Sunday 28 July 2013

Dah nak raya?

Assalamualaikum..

Sana-sini dah meriah dengan lagu raya, jualan murah hari raya, jualan kuih raya..semuanya untuk raya...

To me, persiapan kali ni biasa-biasa aje, sebelum ni pun biasa juga :P 
Rasanya lebih excited bila tahun ni beraya kat umah mak, yeahhh! Hiphiphooray...
Ada ketupat, boleh cicah dengan ayam masak kicap...nyumsss...pelik ke?
Mana ada pelik, org jawa makan ketupat dengan ayam masak kicap...arghhh, meleleh air liuq!

Kuih raya tahun ni pun biasa2 je, belikan utk mak dan sendiri...
Rasa macam nak buat sendiri kuih tart, tapi....tetiba mcm penyakit 'mim alif lam sin' mengundang, kihkihkih...so kita order saja lahhhh :)

Sekarang dalam mission untuk mencari kuih tart yang lazat, memandangkan aku ni memang 
peminat tart tegar, jadi kalau ada yang kata tart kedai A tu sedap, aku try, kedai B sedap, aku try...
Sebelum ni aku selalu beli kat kedai jual kuih tart ni, memang sedap..cuma awal puasa tu aku try beli, nasib baik baru beli 1 bekas....sebab rasa tart tu dah tak selazat dulu...ermmm sedihh :(
Takpelah, feedback hv been sent to the business owner, alhamdulillah she replied my message, and bagitahu she will look into this matter seriously..:) 

Baju raya? Setakat harini baru ada sepasang, cukup ke? 
Takpe2, nnt nak geledah cupboard, nak recycle baju tahun lepas...rasanya baru2 lagi, sebab bukan pakai tiap2 hari, cuma harapnya muat lagilah baju2 tu..:P

Yang lain2...kita maintain guna yang sama, kalau tiap kali raya semua nak tukar, pening kepala suamiku, lepas raya pun nak guna duit jugak...nak raya guna duit, hari raya guna duit, semua duit :)
Jadi? Haruslah bijak berbelanja :)

Salam Lebaran untuk semua, Maaf Zahir dan Batin :)




Love, 
Linda

No comments:

Post a Comment

share it with me as i appreciate ur thoughts...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...