Wednesday 8 October 2014

Cameron Highlands on school holiday

Assalamualaikum :)

Dah lama cuti sekolah habis, yes..i don't have to wait for cuti sekolah untuk pergi jalan2 and macam biasa this is all
unplanned , sebab a day before gi Cameron Highlands tu i was down with fever.

Ini semua planned by my MAN, katanya nak bawak si isteri yang demam bertukar angin instead duduk kat rumah, nanti lagi teruk demam, kata dia...:)

Yg bestnya, furqan pun join sekali :) pakcik kenit ni kalau bab berjalan memang num 1!

Apa yang menarik kat cameron highlands? As usual, nothing much to shop, tapi boleh buat aktiviti lain kat situ. Self-pluck strawberry, pusing2 pasar malam kat tanah rata (shopping sayur segar, jagung cameron, strawberry dip choc), enjoying the cool breeze and scenery, visit tea plantation, minum teh strawberry kat Bharat Tea Plantation [ini wajib pergi kalau ke Cameron Highlands] --- hot strawberry tea memang meletops dan kaw! Ok, rasa mcm nak gi Cameron Highlands sekarang! Uhuk
Senang cerita kalau ke CH ni, semuanya berkaitan strawberry dan sayur segar.
Choc strawberry, strawberry tea, strawberry ice-cream, semuaaaa strawberry, and jangan lupa cuba sambal strawberry! Hah jangan tak percaya...
Sambal strawberry ni memang rare, 1st time pekena sambal strawberry ni kat Abg Strawberry Cafe kat Kampung Melayu Taman Sedia, kalau rasa tak dpt cari boleh call direct to the owner 016-5306512 Mr Amnan Fakri.

Kat cafe ni jugak ada menu lain selain sambal strawberry, so jgn lupa singgah cafe ni ok?

Penuh jugak aktiviti kami 3 hari kat sana :)
Kalau nak pergi waktu cuti sekolah, advisable booking hotel/guest house awal, kalau tak...hotel takde, or kalau ada pun harga akan melambung.

Ini jagung cameron, manis walaupun belum masak, jgn tertipu dgn jagung2 lain yg ada dijual kat tepi2 jalan yg claim itu jagung cameron, cuba try rasa sebutir, harga jagung cameron yg dah siap rebus rm3 sebatang.
Kami terkena sebab mula2 beli sebatang, seriously tak manis langsung, then nasib baik beli kat kedai Kedua, amboii manehhhh sungguh! Baru betul2 jagung cameron ni :)

Ini Cafe Abg Strawberry.
Ada sambal strawberry yg sedap!
Ada nasi kukus, ada mee rebus, ada menu lain jugak.
Jangan lupa singgah :)

Ini siapa? Model cilik strawberry! 
Jangan lupa visit Cameron Lavender.
Bole tengok banyak bunga cantik2, bole self-pluck bunga, strawberry.
They do have small cafe as well, so kalau dah letih pusing2, bolehlah lepak minum tea :), ada small kiosk yg jual souvenirs, so far semua under one roof.  Tiket masuk rm5 per person.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

share it with me as i appreciate ur thoughts...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...