Saturday, 18 October 2014

Kedai Kopi Kow Po, Bentong

Sambungan dari entry Lemang To'ki...

Biasanaya lepas dah siap makan main course, mestilah kena ada pencuci mulut atau dalam bahasa jawanya dessert, wahhh bahasa jawaaaa sangats.

Kali ni, alhamdulillah kedai yang dah dua kali myself and my MAN cuba datang tapi tutup tapi harini kedai ni bukak.  Maybe ramai yang dah tahu pasal Kedai Kopi Kow Po yang famous dengan abc special with homemade ice-cream, tapi kali ni kami baru berkesempatan.  

Kedai Kopi Kow Po ni dah lama sangat beroperasi, lokasinya di tengah2 bandar Bentong.  Kalau nak lagi senang, guna apps Waze search for Hong Leong Bank, and this shop just next to HLB.  Sederet tu ada lagi few bengkel.  In Shaa Allah tak sesat.  Kami yang tak pernah2 masuk bandar Bentong pun still dapat cari, cuma 2 kali datang, 2 kali tutup.  Masa tu bukan rezeki kami nk dapat rasa ABC special ni.

Hari ni memang puashati, my MAN makan abc + aiskrim vanilla, and i had cendol + coconut ice-cream.
Cendol yang diletakkan kat cendol and abc memang banyak dan puashati.  
Homemade ice-cream nya pun very light, not too sweet macam kebanyakkan ice-cream, maybe because yang ni homemade ice-cream, so they adjust rasa manis tu agar tak terlalu manis.  Tekstur ice-cream ni sangat lembut, ermm i don't know how to say it, cuma maknanya bila kita makan tu rasa soft aje...hihihi...

They have few other flavours, which we don't try it all.  

Ok now time to layan all the pics.

A must visit place in Bentong, rugi if korang dah pergi tapi tak singgah. :)


ABC SPECIAL WITH VANILLA ICE-CREAM

CENDOL SPECIAL WITH COCONUT ICE-CREAM

KOW PO ICE CREAM SIGNATURE

COCONUT, VANILLA, CHOCHOLATE, BANANA, SWEET CORN,
choose your fav flavors :)

Rasa terliur?  Ok, boleh masuk dalam agenda jalan-jalan cari makan korang, tataaaaa...

next entry, ke mana lagi kitaaaa?


love
LindaNazmi




Lemang To'Ki, Bentong

Assalamualaikum...

Bila dah lama tak update kat blog ni, tiba-tiba rasa macam ada je benda yang perlu di update dan dikongsi bersama.

As usual, something yg adhoc biasanya lebih menjadi dari benda yang kita plan awal2, betul tak? :)
So what's the plan harini?  oh well, kalini abg joe and kak gja punya idea untuk pergi cari breakfast jauh sikit...jauh sikit? sampai ke Bentong, ohhh ok...ni baru sikit je jauhnya, kalau jauh----jauh tu, mesti lagi jauh, kan? :P

Bila my MAN told me, 'joe ajak breakfast jauh sikit'...and i thought, jauh? where?  Melaka?
Nope, Bentong, hubby said.   To me, on sajaaa...katanya tempat ni menarik...so berbaloi la meredah dari Shah Alam ke Bentong for breakfast, or should we say brunch..ye lah, kami gerak dari Shah Alam pun dah almost tengahhari...

Akhirnya, at 12pm kami sampai kat Lemang To'ki...and yes! i like..and i'm sure the menu pun ala-ala kampung, serasi dengan konsep kedai ni.  

Apa yang best kat Lemang To'ki?
of course daya tarikan utama is the LEMANG dan rendang ayam/daging...
memang terliur!

kalau rasa tak puas makan yg set, boleh order lemang sebatang, macam kiteorg.  Mula-mula pekena lemang set, which is portion tu agak sikit, so kami decided order sebatang, cicah ngan rendang daging dan rendang ayam.  Personally, both rendangs pun sedap.  Cuma depends pada tekak masing-masing.  Kalau suka ayam so, boleh la try rendang ayam, and to those yang suka daging, silalah cuba rendang daging.  Memang sedappppp!

Selain dari menu istimewa lemang to'ki tu, banyak lagi menu lain.  Nasi campur, ayam bakar, kuih-muih, etc.
Makan lemang aje mana cukup, so alang-alang dah datang dari jauh sikit ni, hahaha..alasan nk makan banyak kan Linda? of course, i eat a lot, so what? muahhaahhaha

as for menu lain, i had ikan patin masak tempoyak ( pahang famous dishes) -- phewww...nasib baik memang sedap, ikan patin tu pun bukan patin kolam.  yummy.  burpppp alhamdulillah.

Overall, aku rasa memang berbaloi la pergi makan kat sini..walaupun jauh 'sikit', :P

boleh cuba jugak ayam bakar, nampak mcm kosong kurang rasa, tapi sebenarnya, bila dh makan, wowowowo...lazat!

Bila semua di antara kami dah kenyang dan hampir tersandar....ke mana pula kita lepas ni? 
ehemmmm...ada tempat bagus, masih lagi di sekitar Bentong...

tungguuuuuu....

sorry, takde gambar makanan, sebab semuanya dah selamat berada dalam perut.
muke ada sinyum setelah ayam bakar, lemang, ikan patin semuanya selamat dimakan.

love
LindaNazmi

Wednesday, 8 October 2014

Cameron Highlands on school holiday

Assalamualaikum :)

Dah lama cuti sekolah habis, yes..i don't have to wait for cuti sekolah untuk pergi jalan2 and macam biasa this is all
unplanned , sebab a day before gi Cameron Highlands tu i was down with fever.

Ini semua planned by my MAN, katanya nak bawak si isteri yang demam bertukar angin instead duduk kat rumah, nanti lagi teruk demam, kata dia...:)

Yg bestnya, furqan pun join sekali :) pakcik kenit ni kalau bab berjalan memang num 1!

Apa yang menarik kat cameron highlands? As usual, nothing much to shop, tapi boleh buat aktiviti lain kat situ. Self-pluck strawberry, pusing2 pasar malam kat tanah rata (shopping sayur segar, jagung cameron, strawberry dip choc), enjoying the cool breeze and scenery, visit tea plantation, minum teh strawberry kat Bharat Tea Plantation [ini wajib pergi kalau ke Cameron Highlands] --- hot strawberry tea memang meletops dan kaw! Ok, rasa mcm nak gi Cameron Highlands sekarang! Uhuk
Senang cerita kalau ke CH ni, semuanya berkaitan strawberry dan sayur segar.
Choc strawberry, strawberry tea, strawberry ice-cream, semuaaaa strawberry, and jangan lupa cuba sambal strawberry! Hah jangan tak percaya...
Sambal strawberry ni memang rare, 1st time pekena sambal strawberry ni kat Abg Strawberry Cafe kat Kampung Melayu Taman Sedia, kalau rasa tak dpt cari boleh call direct to the owner 016-5306512 Mr Amnan Fakri.

Kat cafe ni jugak ada menu lain selain sambal strawberry, so jgn lupa singgah cafe ni ok?

Penuh jugak aktiviti kami 3 hari kat sana :)
Kalau nak pergi waktu cuti sekolah, advisable booking hotel/guest house awal, kalau tak...hotel takde, or kalau ada pun harga akan melambung.

Ini jagung cameron, manis walaupun belum masak, jgn tertipu dgn jagung2 lain yg ada dijual kat tepi2 jalan yg claim itu jagung cameron, cuba try rasa sebutir, harga jagung cameron yg dah siap rebus rm3 sebatang.
Kami terkena sebab mula2 beli sebatang, seriously tak manis langsung, then nasib baik beli kat kedai Kedua, amboii manehhhh sungguh! Baru betul2 jagung cameron ni :)

Ini Cafe Abg Strawberry.
Ada sambal strawberry yg sedap!
Ada nasi kukus, ada mee rebus, ada menu lain jugak.
Jangan lupa singgah :)

Ini siapa? Model cilik strawberry! 
Jangan lupa visit Cameron Lavender.
Bole tengok banyak bunga cantik2, bole self-pluck bunga, strawberry.
They do have small cafe as well, so kalau dah letih pusing2, bolehlah lepak minum tea :), ada small kiosk yg jual souvenirs, so far semua under one roof.  Tiket masuk rm5 per person.

posted from Bloggeroid

Friday, 22 August 2014

Kepulangan MH17...

Kepulangan yg dinanti, kehilangan yang pasti, kini kembali utk bersemadi di tanahair.

Tiada kata yg mampu terucap, terlalu sedih, hiba..tak tertahan airmata..:'(

Semoga ahli keluarga yg terlibat terus tabah...Sesungguhnya yang hidup pasti akan mati, tidak kire di mana, di darat, di laut, atau di udara. Allah adalah sebaik2 perancang.

Innalillah.
Al-fatihah.

#MalaysiaBerkabung #MH17 #MH17inmemories

posted from Bloggeroid

Kisah Linda dan Pati Ikan Haruan Polleney


Bismillah...

Masih lagi dalam mode berpantang...so, sayang awal2 dh belikan Pati Ikan Haruan Polleney with Amerika Ginseng...katanya elok untuk sembuhkan luka, dan kebiasaanya sesiapa yang baru lepas operation akan minum pati ikan haruan ni...erghhhhh...

Dari segala info yang aku dapat, pati ikan haruan ni tak sedap (confirmlah tak sedap, kalau sedap bukan ubat lah nama, ia mungkin dikategorikan sebagai ice-cream, chocolate atau durian, eh? ok aku merepek.)
Mostly kata hanyir...well, nama pun ikan..betul tak? tapi yg ni tahap hanyir bila telan pasti nk muntah..wekkk..wekkkk...ermmmm, ayah pun pernah minum pati ikan haruan ni masa baru lepas operation, aku tengok masa tu, ayah minum sampai pejam2 mata...dan aku imagine mesti rasa pati ikan haruan ni pahiiittttt banget!

Bila aku tanya kak dee...dia kata..'hanyir dik'..hanyir sangat..euwwww....
Makin sengal otak aku fikirkan rasa pati ikan haruan ni camne..tapi kalau tak rasa, macam mana nk tahu...
jadi berbekalkan segala kecekalan dalam diri, chewahhh ayat asyik nk poyo je kan? :P tapi serious, masa tu aku dah sediakan air kat tepi, aku minum gune straw...

Then cabaran fear factor aku bermulaaaa....
opppsss jangan lupa baca bismillah dan selawat....


Zasssss, aku seduttttttt...srotttt, srotttt habis licin....

alamak! 

aku pengsan tak ngan rasa dan bau tu?

ALHAMDULILLAH...aku minum pati ikan haruan tu sampai menjilat bibir...weiiii, not so bad laaa, aku rasa tasty jugak pati ikan haruan ni!  tapi gile la, suami aku yang kat tepi tgk aku pun semacam aje!  aku cakap kat dia 'eh, sedaplah...sape kata tak sedap'...ni kalau suruh minum lagi sebotol pun boleh niii'.....*wahhhh, berlagak sgt kan?*  

Ye aku tahu, mesti ramai yg pelik kenapa aku kata benda tu sedap..ntah, kalau korang tanye aku pun aku tak tahu nk jawab, cuma aku boleh kata yang rasa pati ikan haruan ni, mmg boleh tahan, tasty jugak mcm ade rasa masin2 gitu, hahahahahah!  Well, another thing aku rasa pati ikan haruan ni taklah seteruk mana seperti yang digembar-gemburkan sebab aku pernah rasa air herba yang lagi TERUK rasa dia kalau nk compared to pati ikan haruan, yang tu pun aku boleh telan tau....3kali sehari..boleh imagine??

Mission aku skrng nk habiskan Polleney ni dulu, after this aku nk try pati ikan haruan brand HARWANY...so dpt lah aku buat comparison, and bersedia nk minum yg mana masa berpantang bersalin nnt, hehehehe..



love all
Linda Nazmi

Thursday, 21 August 2014

Selesai

Alhamdulillah...

Allah permudahkan urusan, lepas satu hal selesaikan, Dia buka jalan untuk satu lagi urusan...;)

Aamiin...


Love
Linda

posted from Bloggeroid

Wednesday, 20 August 2014

Alhamdulillah..all went well

Semuanya berjalan lancar, and i'm in the middle of recovery process, well mama is here to take care of me for temporary..
Biasalah org tua, banyak pantang larang ;) jadi...berpantanglah kiteeeee.

Terima kasih pada kawan2 yg concern, whatsapp, sms, pm, or even call. I know all of my friends akan doakan yg terbaik buat I, cukuplah andai kalian tahu, waktu ni segalanya ok2, thank u so much.

Need a rest, will update later.

Love
Linda
@ UMRA hospital.

Wednesday, 6 August 2014

Nenek..u'll be missed..

Syawal ke 8

Kehilangan satu-satunya nenek yg tinggal sebelah suami. Nenek mela..:(

Nenek, semoga dikau tenang di sana, meninggalkan segalanya yg ada di dunia. Semoga rohmu dicucuri rahmat, dan di tempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Pergi mu sungguh mudah, langsung takde menyusahkan anak, menantu, cucu-cucu mu...Syawal ini syawal terakhir kita bersama Nenek. Kami redha, doa kami akan sentiasa bersamamu.

Al-fatihah.


Love
Linda
Sent from my iPhone

Friday, 18 July 2014

MH17 in memory





It is so heart-breaking news.  One after another.. Sesungguhnya perancangan Allah tiada sapa dapat menduga.  May all the souls rest in peace, al-fatihah.


Deepest condolences to all family members.  



Saturday, 19 April 2014

Thankful for all the blessing

Assalamualaikum,

Blog ni dh lama tak di update, i was so busy..of course busy with my life...semuanya yang nk dibuat terbatas, tapi alhamdulillah masih berkesempatan kali ni nk update blog.  

There's a lot of story to write, cuma bila nanti..nanti...dan nanti...at the end, semuanya aku tak update langsung....

i did received few emails from kawan2 luar yang ask me to add them to TTC Group Malaysia, some of them masih lagi pending, and some of them aku dh add...i'm so sorry kalau ade yang terlepas pandang...in shaa Allah after this all will be ok....

Life been not so good for the past few months, apapun...i keep telling myself, whatever happen, whatever come to our life, I need to be strong, have faith...Allah sentiasa menguji kita, tanda Allah sayangkan kita..betul tak? :)

With all loves one around me, alhamdulillah...instead busy memikirkan masalah diri sendiri dan sekeliling, i know that, out there masih ada yang really care for me.  Alhamdulillah....:)  you know who you are...i love u so much, family and friends.  

Since today is weekend, so biasanya waktu terluang aku akan spend dengan kak dee and furqan...now nk bersiap2 and off we go....where? ala ronda2 shah alam pun ok....:)

will write again, tataaaaa



love
lindanazmi

Thursday, 30 January 2014

CELARU

Assalamualaikum,

Diam tak diam dah sebulan rupanya aku tak upload blog ni, bukan tak ingat...cuma for the last few months banyak benda yang lebih penting untuk diselesaikan.  Selain busy dengan bisnes kecil-kecilan serum/ampoule, urusan keluarga diutamakan.  Tu yang tak sempat nak update blog ni lalu bersaranglah.

As usual, kalau bulan2 lepas aku update graph BBT, tapi kali ni...bulan lepas...BBT chart aku memang 'ke laut'....period tak dtg since December, now dah Januari, hampir ke hujung.  Kadang2 bleeding skit, then stop...and then mcm period tapi bukan heavy flow macam biasa.  Therefore, aku decided utk tak amik BBT chart, risau period tak datang this month.  UPT? Keputusan masih BFN, takpe belum rezeki.

Mungkin last few months agak celaru atau banyak sangat benda nak fikir.  Maybe boleh diterima pakai kenapa aku tak period lagi? Ok, mungkin.  Malas nak fikir because akan tambah runsing dan celaru kat kepala.  Let wait and see, bila ia datang dengan flow yang membuak2. :P

Seingat aku, dah lamaaaaa sgt period aku tak gap berbulan mcm ni.  So far every month memang datang cuma long cycle, maknanya kalau org lain average CD 28-31, tapi aku sampai CD40.  Ermmm...

Instead of pening fikirkan something yang buat aku lagi pening pasal bila nak period, bila nak period...i should alihkan my mind to positive thing.  Alhamdulillah Januari adalah anniversary aku and husband yang ke 8 tahun, dan Januari jugak umur aku bertambah, 31 tahun...Untuk apa yang ada setakat ini, aku bersyukur, sangat bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan utk kami sekeluarga.  Aku masih percaya, rezeki Allah adalah yang terbaik, sabar in shaa Allah ganjarannya besar.  Aku harap kawan2 lain yang ber-TTC macam aku, jangan pernah putus harapan.  Ok?


Love all
LNDANZMI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...