copper and is therefore beneficial to people suffering from arthritis and other inflammatory diseases.
  • Ancient civilizations believed that barley water was a good remedy for improving complexion and reducing the signs of aging.
  • It is a rich source of vitamins B1, B2, B3, B5, B6, B9, and vitamin E.
  • It is also a good source of minerals like selenium, calcium, magnesium, iron, potassium, and zinc.
There are a number of nutritional benefits of barley water that help treat and prevent a variety of diseases and disorders.

Some of the main health benefits of barley water are as under:

  • Barley water helps lower cholesterol levels in the body because of its high fiber content. By maintaining low cholesterol levels, it in turn helps maintain better cardiovascular health and prevents a number of cardiovascular disorders.
  • Its rich fiber content also makes it beneficial for maintaining good bowel function. High fiber intake keeps the bowels healthy and regulates metabolism. Barley water helps restore fluid and electrolyte balance in the body, which is very helpful to those suffering from diarrhea. It is also helpful in treating constipation as high fiber helps in softening stools and allows easy excretion.
  • It is beneficial in treating coughs, cold, and other inflammations of the throat.
  • It helps prevent gastric inflammations by expelling harmful toxins from the body.
  • Regular intake of barley water lowers the risk of hemorrhoids and colon cancer. It also helps fight various bacterial infections in the intestinal tract.
  • Barley water reduces the risk of developing type-2 diabetes. It is a good source of magnesium that reacts with various enzymes involving glucose levels in the body.
  • It also lowers the risk of atherosclerosis and other cardiac diseases.

Barley Water For Women


Barley water is a healthy and nutritious drink for women especially during pregnancy and breastfeeding. Barley water not only helps increase lactation, it also soothes the after pains of breastfeeding and regulates digestion for both the mother as well as the baby. Barley water contains beta glucans that help in stimulating milk production in breastfeeding mothers. It also has a low glycemic index that helps in weight loss after pregnancy. Some of the main health benefits of barley water during pregnancy include:
  • It helps alleviate morning sickness and nausea
  • It improves digestion and prevents problems like constipation and hemorrhoids
  • It provides the daily requirements of essential nutrients to both the mother and the baby
  • It helps fight infections and diseases during pregnancy
  • It helps prevent yeast and urinary tract infections during pregnancy
  • It prevents gestational diabetes by controlling blood sugar levels
  • It helps prevent nasal congestion that is very common during pregnancy
  • It improves blood circulation and prevents problems like high blood pressure, varicose veins, and edema during pregnancy
  • It prevents the formation of gallstones during pregnancy
Other nutritional benefits of barley water are:

Regular consumption of barley water has a number of other health benefits as well including:
  • Weight loss: The high fiber content in barley water helps you feel full longer, which in turn helps in weight loss. Furthermore, it boosts digestion and metabolism, both of which play a vital role in helping you lose weight.
  • Urinary tract infection: Barley water has powerful diuretic properties that help in treating and preventing UTI. It helps increase urination and soothes urinary irritation, thereby treating urinary tract infections.
  • Kidney stones: Barley water is an excellent remedy for kidney stones and various other bladder problems. It helps nourish the kidneys, effectively eliminates stones, and prevents their recurrence.  
Side Effects:

Barley water being a natural drink, rarely has any major side effects on health. Experts consider it a safe natural drink for both adults as well as children. Only in some case there may be a few negative effects on health as follows:
  • Overconsumption may cause stomach irritation and loose bowels in some sensitive individuals.
  • People who are gluten intolerant should avoid drinking barley water as it contains gluten.



Saturday, 7 December 2013

from kitchen with love ---- Resepi Lala

assalamualaikum :)

bila tiba-tiba rajin nak memasak..well, i do love cooking, especially kalau ramai orang ada kat rumah, so seronoknya memasak dan ramai orang makan, dan makan beramai2..aha!  tapi one thing yang aku tak suka bila tinggal sorang2 kat rumah, memang masa tu takde mood nk masak, kalau masak pun cuma yang sangat super simple, contohnya maggi, :P (jangan tiru, sebab ini tak berkhasiat) tapi kalau nk tiru jugak, boleh tiru menu yang berkhasiat dan simple, --- brown rice, grilled chicken (marinate sendiri dengan blackpepper, a pinch of salt, mixed herbs...memang marvellous), and jgn lupa veggie ye, boleh buat steam veggie..memang mudah and simple, plus HEALTHY :)

Gambar IG dari one of my friend sangat menggiurkan, kikiki..sedap pulak tengok Nadwa post gambar lala..ku sangkakan dia makan kat kedai, sebab tengok gambar lala tu memang telan air liur, :P so aku komen kat gmbar IG diye, and ask her...'wah lazatnya, kat kedai mana ni?'---konon2 nak ajak my Nazmi gi makan la nnti...hheheh
sangkaan ku meleset, rupanya Nadwa masak sendiri la lalalalala, eh banyak plak lalalla, well, Nadwa masak sendiri Lala tu, nyummeh nye...:) cepat2 aku mintak resepi, and cepat2 jugak Nadwa reply bagi aku resepi...
Sebenarnya, dan sejujurnya aku tak pernah masak lala...so, why not i give it a try? Memandangkan aku ni ada bakat masakan mak, chewahh nk puji diri sendiri la ni? kihkihkih :P

Nadwa kata ni masak campak2 aje..biasanya menu campak2 la sedap..mari kita lihat, apa barang2 yang diperlukan...ehehhehe...

bahan-bahan

Lala lebih kurang 1kg
Cili merah hidup 1 - 2 batang (tumbuk, nak lumat atau tak pun boleh)
bawang merah, halia, bawang putih 2 ulas ( tiga2 bahan ni hiris mayang) 
serai 1 btg (titik)

PENTING
sebelum masak lala tu, tolong rendam dengan air terlebih dahulu supaya kotoran2 dan selut2 tu jatuh dalam air.  Ulang sekurang2nya 3 kali.

Selepas semua bahan-bahan dah disediakan, tumis macam biasa, tumis bawang, halia, dan serai sampai naik bau, kemudian masukkan cili merah hidup yang dah ditumbuk.  
Kemudian masukkan air, sukatan agak2.  Kalau suke ada berkuah, bolehlah lebihkan sukatan air.
Kemudia masukkan lala, garam dan gula secukup rasa.  Biarkan mendidih dan tutup api.

setelah siap dimasak, hidangkan lala dan hiaskan dengan daun sup dan daun bawang, wallaaa :)

simple je kan resepi yang Nadwa bagi ni...

************************************************************

semua bahan aku dah beli, semangat betul nk masak lala lah katakan...:)
tapi satu benda aku terlupa nk beli, kat rumah pun dah habis...apa dia? ooooopppss HALIA!
Fikir punya fikir, takpe..manfaatkan aje apa yang ada..therefore, aku lebihkan bawang putih, serai pun aku lebihkan.  and aku tambahkan air limau nipis, so kuah tu akan ada rasa masam2 sikit tapi taklah keterlaluan.  :)

jeng...jeng...jeng...



inilah hasilnya...

*
*
*
*
*
*
*

taraaaa, siap sudah lala ku! Lala masak simple nama diberi...kihkihkih :P santapan makan tengahhari hari ini bersama si dia...phewittt :D

Jom menjamu selera...

Bismillahirrahmannirrahim.....:)



love.
LNDNZMI

Wednesday, 4 December 2013

BBT chart Oct 22, 2013





Assalamualaikum...

* Sila click untuk gambar chart yang lebih jelas :)


Cycle untuk bulan 10, 40days, jadi according to the chart, tanpa edit sebarang info...line merah silang paksi X dan paksi Y shown aku O pada cd28, ermmmm...logik kah? lambat tu..tapi cycle aku 40days, mungkin ada logiknya.  Luteal phase 11days.

Yang menjadi persoalannya, kenapa aku O lambat iaitu pada cd28, kalau ikutkan last month pun aku O pada cd29.  Macam biasalah aku beruntung sebab kawan2 ttc yang rapat dengan aku rajin dan suka buat research, we change info and share info...

jadi, kesimpulannya...apa yang kami dapat, actually banyak yang kami dapat..tapi ni antara kesimpulannya kenapa aku O lambat.

Quote:

the first thing to do is to start a fertility and temperature chart.  This will confirm exactly if and when you ovulate.
Delayed ovulation may possibly decrease your chance of conception for several reasons:
1.  You ovulate less often, so your chance of getting pregnant over time are less (for example, if you ovulate on CD14, then you ovulate average 13 times per year, but with a 39-day cycle you ovulate on cd25, or only about 9 times per year, which is about one-third fewer times.)
2.  Delayed ovulation may be a sign of poor egg quality.
3.  Even if fertilization occurs, with delayed ovulation the endomtrium (uterine lining) has aged since the beginning of your cycle and may no longer be ready for the implantation of the fertilized egg.


Unquote.


So what should i do in order to get better egg quality?  sekali lagi perbincangan dilakukan...perghhh bunyinya macam para gynae mencari solution untuk pesakit gitu...tapi akulah pesakitnya, akulah doktornya..bersama rakan-rakan doktor yang lain, iaitu doktor wanda dan doktor jay, kahkahkah! 

i need to focus to take multi-vitamin, vit b-complex, vit c,  vit e WITHOUT FAIL..bolehkah linda? hahahah..mesti lah boleh...so we will compare BBT chart bulan seterusnya..harap2 ada perubahan positive :)

jumpe lagi dalam entry seterusnya...:)


love,

Monday, 2 December 2013

Majlis Tahlil dan bacaan yassin utk arwah Daryan Darda

Assalamualaikum :)


Alhamdulillah selesai sudah majlis bacaan yassin dan tahlil utk arwah baby Daryan Darda anak kepada Reen Zuhdi.  
It was an adhoc plan, since Reen pun still not well..kami membantu apa yang perlu...and alhamdulillah rakan-rakan terdekat jugak turut hadir menyempurnakan majlis.  
Abg fir dengan kak dee tak dpt join majlis tahlil semalam tapi sebelum gerak ke Melaka, diyeorg sempat jugak bantu and tolong aku kemas rumah.  Angkat dining table dan sofa, siap pasangkan carpet.  Kalau nk buat sorang memang tak larat, lagipun DH takde jugak semalam, dia masih di Miri.  
Majlis started after solat Isyak berjemaah around pukul 9pm.  

Arwah Daryan Darda pergi ketika berusia 5months dalam kandungan, disebabkan heartbeat dropped, he only survived for 5mins lepas Reen di induce untuk normal deliver.  Moga jannah buatmu Daryan Darda. Aamiin.  Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.  

Buat rakan-rakan yang membantu dan hadir, terima kasih banyak2.  

Dear Reen, be strong for Khai and DD, redha dengan pemergian arwah.  Allah dah rancangkan satu perjalanan yang pasti ada hikmahnya.  Always remember, u are not alone.  



Love,

Wednesday, 27 November 2013

Saya tak faham...

Saya tak sedih bila tahu ada orang sekeliling saya preggy, lebih-lebih lagi kawan2 terdekat. Tapi saya jadi sedih bila mereka ni seolah2 takut nak bgtahu and announce yang diyeorg ni preggy, kenapa? Secara positifnya saya rasa, ohh mungkin diaorg taknk sy kecik hati, atau diyeorg nak jaga hati saya, diaorg taknk saya sedih, mungkin laa..

Berita gembira yg pada sy sepatutnya dikongsikan bersama-sama, especially orang tu adalah keluarga terdekat atau kawan-kawan sekeliling kita. Kenapa nak sembunyi2, anak halal, anak yang selama ni ditunggu2, apa salahnya kongsi rasa bahagia tu dengan saya?

Apapun alasan yang diberikan, doa saya sentiasa mengiringi kalian, yang kenal atau tak kenal, yang nak bgtahu atau terus nak rahsiakan..hak anda, saya hormati. Maafkan saya sebab berkecil hati. Jaga diri, jaga baby...semoga Allah lindungi kamu, dan kita semua.

Aamiin



Love
Linda

Sent from my iPhone

Tuesday, 26 November 2013

Anak angkat...bila? Esok, atau ......

Memandangkan usia perkahwinan aku yang dah agak lama, ada jugak sokseksoksek yang suruh kiteorg amek anak angkat, ada jugak yang bertanya, yang bagi pendapat lebih baik amek anak angkat, nanti dapat anak sendiri. 

Sebelum ni pun ada jugak orang sekeliling aku yang amik anak angkat, dan akhirnya diyeorg dikurniakan zuriat sendiri, lepas pregnant naturally, tak lama lepas tu pregnant lagi, alhamdulillah.  aku pun tumpang happy, sebab aku tahu mcm mana rasanya menunggu...:)

Persoalannya, aku nk amek anak angkat untuk mengandung atau aku betul2 amek anak angkat dengan niat utama nk membantu kanak2 yang memerlukan kasih sayang?, dan in shaa Allah dengan izin Allah suatu hari nnti aku jugak akan merasai nikmat mengandungkan anak sendiri.  

Aku pernah dengar orang kata 'aku nk amek anak angkat la..nnti mengandung.' --- hurmm? macam ni ke pemikiran segelintir daripada kita.  Ingat apa, amek anak angkat harini, esok terus mengandung?  Pada pendapat aku, mengambil anak angkat adalah salah satu ikhtiar kita dalam usaha memperolehi zuriat, Allah tahu niat sebenar kita, Allah tahu keikhlasan kita walaupun tak perlu kita ungkapkan.  Tapi kalau semata-mata cari and amek anak angkat, dan rasa anak angkat boleh buat dia mengandung, apa akan jadi kalau bila kita dh jaga anak angkat tu, kita masih tak preggy?  Tanggapan "amek anak angkat nnti mengandung"...aku rasa kurang tepat..

Aku dan DH pernah bincangkan soal anak angkat, bila aku tanya DH, either dia dh sedia untuk amek anak angkat or not, dia kata, NOT YET, same goes to me.  So decision sepakat dari kami..mungkin bukan sekarang atau masa terdekat, tapi itu mungkin.  Segala kemungkinan masa akan datang sape tahu ye tak?  Banyak hal yang kami fikirkan, sebab anak angkat bukan lagi anak angkat bila kita bersedia mengambilnya.  Kita kene jaga dia, didik dia seperti anak kita sendiri.  Kami taknk ada rasa berbelah bahagi jika ditakdirkan aku preggy anak sendiri.  Setakat ini, kiteorg masih bersepakat untuk berusaha dulu.  Banyak perkara yang perlukan deep consideration.  In shaa Allah kalau satu hari nanti kami dah bersedia amek anak angkat, kami takkan lepaskan peluang yang ada.    Benda ni benda serius, bukan boleh dibuat main-main..kena bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan.  Selain dari tu, keputusan bersama perlu dicapai, kalau kita sorang je yang beria2 tapi suami masih tak sedia pun tak boleh jugak, atau kalau suami dah beria2 tapi kita tak yakin dengan keupayaan diri pun tak boleh jugak.  

Amik anak angkat tak sama mcm beli barang, kalau rasa tak suke boleh buang atau pulangkan semula.  Jadi sebelum buat apa2 keputusan, fikirlah sedalam-dalamnya.  

Prosedur untuk mengambil anak angkat:



love

Monday, 25 November 2013

TRYING TO CONCEIVE GROUP MALAYSIA (TTCGM)

Assalamualaikum sisters, adik kakak, abg pakcik makcik, atuk nenek..:)




Since TTCGM ditubuhkan few years back, dengan ahli yang less than 100, now kita dah ada 1000 + (active and non-active). Yang non-active tu termasuklah silent reader, sometime dia baca tapi tak komen, kadang-kadang komen sekali lepas tu senyap je, and ada yg dalam group tu, baca, tapi tak komen and tak join any activity. Mungkin untuk silent reader ni, ada jugak dari silent reader lama2 jd kepochi reader, EH? Bukan2, jadi active reader, rajin up post, rajin kometa nak members yg mcm ni, so bnyk info yg bermanfaat.
n, rajin bagi info, rajin join activity, kiranya rajin segala, bagussss anak sapa ni? Ahahahaha...honestly, ki
Bila dpt email dari anonymous and request suruh add into this group, aku pun jarang nak tanye history ttc orang tersebut, biasanya aku terus add. Tapi lepas ni, pada sape2 yang nak join, pls introduce a lil bit about yourself and ttc journey.

Kami accept and add most of new members request, and antara matlamat support group ni adalah untuk bagi POSITIVE VIBES and sama2 membantu antara satu sama lain. Aku jadi stress bila ada member baru yang tak ikut guidelines dalam group tu. Lupa baca guidelines kot? So to those member baru yang nak join dan lepas dah di add dlm group tu, please, please, please...hah! Tengok dah 3 kali please....baca guidelines, tak paham sekali, baca 2 kali...tak salahkan?

Jom, email me thesailorwifediaries@gmail.com if u're interested to join TTCGM, we welcome u in advance :)


Love


Sent from my iPhone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...